Skip to main content

Update Penutup 2016

Hai, cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik, dah dipenghujung tahun 2016. Banyak perkara berlalu 11 bulan yang lepas, manis ke masam ke, redah je.

Lamanya tak update blog. Dah tak tahu apa yang nak dikongsi disini, semuanya dah update kat Facebook (walaupun bukan 100% tapi 50% ada kat situ).

Dah setahun 4 bulan aku duk rumah, bukan duduk sesaja, macam2 benda buat jugak. Selain kerja rumah yang tak pernah habis, jadi driver untuk anak-anak, aku masih berjualan online (cuma tak serancak dulu). Seronok tengok kawan-kawan yang dah ada produk sendiri, ada bisnes yang dah stabil, tapi aku masih lagi terumbang ambing, kejap buat tu, kejap buat ini. Tak de satu benda yang betul-betul fokus. Entah lah.

Aku harap 2017 nanti akan lebih baik. Banyak perkara dan benda yang aku inginkan belum tercapai. Tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada.

Syukur aku masih dikurniakan kesihatan yang baik, anak2 dan suami sihat setakat ini
Syukur aku masih ada ma ayah, adik beradik dan family kecik kami (kecik ke? dah ber 6 kot) haha
Syukur ada tempat berteduh dari hujan panas walaupun bukan atas nama sendiri
Syukur ada kenderaan menghubungkan aku dari A ke B dan ke C, walaupun bukan nama sendiri.
Syukur aku masih boleh bertukar pakaian 3x sehari.
Syukur aku masih mampu makan ikut selera (lepas ni kena ubah pemakanan sihat, umur dah banyak).

Tahun depan umur aku 38 tahun dah, kadang2 terfikir cukup ke bekalan aku untuk pulang ke negeri abadi?

Sempurna kah solat ku? Bacaan solat dah paham maknanya ke belum?
Pemakaian banyak lagi perlu di perbaiki, Allahu.
Baca Al-Qur'an setiap hari tapi belum baca terjemahan sepenuhnya. Allahu.

Kadang malu pada diri sendiri, sibuk sangat dengan dunia. Sedangkan berapa lama lagi akan mnghuni dunia ini.

Maaf kalau post kali ni agak poyo, tapi itu lah yang selalu aku fikirkan.
Maaf kalau ada salah silap selama berceloteh di blog yang makin sendu ni

Aku doakan pada semua yang masih sudi singgah kat sini, moga korang di berkati Allah dalam semua urusan. Jumpa lagi kalau ada umur.

Bye

Comments

SIQAHIQA said…
Tak poyo kak sebab sesungguhnya siqah pun memikirkan benda yang sama. Tahun berubah dan dalam masa yang sama umur kita pun meningkat.

Tak sangka akak dah berumur 38 tahun :) Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik kak. Yeah! Lagi beberapa hari je nak ke 2017 :D
al-lavendari said…
terima kasih atas doa anda .. moga anda juga diberkati Allah.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Baju Bundle Bersih dan Murah di A&A Bundle, Nilai

Semalam kan coti 1Malaysia, CV balik umah aku. Dia wajib kena balik sebab nanti anak2 sedaranya akan kerinduan kalau dia tak datang umah kami. Asal cuti je tanya 'makcek datang tak hari ni?' Tak tahu nak wat apa, so petang tu kami jalan2 cari makan. Masa nak tapau nasi kandar Lawood nampak kedai bundle area Nilai. Sebelum ni tak penah pulak nampak kedai tu. Saja lah singgah cuci mata. Kedatangan kami disambut dengan senyuman mesra sepasang anak muda (seorang lelaki dan seorang gadis) . Saja usha2 baju musim sejuk kat situ. Rega RM15/sehelai. Mungkin ada lagi bundle yang lebih murah tapi rasanya orang yang membeli kat sini tak menyesal sebab  kualiti yang bagus dan barangannya bersih macam baru keluar kedai dobi. Kalau setakat nak pakai2 jalan2 satu trip tu baiklah beli kat sini dari membazir beli yang baru kat kedai berjenama sampai ratus2 untuk selai baju macam ni. baju Bok Nyeo (watak orang gaji dalam drama Korea 'Strange Housekeeper' sehelai rm15