Skip to main content

Log In Blog Nak Update Citer Raya, Tapi..........................

Salam korang..

Panasnya cuaca sekarang, rasa nak bawak bantal tido dalam bilik air je. Sebab bilik air  tu sejuk sikit. Aku tak tahu lah disebabkan pembawakan baby dalam perut @ memang sedia ada malas, nak buat apa pun malas sangat sekrang. Ni dah masuk 2 bulan jadi suri rumah ( masih dalam cuti sakit yang panjang) walaupun masih belum sah berhenti keje. Tinggal sebulan je lagi, lepas ni aku betul2 bergelar 'suri rumah'.

Ni gigih on laptop nak update citer raya, tapi boleh pulak lompat-lompat blog orang. Sekarang dah buntu apa nak tulis kat blog sendiri, pastu gambar takde untuk jadikan hiasan. Nampak gaya tak kesampaian nak update citer raya, huhu.

Terima kasih sebanyak juta-juta kali pada yang masih sudi bertanya khabar, Alhamdulillah kesihatan dah beransur baik walaupun tak sepenuhnya. Aku pun dah stop suh akak pengasuh masak untuk anak-anak, aku dah mula masak dan urus rumah tangga. Buat yang mana larat, ada hari larat aku buat. Datang hari tak larat, aku pejam mata je.

Oklah, kendian lah citer raya... kalau aku rajin ye

kbai




Comments

faridfreddy said…
Selamat Hari Raya Irfa.... Dah beransur baik ye....
Nastyna said…
Selamat Hari raya, errr I tak silap baca ni kan, baby dalam perut? TAHNIAH!!!! Hugssss.
Unknown said…
Eid mubarak Irfa,
Sabar ya.. pembawaan budak memang macam-macam..

- Jaga diri.. jaga baby.
paridah said…
SYUKUR ALHAMDULILLAH..IRFA DAH SEMAKIN PULIH DAN CERGAS MENGURUSKAN RUTINSEHARIAN .SAMBIL DPT PELUANG CUTI SAKIT TU BEREHAT BANYAK2 YA..
Irfa said…
Kak Paridah,
Ada kurang sikit dr mula2 dulu. Klu dulu sakitnya non stop, skrg ada lh hari yg ok. Sy elakkan duduk@brdiri terlalu lama. Buat yg mmpu je
Irfa said…
Kak Sham..
Insha Allah moga baik2 aje
Irfa said…
MUMMY JJ..
haha, x silap bca. Insha Allah Jan next year awak dpt ank buah baru, doakan ye semuanya brjln lncr
Irfa said…
METWARE..
Tq singgah
Irfa said…
FaridFreddy..
Alhamdulillah ada baik sikit dr sblm
sweetie said…
Irfa, tahu ke sapa faridfreddy ni.... hehehe.. saya tak tahu camner plak boleh terguna email farid ni... ;)
Irfa said…
Lor akak ke? Pelik gak sapa FaridFreddy nih. Igt reader baru. Akak pakai lptop si abang kot
Mulan said…
Alaa kesian nya.. Take care tau.. Rest byk2..
Sunyi jer meja kat sebelah mesin photostate tu...
selalunya kalau kesitu... ada jer benda nak pinjam... stapler lah... pen la...
rindu kat irfa.... nampak sambal hitam... teringat kat awak...
terliur juga weh. Sib baik mak buyung punya

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...