Hai semua, Salam Jumaat ye
Okey hari ni nak bercerita tentang 'kakcik'
Sementara belum ada 'baby baru' ni kan
Tahun depan (January 9 tarikh yang lebih tepat)
Genaplah umurnya 6 tahun
Dia seorang peminat setia kucing
pantang nampak kucing mesti mintak nak bela
maaflah sayang, tengok dan pegang boleh
bela tu umie belum mampu, huhu
( dah cuba jugak bela tapi tak tahan lama, samada hilang@mati)
# kucing ni nama Ray
(kepunyaan Kak Laila, tokey mee udang glemer D'laila Mee Udang Nilai)
Ni situasi biasa bila balik dari tadika
Tudung senget benget tu pemandangan biasa
jarang lah tengok tudung dia terletak elok
sib baik masih melekat tudung tu kat kepala, hehe
Tapi anak tudung dah banyak kali hilang
Yang ni memang sakit perut mak aku gelak
mak aku pelik kenapa pelik sangat rupa karipap ni
bila citer, sakit perut gelak kata mak
mana tidaknya, habis kelim karipap di gigitnya tanpa rasa bersalah
alasannya "kita tak suka tengah dia, kita suka tepi je'
adohai...
bistu sapa nak makan yang tengah ni?
hobi dia selain tengok kartun, ialah melukis
ni antara lukisan yang ingin aku kongsi sebagai kenangan
gambar 1- dia sekarang
gambar 2- dia dah besar sikit
gambar 3- dia dah besar dan tinggi, wow memang tinggi betul, penuh muka surat
gambar 4- dia dah tua nanti, siap pakai tongkat tapi vouge u, pakai skirt
gambar 5- gambar pusara, siap ada nama tertulis kat batu nisan
(yang ni aku speechless, budak baya dia tahu pengakhiran hidup ini ialah MATI)
Setiap anak ada kenangan masing2
mak ayah aku pun kadang2 bila berkumpul ramai2
mengimbas balik perangai kami adik beradik masa kecik
rasa macam
'eh! betul ke aku kecik dulu camtu? cam tak caya je'
tapi seperti kata mak
'korang je rasa macam dah besar sangat, tapi kat mata ma, nampak korang masih kecik lagi'
huhu... cedih kita tau
Comments