Skip to main content

Jaga Dia Untuk Kami



Hari ini 27 September 2017

Toleh kebelakang, kita sudah meninggalkan hampir 9 bulan untuk tahun 2017. Tahun ni merupakan tahun yang mencabar bagi keluarga kecil kami. Kali pertama berjauhan dengan EnAbe dalam tempoh sebulan lebih, kalau dikira dalam kiraan minggu, lebih kurang 7 minggu. Rezki Allah yang datang tiba2 bila EnAbe mendapat tawaran menyertai pasukan menguruskan Jemaah Haji Tahun 2017.

RINDU?
Ya, semestinya rindu datang setiap saat dan waktu. Anak2 besar sabar menghitung hari. Sikecil Aisha melahirkan rindunya dengan perbuatan. Tiap kali handphone berbunyi, dia dulu berkejar dapatkan hp lalu hulurkan pada aku. Tapi bila EnAbe video call, dia taknak pandang handphone, merajuk kot, jual mahal.

Serius aku kagum dengan isteri2 yang berjauhan dengan suami, menguruskan anak-anak seorang diri. Sakit demam pun gagahkan diri bangun. Takde nak manja2 sebab anak2 bergantung pada kita. Aku bayangkan macam mana Mak berjauhan dengan Ayah waktu kecil kami dulu, Ayah mencari rezki di Kota Singa. balik 2-3 bulan sekali. Waktu tu bukan macam sekarang, boleh call, video call dan Whatapps. Kalau kirim surat pun ntah sampai ke tidak sebab Ayah kerja kontrak bina bangunan, mesti lah pindah randah. Aku ingat lagi, ada kawan ayah datang rumah, bawa kamera untuk ambil gambar kami 3 beradik. Beraturlah kami dipakaikan baju cantik oleh Mak untuk di ambil gambar. Gambar yang akan jadi ubat rindu seorang ayah pada anak-anaknya.

Sekarang, EnAbe video call kami 2-3 kali sehari (kalau sibuk, paling kurang sekali mesti ada). Whatapps tak payah citer lah berapa kali, tanya dah makan belum, anak2 dah bangun belum, hari ini buat apa. Dan aku tanpa jemu melaporkan semua aktiviti kami kepadanya sebagai tanda kami sangat rindukan kehadirannya.

Pada saat coretan ini, Insha Allah lagi 2 minggu En Abe akan pulang. Ya Allah.. setiap saat aku tak lupa doakan semoga tugasnya di Tanah Suci berjalan lancar dan pulang kepada kami dengan selamat.

Coretan ini ditulis sebagai kenangan. Moga aku diberi kerajinan untuk terus berkongsi cerita di blog kesayangan ini.

Comments

paridah said…
KASIH SAYANG MENGIKAT PERIH PERPISAHAN MNAWAR RESAH RINDU
My Green Canyon said…
Selamat menunaikan ibadah haji.
sweetie said…
Saya pun membesarkan anak-anak bersendirian Irfa, sebab enSomi tak selalu bersama dan tinggal berjauhan.
Lea Azleeya said…
lea follow kak mawar.. Salam kenal dari lea ye... #bloggerpantaitimur
Unknown said…

Sungguh..bila berjauhan dengan tersayang..ada 1 nikmat yang Allah titipkan bersamanya..iaitu nikmat R.I.N.D.U

Nikmat rindu ini..hanya yang duduk berjauhan dari suami/isteri sahaja yang dapat merasainya..

Paling manis ketika bertemu setelah lama berjauhan..

Yang duduk dekat mana nak kenal rasa rindu, ye dak? Hehehehehe

Dan pasti..yang teramat paling dirindu..Adalah bumi haramaian Makkah & Madinah..
Mudah-mudahan Allah angkat dan jemput kita semua menjadi tamuNya di sana..Allahumma ameen
Ayu Rashid said…
Yeay. Pasni jgn biar blog bersawang lagi kak.. hahaha ingatan utk diri ayu jugak ni 😎
Aryan azra said…
YE SAYA YANG KADANG BEROISAH SEHARI DUA PUN RASA MACAM PAYAH NAK URUSKAN ANAK2 SEORANG DIRI, MANA NAK HANTAR KE SEKOLAH MANA NAK BERKEJAR KE TEMPAT KERJA LAGI. MEMANG TABIK BETUL PADA ISTERI2 YANG BERJAUHAN DENGAN SUAMI DAN URUSKAN HAL RUMAHTANGGA SENDIRIAN
Humaira said…
Teruskan menulis sis! Jd catatan kenangan..;D
Mimie said…
Semoga En Abe sihat di sana..in shaa Allah dua minggu sekejap saja...mesti xsbr tgu die balik kan
Shikin Razali said…
Seronoknya bila dapat menjejakkan kaki ke Makkah.. Semoga saya pun dapat menjejakkan kaki ke sana.. Saya dengan suami pun PJJ sis, dua tahun kami berjauhan.. Walau masih belum dikurniakan zuriat tapi kami happy, walaupun kami terpaksa berjumpa kadang2 sebulan sekali, kadang2 dua bulan sekali dek kerana tugasan, tapi kami masih happy.. =) Semoga suami sis selamat sampai dan kembali pada keluarga dengan selamat..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t