Thursday, October 20, 2016

Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak-Anak

Hai blog *lambai ala ratu*

kebetulan bukak laptop ni meh lah kita update blog sepatah dua kata
Alhamdulillah, setelah bertangguh sekian lama
akhirnya urusan buka akaun Tabung Haji untuk anak2 pun selesai

Susahnya sebab Tabung Haji takde di Nilai
kena pegi Seremban @ Banting, yang mana terdekat


Nampak sangat beza buku lama dengan buku baru
buku kuning tu aku dan kakak
dah bukak tahun 2010 dan 2011
tapi tak aktif, so bila nak simpan duit kat Bank Islam tak boleh
katanya, akaun tak aktif
kena aktifkan akaun semula di Tabung Haji

Alang-alang dah sampai Tabung Haji
teruslah buka akaun untuk abam, kakcik dan cikebom
fuh lega rasanya

Untuk buka akaun Tabung Haji
- mykid @ surat beranak
- isi borang di kaunter
- rm10 untuk buka akaun

tapi belum daftar haji, sebab perlukan rm1300 dalam akaun
kalau bekerja, cuma bawak penyata kwsp terus boleh daftar
next time lah, sebab penyata kwsp tak bawak (sebab tak tahu)

okey, mula menyimpan dari sekarang
semoga dapat menunaikan rukun Islam ke5 itu semasa masih sihat
Insha Allah


5 comments:

  1. Insyallah. Semoga dipermudahkan urusan :)

    ReplyDelete
  2. Moga dipermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
  3. kena daftar haji anak2 sebaik mrk lahir irfa agar bila mrk dh dewasa dh dpt pergi haji sbb la ni jangkamasa tunggu giliran puluhan tahun juga.

    ReplyDelete
  4. alhamdulliah, akak pergi ke seremban, cepat sikit

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. sy dah bukak akaun Tabung Haji since dia lahir 2010... cuma nak daftarkan utk haji je blm buat.. insyaAllah akan buat jg dlm masa terdekat :)

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)