Skip to main content

Tahun Baru 2016, Permulaan Sebuah Kehidupan Baru

ASSALAMUALAIKUM

Entri pertama untuk tahun 2016, harap masih belum terlewat untuk mengucapkan
SELAMAT TAHUN BARU
untuk semua yang masih sudi meluangkan masa singgah baca
blog sendu yang makin hari makin kurang update
(*_*)

# hari pertama buka sekolah, curi sikit masa untuk update blog



2015 meninggalkan kita dengan segala macam rasa
manis pahit masam semua ada
2016 datang dengan seribu harapan
semoga kita terus tabah mengharungi hari2 mendatang


Planner 2016, reward kepada diri sendiri
# takde yang free dah, kalendar dan diary semua kena beli sekarang, hihi
red for me dan black for my 'soulmate'


sebanyak2 syukur pada Allah dengan anugerah terindah
setelah bermacam ujian sewaktu mengandung selama 37 minggu
* pengalaman pertama kali di induce untuk melahirkan, nanti aku share bila free ye*


maka lahirlah Baby SAA
pada 23 Disember 2015 jam 3.07 minit petang
dengan berat waktu lahir 3.15 kg
ingatkan baby nak join share besday kek dengan abam dan kakcik
tapi rupanya baby dah tak sabar nak keluar, jadilah dia baby hujung tahun, hihi


nanti free aku akan karang kronologi kelahiran baby SAA yang sangat mendebarkan
*big THANKS untuk semua yang mendoakan*

sudi tunggu tak?
*haha, bajet retis sangat tau*

okey... jumpa lagi





Comments

Kakcik Seroja said…
Selamat menyambut kedatangan orang baru dan 2016... :)
HeNRieTTa JoSe said…
planner...hehehe....btul tu...dah xde yang free...kalender pown kna bli....dlu kecik kecik, time pergi kdai runcit bulan 12 mesti dapat free...yeyyy...baby dah lahir...mesti cute kan...
paridah said…
Assalam irfa selamat tahun baru syukur alhamdulillah dianugerahi Allah cahaya mata menjelang awal tahun...seronok sgtkan dpt mengendong/mengilek/mendokong baby yg kecil comel lagi harum..
Assalammualaikum
tahniah sahabat atas kelahiran baby baru, sempat juga ya buka lappy nak tulis blog.
sunyi la saya takde cikgu nak refer pasal blog... blog saya Sharmin onestop centre tu dah bersawang rasanya
nak dicuit tak berani
semoga tahun ini lebih bererti buat irfa sekeluarga
keep in touch k
salam ingatan daripada saya
http://shaminsayang78.blogspot.my/
Lady Windsor said…
gebu sangat baby SAA..okeh aunty shasha tunggu citer baby ni:)
zana-norzana said…
Tahniah Irfa dengan kehadiran orang baru.....
Tahniah Irfa, baby saya pulak lahir 5 Disember :)
Angah said…
tak sabor nak tunggu next sotry ni..
hai baby..
Xuera_lar said…
tahniah atas kelahiran baby baru.....errr..nak tanya....planner merah tu beli kat mana...?
Irfa said…
@Ju..
tq untuk ucapan tahniah itu
planner tu beli kat grup taman, dia pun ada blog
http://izandaughtersalleh.blogspot.my/
kalau FB search IzanSalleh

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t