Skip to main content

Tahun 2020 Yang Menjadi Sejarah Dunia



Ini bukan tulisan ku tapi copy paste yang di terima di Grup Whatapps. Kredit kepada Penulis Asal yang tak diketahui. Mohon izin simpan di blog sebagai kenangan akan datang

18 MAC - 31 MAC 2020   fasa 1
01 APR - 14 APR 2020      fasa 2
15 APR - 28 APR 2020      fasa 3
29 APR - 12 MEI 2020      fasa 4

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“ harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

๐Ÿ“Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

๐Ÿ“Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.

๐Ÿ“Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan

๐Ÿ“Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan

๐Ÿ“Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.

๐Ÿ“Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

๐Ÿ“Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

๐Ÿ“Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta

๐Ÿ“ Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.

๐Ÿ“Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.

๐Ÿ“Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.

๐Ÿ“Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.

๐Ÿ“Taman permainan kanak - kanak ditutup.

๐Ÿ“Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

๐Ÿ“Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

๐Ÿ“Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

๐Ÿ“Rak - rak di kedai menjadi kosong.

๐Ÿ“Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

๐Ÿ“Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

๐Ÿ“Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

๐Ÿ“Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

๐Ÿ“Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.

๐Ÿ“ Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.

๐Ÿ“Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

๐Ÿ“ Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

๐Ÿ“Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

๐Ÿ“ "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—

Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ❤️๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ❤️

Hari ini, 28 April 2020
Dah masuk Fasa ke 3, hari ke 42 #PKP.

#stayHome
#dudukrumah
#coronavirus
#covid19
#staysafe
#kitapastimenang
#KeepCODM

Comments

paridah said…
ALLAH MENGUBAH GAYA HIDUP KITA HANYA DENGAN NOVEL CORONA VIRUS YG HALUS
gazzgazz said…
alangkah baiknya memang tetap dirumah seperti dari himbauan pemerintah, semoga selalu sehat semuanya.
gazzgazz said…
semoga covid-19 cepat hilang dan semua diberikan kesehatan, yuks tetap jaga kebersihan.
Acuyuhan said…
SELAMAT HARI RAYA!!! bestla entry ini.. done follow u, follow me back :) http://acuyuhan.blogspot.com/

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...