Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

We Share,We Care:Jangan Bagi Orang Tak Di Kenali Masuk Rumah

KISAH BENAR !  Kawan aku citer, semalam dia balik kerja macam biasa, dah pukul 10 malam baru anaknya cerita, dalam waktu nak Maghrib (pukul 7 malam) ada 2 orang wanita datang ke rumahnya dan mengaku sebagai 'kawan ibu'. Wanita tu terus masuk rumah (pintu memang sedia terbuka sebab anak bujang dalam rumah) tanpa bagi salam dan perkenalkan diri tapi ada sebut ' ini anak ( nama kakak tu) kan?kami datang nak tengok rumah'. Mereka bercakap sesama sendiri dan tengok dalam rumah lepas tu keluar tanpa cakap apa. Pelik tak? Dan malam tadi kakak tu tak lena tido memikirkan siapa wanita berdua itu? Katanya 'kalau betul kawan akak mesti diorang telefon dulu nak datang. Akak kan keje buat apa diorang nak datang main terjah macam tu? Dahlah tak perkenal diri pun, pesan apa pun takde. Pelik sungguh. Tak lena tido akak memikirkan hal tu ' Kalau korang jadi akak tu, apa yang korang fikir? Kalau aku pun dah tentu fikir bukan-bukan, nak pulak zaman sekarang ni ramai orang ja...

Buku Mc ( Medical Book ) Baru Tukar

~ emm..wangi kertas, ada bau HR lagi ~ 3 rd issued sejak mula kerja tahun 1998 buku lama dah habis mukasurat pastu tertumbah pulak ubat batuk atas buku tu abis melekat muka surat tersebut  tak boleh nak bukak lagi kalau di gagahkan juga koyak le jawabnya dari hari ke hari nak gi HR mintak ganti baru takde masa nak singgah padahal hari2 lalu depan opis HR tu semalam sempat le menyinggah  dapat buku baru yeyyyyyyyyy buku ini penting kalau ke klinik panel ( kalau pegi klinik bukan panel, kena potong gaji dan dapat warning letter ) tak bawak buku, bayar sendiri le jawabnya sejak keje waktu pejabat ni jarang guna buku ini ke klinik pun kadang2 je itu pun mintak ubat nak mintak mc segan kat doktor # doc tahu orang tipu2 sakit dengan betul2 sakit dia kan doktor dulu2 masa keje shift boleh dikira 'ratu mc' juga nak pulak bila mengandung malam kena simpul biawak,besok pagi mc tapi itu duluuuuuuuuu sekarang dah baik korang ...

Pos Laju:Mengepos Parcel Pada Diri Sendiri

Penah tengok lawak Mr Bean yang dia pos kad x-mas pada diri sendiri sebab takde orang nak hantar kad kat dia? Penah? Kejadian yang berlaku pada aku lebih kurang sama tapi aku bukan sengaja buat macam tu. Tapi 'silly mistake' itu buat aku nanges dalam tawa petang semalam. Almaklum, jarang aku ni mengepos barang, lainlah kalau orang bisnes online, dah tentu boleh 'kamceng' dengan staf kat kaunter pos tu. hehe. Khamis lepas, aku pos barang pada seseorang nun di selatan tanah air. Pakai pos laju konon nak cepat sampai, so aku bajet isnin sampai la kot. Sampai semalam, aku sms kawan katanya 'belum sampai' so sedikit rasa nak marah sambil ngumpat dalam hati 'kata pos laju tapi tak laju pun' huhu. Minggu sebelum tu pun ada pos barang pada cousin di Pahang, dicaj RM45/6KG tapi cousin bagitau posmen suh collect kat pejabat pos sebab barang berat. Oh!memang la berat sebab tu saya kena bayar rm45, dengan harapan barang dihantar sampai ke tangga rumah. Sabar jel...

Nak Berniaga Tapi Apa Aku Nak Jual?

~hello readers~ (wah!bajet ramai yang datang baca) aku jumpa ni kat search keywords di Nuffnang sapa la agaknya yang taip keyword tu? kesian dia sebab masuk blog aku tapi tak membantu pun sorry ek... 'Aku nak berniaga tapi apa aku nak jual?' soalan yang sama penah aku tanya pada seorang yang bernama kawan (kamu tahu siapa kamu) katanya 'kalau ko nak berniaga, buat apa yang ko minat supaya nanti ko tak bosan dan tak stop di tengah jalan' benarkah begitu?

Maaf ! Komen Anda 'Not Approved'

kali pertama tinggal komen 'di baca dan di publish' kali ke2 komen 'dibaca dan dipublish lagi' walaupun komen tiada kaitan dengan entri dan ayat sama seperti  komen kali pertama # emm pelik disitu dan aku ada baca komen dia diblog orang lain juga ayat yang sama macam dia komen di blog aku # pelik kuasa dua  kali ke3 komen 'dibaca-ayat masih sama macam kali pertama dan ke2' eh! pehal? sorry..komen delete terus emm apa motif ?

Vietnam:Saki Baki Cerita

Assalamualaikum dan Salam Hari Isnin # emm, cuti sekolah dah bermula tapi anak jelah cuti, mak ayah tetap kena keje kan? kalau nak cuti jugak sila apply cuti tahunan. ada berani? cuti tahun dah tinggal 13hari. huhu Okey.. aku ada sikit lagi citer tentang Vietnam, aku janji ini last aku apdet pasal Vietnam, sian korang asal bukak blog ni, asik la citer Vietnam tak abis2.. huhu (Vietnam je pun) # malu nak citer, rupa2nya kalau kita nak kemana2 (dalam negara/luar negara) kita boleh gugel do and dont sebagai persedian. Contohnya: Do and Dont' at Vietnam .  Aku tak nak ulas apa yang tertulis dalam link tersebut tapi aku nak share pengalaman aku dan juga kengkawan yang pernah kesana  (kalau mereka tipu,maka tipulah aku tapi apa yang diorang dapat kalau menipu?) .Okey ini sekadar perkongsian dari pemerhatian aku semasa ke Vietnam tu ari (ko mampu?baru 2x kesana dah siap bagi tips panduan..ini semua poyooooooo) Sebenarnya, kalau dikalangan kengkawan tempat kerja aku ni.. ke V...

Kasihan Mereka

Sejak balik dari HCMC (Vietnam) tu ari, kes ibu dan anak (Izan Suhaila dan anaknya,Maryam Sofea) yang tergendala untuk pulang ke Malaysia di Lapangan Terbang Vietnam mendapat liputan ramai. Setiap hari aku klik blog BroMazidul untuk tahu perkembangan terbaru mereka. Syukur mereka akhirnya dapat kembali kepangkuan keluarga dengan selamat. Tak dapat bayangkan perasaan ibu itu dinegara asing dengan anak kecil. Nasib baik ada family yang menemankan. Macam2 versi dapat kita baca di blog. Semuanya hebat2 dalam menegakkan pendapat masing2. Ramai yang menyalahkan penerbangan tersebut tapi ada jugak yang lain menyalahkan si ibu itu. # sedih Aku taknak komen lebih tentang airlines tersebut (nanti dikata aku poyo..yelah aku kan keje dengan kompeni yang dikatakan memang tak ngam dengan diorang,taknak la dikata 'bias' pulak nanti) tapi sedikit sebanyak rasa tempiasnya. Rasa tak selesa kalau dipuji lebih sangat, ia boleh mendatangkan riak. Tidak baik okey. Semoga semua dapat perb...

Oklah,Bagi Lah Ko Menang..Nah!Putik Kapas Sebagai Hadiah

pstttttttttttttttttttt Penah jumpa,orang yang kalau ko citer ko dapat beli barang dengan rega murah dia pun kata 'aku beli lagi murah giler' cakap taknak kalah dia je yang bagus entah2 sembang je lebih kalau betul..bawak aku pegi kedai tu nak menang sangat kan? nah ambik putik kapas ni sebagai hadiah nak lagi bagus..pakai putik kapas tu korek telinga pastu berdiri atas meja puas hati? jangan baca,takde kaitan ngan korang # sedap lak pulut kuning cicah rendang daging nih lalalallala

Vietnam:Hari Last,Makan dan Beli Belah Saat Akhir

Lemau rasa nak abiskan kisah Vietnam ni..huhu tapi alang2 dah tulis,kenalah habiskan..tak baik buat keje separuh jalan.Tak gitu? Balik dari Night Market,semua akak-akak dah tido kepenatan..aku paling last tido sebab sibuk mengemas.Bukan apa,aku risau beg terlebih berat...susun elok2 dalam beg,sambil buat kira-kira apa lagi yang patut dibeli esok.$$ pun dah tinggal note kecik ada hati nak beli belah lagi tuh Subuh kat sana 5.30 pagi..ops lupa nak bagitau,diorang sejam awal dari kita.pukul 6.30 dah terang macam pukul 8.00 pagi..Memandangkan bekalan sudah habis,kami kenalah makan kat luar hari ni.Ikhlas cakap la..aku memang tak berapa nak selera dengan makanan kat sini,masuk kedai makan ada bau hanyir semacam.mungkin bau sup ke aku tak pasti. Banyak kedai makan lom bukak..so kami cuci mata sementara perut pun belum lapar sangat.Pusing keliling hotel,orang tempatan tengah berniaga..masa tu korang boleh tengok 'makanan eksotik' macam tikus,katak sedang di proses..selamba je di...

Vietnam:Pasar Ben Thanh dan Bro Mazidul

Okey..tajuk dah tak rahsia lagi.Lepas puas membelek barangan dalam Pasar Ben Thanh,hujan pun dah reda,kami keluar dari pasar dan mula menjelajah masuk ke kedai2 yang berderet tepi pasar itu..Rasa macam jalan kat Jalan TAR sebab pusing kiri pusing kanan.semua muka-muka orang Malaysia je. Masa membelek telekung di sebuah kedai.member sound 'pi lah jenguk kat luar tu..Mazidul tengah buat pengambaran kot' aku apa lagi..terus keluar jenguk betul ke tidak.Ai kan peminat blog MazidulAkmal  ye,memang betul dia dengan kamera tergantung di leher berjalan dengan isterinya.Aku dengan muka tak malu terus je menyapa 'bang...saya peminat setia blog abang.nak ambik gambar boleh?' dia cakap okey terus aku berdiri sebelah dia.Wife nya yang sporting tolong ambikkan gambar aku dan dia.Tapi Bro Mazidul tegur 'dik,pehal kamera ko takde flash ni?' aku jawab 'entahle bang,saya fail sikit bab kamera ni..tahu tekan je' terus dia capai camera aku dan betulkan apa yang pat...

Vietnam:Aku Datang Lagi

Emm..cam dah basi je kan kisah ke Vietnam minggu lepas.Tapi sebagai kenangan harusla di abadikan dalam blog kesayangan ku ini.. Sambungan lepas je urusan renew passport hari Selasa ,aku balik rumah dan tido dengan lenanya (letih badan dan penat otak sehari suntuk berkepam di pejabat imigresen itu) .Selamba kodok aku tido tanpa kemas beg dan buat apa2pun.padahal flight pagi tuh..travel sorang apa susah ye dak? Tapi dah siap sedia kunci jam 5.00 pagi,perkara pertama aku buat ialah gosok baju sekolah si abam dan baju kerja enAbe.Pastu kemas beg anak2 untuk ke rumah pemgasuh.Padahal aku yang nak berjalan..beg aku isi towel selai (gara2 baru baca kisah pekerja hotel lap lantai guna tuala) ..baju 2 lai,tudung selai,dan sling bag isi passport,duit dan barang peribadi. Lepas hantar si abam kesekolah..terus ke airport,babai si kenit sikebum dengan pesanan 'aja duduk ye,umie work' hehe...dia pun sengih2 suka sebab dapat jenjalan dengan ayah tapi dia tak tahu malam nanti umie ta...

Seharian Urusan Renew Passport di Putrajaya

Okey..selepas kisah renew mykad kena pulak denda rm100 dan kisah ke pejabat imigresen nak renew passport tapi no giliran sudah habis kita sambung apa yang berlaku esoknya pula. Selasa:14/5/2013 Pagi hari kejadian,sebelum en lalat bangun mencari rezki,aku dah awal-awal keluar rumah ke pejabat imigresen Presint 15 untuk renew passport.sampai sana 7.50 pagi dan dapat no giliran 1128 (sila tengok gambar sebagai tanda bukti.hehe) no sekarang 1006 no aku 1128 waktu ialah 7.56 pagi Ramai orang beratur menunggu,ada yang duduk di kerusi dan ada juga yang berdiri sandar kat dinding.Nasib baik zaman henpon canggih ni kita dapat 'membunuh masa'  dengan berinternet guna henpon dimana sahaja.. # sambil membuang pun boleh.Aku je duk perati gelagat orang.hehe Sempat la beramah mesra dengan orang di kerusi sebelah,tak susah..mulakan je dengan senyuman InsyaAllah..komunikasi akan berlangsung selepas itu.Dalam jam 9.30 pagi,no giliran sudah di tutup dan orang yang datang lepas t...

Buat Ic Baru dan Cabaran Untuk Renew Passport

>>> sambungan entri ini   # bajet korang pun tak sabar nak tahu kisah selanjutnya.hahaha Maka..Isnin pun datang bila tiba gilirannya,jam 8.00 pagi aku dah sampai opis,sib baik ada yang datang lagi awal..kalau tidak macam mana aku nak masuk,bukan ada kunci pun.Masuk je terus geledah laci..semua aku belek kot lah terselit kat celah-celah kertas dan sampah sarap itu.. NON ADO ..keciwa disitu.huhu Ke pondok polis nak buat repot,tapi kata pegawai bertugas 'sekarang dah tak perlu laporan polis untuk kehilangan ic,lesen dan sebagainya..terus je ke pejabat yang berkenaan' .Contohnya: hilang ic,terus je ke JPN..kalau hilang,JPJ la kot.. Dalam hati,harap2 janganlah aku ditendang sana sini macam bola,berdoa semoga JPN tak suruh aku buat repot polis dulu baru boleh buat ic baru.Okey..sebelum ke JPN,ke Bank Rakyat dulu mencuba nasib..doa tak putus harap ic aku ada kat sana.Tapi hampa jua adanya..aku jumpa balik staf yang aku berurusan Isnin lepas,katanya memang takde.masa tu...

Nak Renew Pasport Tapi Ic Hilang

Alkisah..nak travel, (atas urusan penting bukan suka-suka) tarikh dah konfem 15Mei tapi bila check passport tak cukup 6 bulan (passport expired 30 October 2013) so kenalah renew passport dulu. Sabtu lepas,jam 7.00 pagi aku dah kerah semua orang dalam rumah bangun awal..mandi dah bersiap nak gi imigresen Seremban untuk renew passport..sebelum keluar rumah,final check dokumen kot ada yang tak cukup..cari2 ic tak jumpa # peluh jantan betina lumba2 terjun dari liang roma YaAllah..tak mungkin hilang?salah letak ke?tapi kat mana?recall balik last guna ic kat mana -5 Mei:masa ngundi,ada lagi masa tu -6 Mei:ke bank Rakyat keluarkan dividen koperasi BankRakyat..guna ic,ye situlah rasanya kali terakhir aku guna ic So..sebab anak2 dah bersiap,takkan nak sambung tido balik..keluarlah jugak bawak anak2 sarapan roti canai,walaupun masa tu roti canai yang aku telan rasa disalut pasir.Tak selera memikirkan 'kemana hilangnya ic itu' Fikir punya fikir,tak guna aku mengeluh bagai nak r...

Selamat Hari Ibu

~SELAMAT HARI IBU~ buat Ma di kampung dan  Mama di Cheras moga hidup dirahmati oleh Allah selalu # macam la mereka baca blog ni.huhu dan tak lupa buat ibu-ibu yang suka singgah blog aku ni

Kisah Bilik Hotel,Biar Betul?Terkejutnya Saya..

aku terbaca kat sini MelayuKini # masa baca,nak terjojol biji mata aku.walaupun kita tak perlu percaya 100% tapi kalau betul berlaku pun,mana kita nak tahu kan? Okey..kalau aku,perkara pertama bila ada peluang tido kat hotel ialah : -ambik gambar katil,bilik air sambil berangan 'kalau banyak duit nak bilik tido dan bilik air macam ni kat rumah..ada bath tub boleh berendam sambil main buih' hehe Cerita betul,mak mentua aku masa kami 'tido hotel' bebaru ni (tempat dirahsiakan takut kena saman) .kata mil 'lain kali mama tak nak ler pakai tuala yang hotel bagi.ada ke patut cleaner tu lap lantai bilik air pakai tuala.patutlah kejap je kering lantai bilik air tu' ..aku baru teringat pasal ni bila baca artikel kat bawah ni. ada berani tido bilik hotel bertemankan ikan-ikan macam ni? membayangkan tengah syok tido..akuarium itu pecah maka lemas lah penghuni bilik itu.hehe # daya imaginasi memang tahap gaban sungguh la Oleh kerana staff pengemas bilik hote...

Rindunya

adik aku CV kan balik kampung masa mengundi tu tadi dia emel aku gambar ni uwaaaaaaaaaaaaa sedihnya rindu pada mak ayah # dengar kata ayah tak berapa sihat..sakit lutut dan pastinya rindu teramat sangat pada anak dara sulung ku itu # air mata menitik tak dapat ku tahan sob sob sob (~_~)