Thursday, September 29, 2016

Baby Aisha: Selesa Dalam SSC (Soft Structured Carrier) by Khayla

Hai korang...

Hari ni cikebom Aisha mood baik, bagi peluang umie update blog. Dia elok je main sendiri dengan mainan kakcik.

Aku nak kongsi sedikit tentang BabyWearing. Dulu2 kalau keluar bawak anak, usung stroller. Tapi memandangkan sekarang ni, pantang silap sikit, cepat je viral. Aku pernah di jeling sebab aku biarkan si abam cuba naik escalator sambil sorong stroller (baby dah aku dukung, stroller tu kosong) itu pun orang dah jeling. Cuba kalau aku sorong dengan baby sekali naik stroller, mau viral cakap ibu yang bangang cuba naik escalator guna stroller. Bukan taknak guna lif, tapi hampir setengah jam menunggu lif, semuanya penuh dengan kapel sihat walafiat yang taknak guna tenaga naik escalator. Huhu

Setelah survey dan terpengaruh dengan sorang kawan yang nampak sangat selesa usung babynya dengan SSC, SSC singkatan kepada Soft Structured Carrier. Aku pun baru tahu dengan bertanya kepada En Google, haha.

Wow! sangat terkejut bila tengok harganya sampai angka ribu riban. Tapi aku survey yang mana sesuai dengan bajet kami. Lagipun ni bukan baby sulung yang nak simpan untuk anak seterusnya.

Mula2 aku sewa dulu, untuk seminggu, test baby selesa ke tidak duduk dalam tu. Alhamdulillah dia sangat selesa sambai tertido semasa kami membeli persiapan raya di PKNS, Shah Alam bulan puasa yang lalu.

Aku sewa dengan Babywearing by IlaLia (rujuk gambar di bawah). Boleh LIKE PAGE mereka untuk tahu lebih lanjut tentang Babywearing.




Baru aku tahu SSC juga boleh disewa kalau taknak beli. Ada juga orang sewa seminggu dua minggu kalau nak travel. 

Lepas dah puas hati menyewa dan nampak baby selesa, aku buat keputusan untuk beli. Aku pilih si comel Pink Butterfly ni untuk cikebom Aisha. Harga RM340. Ada yang harga cecah ribu ringgit tapi aku dah cukup puas hati dengan yang ini buat masa sekarang. 



Aku kongsikan beberapa gambar guna SSC semasa keluar berjalan-jalan. Semoga memberi manfaat bagi ibu-ibu baru yang mencari babywearing sesuai untuk kesayangan. Jangan tersilap pilih baby carrier yang tak sesuai ( aku ada terbeli baby carrier yang tak sesuai untuk baby umur bawah 6 bulan). Carrier tu sesuai untuk baby yang dah besar @ dah boleh duduk sendiri. Nak let go murah2 je kalau ada yang berminat.







Okey jom bersiap, ada dating dengan blogger yang beli periuk ajaib dengan aku. Ops, aku belum kongsi keseronokkan memasak guna periuk ajaib kat blog ni kan? Nanti free aku cite eh

Kbai


10 comments:

  1. idaman SSC ni tapi harga melantun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAI MAR..
      ni je yang mampu milik
      yg lain mampu tengok je :)

      Delete
  2. Best kan guna SSC tuh. Dulu masa Uwais baby and dok kat oversea memang lenjan habis. Maklumlah kat sana memang banyak berjalan and naik public transport. Jadi sangat memudahkan dengan SSC ni. Nak shopping pun senang sket sebab baby melekat kat kita kan..tangan pun free nak capai ape yg patut dicapai. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAI NANYFADHLY..
      ni pun beli sbb ada target nak travel jauh sikit, sbb dah ada pengalaman tolak stroller kat oversea, turun tangga naik tangga, kejar tren semua, mmg giler penat :)

      haah betul tu, nak sopim pun x jd hal sbb dia melekap je

      Delete
  3. kita tak pandai pakai..sampai kesudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAI IDZWA..
      ini senang pakai, mcm carrier biasa je
      klu yg kain panjng lilit2 tu mmg fail
      yg beli tu ari pun baru je terjual huhu

      Delete
  4. mula2 dok survey ssc tp xde bajet. belajar la lilit2 kain panjang. pastu skang dah selesa dgn kain panjang tu, last2 tak beli pun ssc hihi.

    ReplyDelete
  5. memang harga dia gitu ke??mahalnya..tapi berbaloi la..kan?tak tahu pulak ada juga yang boleh sewa ye..sewa pun harga nya boleh tahan..heheh

    ReplyDelete
  6. ank akan dtg nk juga ade satu.
    msk dlm wishlist :)
    nampak sng nk uruskan anak bila dh 2,3 org nnti kn
    rania ari tu lbh selesa guna stroller juga.

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)