Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

Pengalaman Pertama Kali Berniaga Di Bazaar

Salam Ramadhan ke 3 sihat ke? dah plan ke berbuka nanti nak masak/makan apa? aku ingat nak masak Nasi Mandy Al Bayt petang ni # nanti kena singgah kedai beli tomato dan daun ketumbar untuk sambal tomato tu ~*~*~*~*~*~ Okey, seperti yang di janjikan minggu lepas. Ini sambungan entri ini  KLIK UNTUK SINI . Terharu sangat bila ada kengkawan blogger yang wsap dan bertanya macam mana pengalaman aku pertama kali join niaga di bazaar minggu lepas. Tak sangka ada yang prihatin. Meh aku jawab kat blog, jadi semua orang boleh baca. Apa yang aku tulis ni adalah pengalaman aku sendiri, kalau ada yang tak setuju, aku hormati pendapat masing-masing. Diharap jangan ada yang sentaps, hokey? Sebab ini adalah kisah benar, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka, gitu. Aku bukan tak biasa jual secara offline, tapi setakat bukak beg bawak meja pastu kengkawan datang dan pilih apa yang berkenan. So far tak penah lagi aku bukak booth. Jadi pengalaman bukak meja dan berniaga secara ...

Pstttttttttt dan Selamat Berpuasa

awak .. kita sibuk sikit tau kita tahu awak-awak semua rindu kita kita pun rindu awak-awak semua jugak # sila tahan muntah hingga perenggan akhir, hihi banyak kita nak citer citer tentang kali pertama berniaga di bazaar pada 21&22 Jun lepas citer tentang kakak berjualan di hari kantin sekolah pada semalam   pastu lagi apa ye? emm banyak lah lagi nak citer tapi kita bzzzzzzz sangat minggu depan lah kita citer ye sebab esok kita cuti itu pun ada citer jugak, nanti kita citer minggu depan kita apdet 2x sehari kita janji  *meh silang jari kelingking* ops, sebelum tu nak ucapkan  SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN  DAN SELAMAT BERPUASA ye * maaf kalau ada salah tutur kata selama kita membebel kat blog ni* * kurma dan puasa tak dapat dipisahkan tengok kurma, ingat puasa* meh nak bisik kat telinga 'Yusuf Taiyoob'  okey awak-awak semua jumpa lagi Insha Allah

Nasi Arab Saba Cyberjaya dan Jom Masak Nasi Arab Al Bayt Semudah ABC

Sapa sini suka makan nasi arab? Jom aku belanja nasi Arab kat Saba Cyberjaya, aku belanja je tapi koranglah yang bayar, hihi opsssp jangan marah, nanti kena jual Apa yang aku nak citer ni, macam mana aku boleh jatuh cinta ngan nasi arab. Aku pun dah ingat2 lupa dah, Oh, baru ingat, ni angkara pengaruh kengkawan, lebih kurang 4,5 tahun lepas. Ada kawan aku ni boleh kata hari2 duk nyanyi kat cuping telinga aku tentang kesedapan tahap dewa nasi arab Saba nih. ni gambar bulan lepas kot kalau tak silap Kebetulan masa tu aku peknen si kenit Hajar, ada lah satu lawatan kakton melawat member bersalin di Hospital Putrajaya. Aku ikut sekali lah rombongan melawat tu, ontheway balik diorang singgah sini. Aku pulak masa tu alah dengan nasi, sebulan jugak kot tak leh tengok nasi, tengok je muntah. Muntah je tengok, hehe sori tak kelakar. Masa order tu, aku ikut je apa yang diorang order. Maklumlah, i kan pestime datang situ. Bila sampai order, aku macam 'eh! menimbun nasik...

Pause Kejap

hari ni banyak nak citer tapi lepas tengok video pasal 'anak syurga' yang di kurung tu  hilang semua ayat yang aku nak karang nyesal pun ada sebab tertengok video tu # yang tak tahu pasal ni, sila gugel sendiri banyak blog dok kupas, duk komen, duk kutuk so aku malas nak ulas lagi dah apapun aku doakan yang terbaik untuk anak malang itu  Adik Muhammad Firdaus Dullah moga yang terbaik untuk kamu  kalau korang nak tahu apa jadi kat bazaar semalam esok jelah aku citer ye * tarik nafas, hembus, sedih sangatlah rasa hati ni*

Eh Eh Bazaar 2014 di Maeps Serdang, Jom Ramai2 Serbu

Dengar sini orang-orang kampung Pinang Sebatang aku nak wat pengumuman nih Sabtu Ahad korang tak keje kan? aku cam biasa lah, Sabtu Ahad tak keje kalau rasa takde xtvt apakata kita ramai2 serbu Maeps Serdang ada bazaar selama 2 hari, 21&22 Jun 2014 (Sabtu& Ahad) EH EH BAZAAR  klik untuk lebih lanjut Korang yang suka beli belah online tu elok sangat lah datang sini sebabnya: kat banner tu kata, ini MEGA BAZAAR USAHAWAN ONLINE terbesar di Malaysia dengar citer lebih kurang 1000 online butik bukak meja kat bazaar ni boleh lah korang kenal empunya kedai online yang korang suka beli tu # kenyit2 mata lebih sikit kot dapat lebih diskaun, hahaha sambil beli belah abiskan sisa2 $$ dalam dompet (dah gaji ke?) boleh gak cuci mata tengok artis (katanya ada lebih 50 artis akan ada kat bazaar ni) nama2 mereka kenalah korang check kat FB ehehbazaar ye  psttt, ekceli kita pun ada tau *malu-malu je nak promote, hihi* * nebes jan...

Hari Koperasi Sekolah Kakak

Selamat Pagi Balik sekolah semalam, kakak dengan muka happy tak sempat bukak kasut dah panggil aku 'umie, ada berita gembira nih, umie mesti suka' wah! yakin sungguh dia yang aku akan gembira dengan berita yang dia bawa pulang tu. haha Katanya 'Umi kan suka jual-jual. Jadi umie mesti gembira dengan berita ni. Rabu depan sekolah kakak ada Hari Koperasi, cikgu kata kalau nak berniaga, tapak untuk ahli koperasi RM20, kalau bukan ahli RM30. Kakak dah bincang dengan kawan-kawan nak share jual-jual. Kami 5 orang, jadi sorang kena bayar RM4, umi fikirlah nak jual apa, taknak jual inner umie tu, mahal.. jual yang murah2 je' hahaha, dia kata inner magic aku mahal. Rm10 je pun, tapi bagi budak baya dia, rm10 tu rasa mahal kot. Emm, menung kejap nak jual apa agaknya ye, nak jual benda goreng2 sapa pulak nak uruskan. Tiba2 teringat jiran baru share kat FB sejenis jajan yang namanya, Bubble Rice Chocolate. Rasanya sesuai kot, ada bekas kecik dan bekas besar. Terus wsa...

Minggu 'Tester' Kuih Raya

Emm, dalam seminggu lebih lagi Insha Allah kita akan sambut Ramadhan Kalau zaman bebudak dulu seronok nak sambut raya Tapi sejak jadi mak budak ni, sambut Ramadhan lagi best dari sambut raya eh! itu aku ler, korang aku tak tahu, hihi Minggu ni kita namakan Minggu Tester Kuih Raya mana tidaknya, pegi lah mana2 opis pun korang akan nampak balang kuih raya dan sehelai kertas kosong balang kuih raya tu korang boleh try test, sedap ke tak sedap kertas kosong tu untuk tulis kalau korang berminat nak order kuih tu tester kuih raya hari ni 'Dahlia Cookies' ada sorang brother kat opis ni punya, mungkin wife dia buat kot sedap gak, rangup je yang bestnya, balang kuih konfem kosong tapi kertas order pun kosong jugak, acaner? kalau ada order pun, kengkawan yang tak sampai hati nak kata 'tidak' hahaha tapi bagi orang yang bisnes kuih raya kata diorang, untung jual kuih raya boleh makan berbulan2 itu kata diorang, aku lom penah jual kuih r...

Kenapa Kita Patut Makan 'Buoh Timun Cino' aka Tembikai

sebenarnyanya aku biziiiiiiiiiiiiii sangat hari ni akak sebelah cuti 2 minggu gi umrah meh kita sharing is caring sikit ye u know buoh timun cino? tok tahu? 'buoh timun cino' tu hanya dikenali di Kelantan je kot bila dia dah kuar dari Kelantan, namanya tukar pada Tembikai kikiki   dulu, kalau gi kenduri si kenit akan ngadap ni je sepinggan penuh sejak dia kena semput tu, aku dah 'haram'kan buah ni kalau nak makan, kena makan jauh dari mata si kenit wpun doctor kata itu bukan penyebabnya tapi dah ramai yang kata cuba elak kan anak yang semput dari  makan tembikai so kita makan buah lain lah ye nak # macam kedberi, tak makan pun tak pe kot, banyak lagi cekelat lain kikiki okey, daaaaaa

Rezki Sama DiKongsi

Salam Jumaat untuk semua Saat kita makan sedap, mungkin ada yang belum menjamah nasi sepanjang hari Saat kita menukar baju baru, mungkin ada yang berbaju koyak Saat kita tertawa terbahak2, mungkin ada yang menangis pilu Kalau kita rasa sangat susah, mungkin ada yang lebih susah dari kita Apa kata, ada yang terlebih tu kita kongsi sama2 dengan mereka yang kekurangan Mungkin dengan sedikit itu mampu membuat mereka tersenyum Blog KKIDA  apa2 nak tanya sila emel kkida, aku cuma tolong share je   email kkida:  ida-1001resepi@ hotmail.com Selamat berhujung minggu ye (^_^)

Novel 'Dia Sayang Aku'

Tu dia, mood membaca novel sudah mari lagipun sekarang aku takde follow mana2 drama Korea lepas je habis drama Korea bertajuk ' Ugly Alert' tu ingat nak tengok drama bertajuk 'Doctor Stranger' tapi asiklah tertido awal, huhu sekarang suka golek2 dalam bilik sambil membaca takde bahan sangat, majalah tahun 1999 pun aku layan je janji ada bahan untuk dibaca # macam comel je tengok fesyen n mekap orang dulu2, haha 2 hari lepas aku terima parcel dari blogger Hanis Azla boleh je beli kat kedai buku tapi sebab nak ada 'tandatangan' dari si penulis gigih order sendiri dari kak Fea # TQ KakFea kerana sudi melayan karenah peminat mu ini Cinta datang, Cinta Pergi Cinta Allah kekal abadi Novel kedua hasil nukilan Hanis Azla sinopsis kat SINI Sejak kecil, Zaira menjadi dambaan hati Fir. Ianya membuatkan Fir terus memasang impian. Fir mahukan Zaira, t etapi hati Zaira hanya untuk Ikmal. Akhirnya Zaira berkahwin dengan Ikmal. Fir...

Manis dan Pahit Bergabung Menjadi Satu

Salam Korang Selamat pagi semua # sangat mengantuk, badan rasa sakit-sakit # rasa macam nak gi urut satu badan # sabar menunggu cuti Sabtu Ahad okeylah, ni nak citer pendek, ringkas dan padat ~*~*~*~*~*~*~ *8(Ahad) & 9 (Isnin) Jun 2014*  aku ke HCMC, nak baca detail boleh baca kat blog CikViva kami gi ber3  * aku, CV dan ex-jiran sebenarnya aku dah malas nak mengarang mungkin keterujaan dah berkurangan memandangkan ini bukan pertama kali yang aku rindu cuma nak makan Pho dan minum Kopi Ais Kaw Pho kat kedai Hajah Basiroh, semangkuk RM 10 # gatal taruk sambal tu banyak2, rasa membunuh dia punya pedas my ex jiran yang follow our trip berfotoan bersama mamat vietnam muka ala korea jual kopi ais kaw dalam reramai mamat vietnam yg aku jumpa, yang ni je comel sikit kopi ais dia kaw-kaw punya sekali sedut, tangkap kepala terus kuar bintang 3 hihi bergambar dengan Lily, gadis comel penjaja jalanan BroMazidul ada tulis pasal dia # k...

Maleficent, Dia Baik Sebenarnya

Malam tadi, aku dan anak2 'di taja' oleh CV tengok wayang sian anak2 cuti 3 minggu ni takde plan kemana2 CV dah booking online untuk tengok filem yang jadi sebutan anak-anak sekarang Maleficent Jom lah anak2 gigih dia nak wat rambut macam Maleficent siap suruh kakak tanggalkan getah rambut, hihi GAMBAR DARI SINI Secara ringkasnya: Maleficent ni asalnya adalah pari-pari bersayap yang baik hati tapi telah dikhianati oleh 'kawan tapi mesra' yang di kenali dari kecil (seorang manusia) iaitu Stefan yang tamak dan bercita2 menjadi Raja Syarat untuk menjadi Raja ialah, dapat membunuh Maleficent Stefan telah menghianati Maleficent dengan memotong sayap Maleficent tanpa sedar. Oleh kerana itu, Maleficent telah kehilangan sayap kesayangan Lalu bersumpah akan membalas dengan pada Stefan. Si Stefan berkahwin dengan anak raja dan menjadi Raja Sewaktu Puteri Aurora dilahirkan Maleficent datang melawat dan bersumpah, Puteri A...

Lagu Korea Jiwang Karat

tah ape angin puting beliung melanda sejak sehari dua ni suka sangat layan lagu korea jiwang sepatah haram tak paham, tajuk lagu pun tak tahu tapi sampai meleleh air mata ko pehal Irfa?  tajuk lagu pun aku tak tahu tapi aku search kat you tube THE HEIRS OST THE WINTER THE WIND BLOWS OST BREAD LOVE AND DREAMS OST meh cuci mata dengan watak-watak penting dalam 3 drama korea yang aku suka tu Kim Tan aka Lee Min Ho Young Do aka Kim Woo Bin Oh Soo aka Jo In Sung Kim Tak Goo aka Yoon Shi Yoon tapi dalam ramai2 hensem boy korea tu tetap LeeMinHoo yang ni jadi pujaan hati  *tang rambut dah ada sikit korea kot* # nah baldi, tadah muntah korang, hihi # mati lah puji anak sendiri hensem # kalau bukan mak dia yang puji, sapa lagi, ye dak? # berangan nak pakai spek, ini gambar masa aku wat spek beberapa bulan lepas #sambil dengar lagu, berangan back packers sorang2 jalan2 ke Korea # mimpi je mampu setakat ini # bi...

Misteri Yang Tak Terungkai

Ini adalah kisah benar,dah lama nak share, tapi lupa manjang lupa mukaddimahnya macamni opis aku kan kat tingkat 1 tingkat bawah ni-ground floor bawah lagi-basement so atas opis aku ialah tingkat 2 emm, korang boleh bayangkan tak macam mana? Dan ini kisahnya: sekali sekali, tengah buat keje di opis nih aku dan beberapa rakan akan dengar bising dari tingkat atas bunyi macam orang tarik meja @ tarik kerusi kadang2, bunyi tu lama jugak sampailah ada sesapa tegur 'eh, sapa lah yang tarik kusi meja kat atas tu' tegur je, terus bunyi tu senyap bunyi tu akan ada sampailah sesapa yang perasan, akan tegur  dulu2 aku tak perasan pasal bunyi tu tp bila sorang kakak ni tanya 'ko perasan tak bunyi bising macam tarik kusi meja kat atas ni? padahal opis atas tu pasang full karpet macam mana pulak boleh bunyi macam seret atas lantai simen' ye tak ye jugak kan? dah lama jugak tak dengar bunyi ni tapi hari ni ada balik bila aku te...

KLIA2 Dari Sudut Spek MataKu

Cite ni dah ada bau2 nak basi (faktor utama kenapa aku lupa nak citer ialah, gambar dari hp member, jadi aku terlupa gambar tu kat galery whatapps). Sapa sini penah ke KLIA2, sila angkat pen? Apa pendapat korang tentang KLIA2 tu? eh! jap, simpan komen korang tu ye, meh sini aku nak share kisah aku ke KLIA2 pada Jumaat 2 minggu lepas (23Mei), nanti ujung2 korang boleh komen ye .. Tujuan aku kesana sebab dah janji nak dating ngan sorang akak blogger yang order Pan Happy Call, taknak pos, nak COD katanya. Minggu sebelum tu pun kami dah jumpa di Klia waktu lunch untuk COD Inner Magic. Tapi kali ni kami nak jalan-jalan ke KLIA2 memandangkan aku pun tak penah kesana, asiklah dengar kengkawan duk sembang apa ada disana, tapi aku tak sampai2 lagi. Dipendekkan citer, aku naik ERL kesana jam 1245 tengah hari. Ops, tambang sehala  KLIA ke KLIA2 ialah RM2, pegi balik RM4, kecuali kalau korang nak pegi je tapi taknak balik, bayarlah RM2. hihi. Tak lama pun, perjalanan lebih kurang semin...