Skip to main content

Klinik 'Tok Kassim'

Belek-belek gambar dalam henpon,rasa macam 'mak ai,banyaknya gambar.tah hape-hape punya gambar pun ada.bila masa aku ambik gambar ni?'sendiri ambik,sendiri lupa kaedahnya.bukan gambar lawa pun tapi dah pe'el suka ambik gambar ni,semua benda nak di simpan.lagi semak memory yang tak berapa nak banyak tu.

Dan terjumpa gambar kat bawah,tak yah senyum-senyum.aku tahu mesti terdetik kat hati korang 'plastik ubat pun nak ambik gambar ke?' hehe.gambar ni diambil masa ke klinik tersebut minggu lepas.

Kat mana klinik ni?sila tengok alamat di plastik ubat itu


Rasanya bukan aku sorang je ada kes macam ni.kes apa?kes klinik mana yang serasi ngan anak-anak.kalau sakit demam,pegi klinik lain mintak ubat,makan sampai habis ubat tu tapi sakitnya tak jugak baik..nak jugak bawak ke klinik 'feveret'nya walaupun jauh berkilometer dari rumah.huhu

Anak-anak aku ni memang serasi sungguh dengan sebuah klinik nun jauh di Cheras sana.Kami kenal klinik ni melalui mil dari zaman kecil si kakak lagi.Kita namakan klinik ni sebagai Klinik Tok Kassim sebab doktornya pun dah baya-baya fil dan ayah aku je.so kalau dengan anak-anak aku tu kira pangkat atok la.sebenarnya doktor tu tak tahu menahu yang aku bahasakan dia sebagai 'atok'haha.maafkan saya tuan doktor.tapi doctor ni detail menerangkan apa sebab dan bagaimana sakit tu terjadi,siap bagitau ubat ni nama apa,untuk apa.aku penah jumpa doktor yang layan pesakit macam orang mintak sedekah,tulis note sambil cakap 'oh biasa je ni,ambik ubat kat depan'.doctor macam tu memang menyakitkan hati.dahlah menunggu nak jumpa dia berjam-jam tapi jumpa tak sampai 2 minit.okey..lupakan

Sebenarnya kalau tak silap aku,last kami kesini ialah masa si abam ada masalah eczema masa umur 2 tahun lebih(baya si kenit sekarang la).kalau sapa baca blog aku tahun 2009 dulu memang tahulah macam mana aku banyak kali post entri pasal eczema si abam ni.kalau boleh tengok sendiri keadaan dia masa tu memang menyedihkan hati aku sebagai ibunya.Tapak kaki dia terkopek-kopek akibat eczema itu.pegi klinik yang area rumah semua tak menjadi,bawak ke klinik Tok Kassim jugak baru okey.nasib baik eczema tu hilang dengan sendiri bila umur dia masuk 5 tahun.tapak kaki dah licin balik..lega hati aku.

Sekarang si adik pulak,naik biji2 kat lengan..tak banyak tapi aku yang belek dia tiap hari mesti perasan akan biji tu.tak sakit tapi risau la kalau makin banyak.bawak klinik area rumah,katanya ketuat.akan hilang dengan sendiri tapi kalau dibiar takut makin membiak kat tempat lain.risaulah kan,anak dara tu.nanti jatuhlah saham.hehe

Kalau ke klinik ni memang penuh memanjang,dapat no giliran boleh balik basuh baju dulu.tapi memang rezki kami,datang dah kul 7.00 malam dari tempat kerja,cik abe ambik aku dan terus pecut ke klinik.nasib kami baik no giliran kami dapat terus mungkin ramai yang dah datang waktu pagi dan petang.dah nak malam tak ramai orang.

Dapat ubat makan,mandi dan krim sapu..dah seminggu ni nampak biji ketuat tu dah kecut dan hilang sikit.lega hati ;).

Okeylah itu kisah kami dengan klinik 'feveret' anak-anak.korang ada klinik 'feveret' jugak ke?

Comments

shida said…
betul.. kdg2 menyakitkan hati bila kita tunggu gilaran berjam2.. masuk jumpa dr... dr check ala kadar je. kita tanya pun mcm nak jwb tak nak jwb je....
Nieda said…
ketuat tu mmg tak sakit tapi alayai susah hati juga.
ZieMarziah said…
yezzaa sy pun ada klinik peberet..baik sangat doc tu,kalau sy gitau sakit perut abis semua benda dia selidik..kalau kuar klinik x bawak balik 3-4 jenis ubat memang x sah hehehe
Lady Windsor said…
irfa,
masa dengan KA dulu saya ada klinik kesukaan, sebab doktor kat situ handsome tapi garang...itu klinik panel KA..klinik panel saya adalah doktor perempuan, tak best! gedik tak?? hahaha...
Irfa said…
@shida..
saya ingt lagi doktor tu namanya Ahmad.rupanya bukan saya je yang komplen pasal dia..dah ramai yang kena.tak lama tu saya pegi balik klinik tu,dia dah takde..kena terminated..

@nieda..
ketuat mmg tak sakit tapi nanti kulit tak lawa.kesian dia

@shahzee..
kalau doc tu macam tu.kita sakit pun jd tak sakit bila tengok muka dia.hehe

@ lw..
amboi kemain ye,nak yang ensem aja
saya x mau doc ensem..nanti saya malu.huhu

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t