Skip to main content

Posts

Update Penutup 2016

Hai, cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik, dah dipenghujung tahun 2016. Banyak perkara berlalu 11 bulan yang lepas, manis ke masam ke, redah je. Lamanya tak update blog. Dah tak tahu apa yang nak dikongsi disini, semuanya dah update kat Facebook (walaupun bukan 100% tapi 50% ada kat situ). Dah setahun 4 bulan aku duk rumah, bukan duduk sesaja, macam2 benda buat jugak. Selain kerja rumah yang tak pernah habis, jadi driver untuk anak-anak, aku masih berjualan online (cuma tak serancak dulu). Seronok tengok kawan-kawan yang dah ada produk sendiri, ada bisnes yang dah stabil, tapi aku masih lagi terumbang ambing, kejap buat tu, kejap buat ini. Tak de satu benda yang betul-betul fokus. Entah lah. Aku harap 2017 nanti akan lebih baik. Banyak perkara dan benda yang aku inginkan belum tercapai. Tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada. Syukur aku masih dikurniakan kesihatan yang baik, anak2 dan suami sihat setakat ini Syukur aku masih ada ma ayah, adik beradik dan fa...

16 Tahun Yang Ada Macam2 Rasa

Hari ni 18 NOV 2016 November antara bulan istimewa aku selain dari bulan FEB tarikh lahir aku JAN tarikh lahir abam dan kakcik MAC tarikh lahir EnAbe AUG tarikh lahir kakak DEC tarikh lahir cikebom haha senang citer semua 12 bulan dari January hinga December ada keistimewaannya ada kisah yang manis untuk di kenang * ada pahit tu kita campak jauh2* bila dah semakin berumur, lebih sabar dan tenang kalau dulu, soulmate lupa wish anniversary, muncung 8 depa sekarang kalau dia lambat wish, kita wish dulu pedehal kan Renung seketika kata-kata ini Okey, dah baca? Tenang kan rasa bila baca ni Seperti doa2 aku sejak mula kami diijab kabul pada tarikh 18 Nov 2000 Doa aku tak pernah berubah malah makin panjang doa nya, hehe semoga kami bahagia hingga ke syurga dan semoga tanah dan cangkul sahaja memisahkan kami sob sob sob Kepada En Abe walaupun size badan kita berubah mengikut peredaran zaman percayalah, cinta ku padamu t...

Kongsi Cerita: VCO Virgin Cocunut Oil

Hai Semua nak share sesuatu yang menarik  (ini bukan entri berbayar ye, ikhlas nak cerita) Sapa sini ambik VCO sebagai supplement harian? Aku ni cukup malas nak makan supplement Tapi yang peliknya, masa pregnant cikebom Aisha, aku rajin pulak Siap makan dengan teratur lagi tau tepuk untuk diri sendiri syabas  Ni antara yang aku makan tanpa culas waktu pregnant VCO by Catalyst * beli ngan kawan opis dulu*  yang ni aku makan masa awal kandungan Lagi 2 bulan sebelum bersalin, aku cuba yang ni yang ni jenis cecair, minum pakai sudu Alhamdulillah, Kelebihan yang aku dapat dari VCO ni dengan izin Allah ialah: - Masa cikebom Aisha ni langsung takde kena tegur dgn misi pasal Hb low. Pregnant 3 yg lepas, asik kena bebel dengan misi sebab hb low. Mcm2 cara aku cuba dan mcm2 petua aku ikut, mkn sayur bayam, mkn kerang, makan hati ayam@lembu. Tp kali ni hb elok je smpai bersalin.  ALHAMDULILLAH. - dengan IzinNYA juga, bers...

Kenangan: Air 4 Jenis

Tadi aku duk skroll gambar2 dalam handphone, terjumpa gambar ni. Sebelum delete, meh kita stori mori sikit. Apehal lah ye sampai 4 jug air tu? Nak kenduri ke? Sebenarnya ini gambar masa Ramadhan yang lepas. Aku bancuh air oren sunquick, sekali enAbe balik bawak air jagung. Tak lama tu adik pulak datang nak berbuka sesama, dia pun beli air jugak (2 jenis, aku pun dah lupa air apa). Gambar ini mengingatkan aku pada zaman berpuasa masa kecik2 dulu di kampung. Seronok sangat kenangan membesar bersama adik beradik. Mak ayah melayan je karenah anak-anak berpuasa, kalau 3 anak, ada 3 jenis air. Air tebu, air soya, air oren. Semua mengadap jug air tu sementara tunggu waktu berbuka. Hehehe Itu baru bab air, belum bab makanan lagi. Tapi selalunya, masuk je waktu berbuka, dah togok air bergelas-gelas, dah tersandar kekenyangan air, haha Okey lah itu je nak share, korang pun mesti ada kenangan camni kan? Sekarang semua sudah berfamily, kita pulak layan karenah anak-anak berpuasa

Hari Repot Kad Tadika, Tahun Akhir

 5 Nov 2016 Sabtu   Tadika kakcik mengadakan pertemuan dengan ibubapa untuk memberitahu sejauh mana prestasi anak-anak selama belajar disitu. Alhamdulillah komen guru tentang kakcik boleh dikatakan baik. Seorang pelajar yang mendengar kata, tulisan cantik dan kemas, boleh membaca dengan lancar. Cuma Math dia masih confuse antara tambah dan tolak, hehe.    kakcik dengan guru yang mengajarnya ni kotak hikmat, hehe segala tugasan sepanjang tahun ada dalam kotak ini simpan sebagai kenangan ye Cuma satu komen cikgu, kakcik agak lambat bergaul bila buat kerja berkumpulan. Emm tu memang tak dinafikan. Dirumah pun dia cuma berkawan dengan adik beradik, kalau ke rumah saudara mara pun dia cuma rapat dengan sepupu2 yang sebaya. Aku pun bukan selalu biarkan anak-anak main diluar rumah tanpa pengawasan, keluar aku maka keluarlah anak-anak. Kalau aku berkurung dalam rumah, dalam rumah jelah diorang main kecuali si abam yang dah pandai berkawan, itu pun seta...

Bukan Tak Rindu, Tapi .... Ntah lah

Assalamualaikum... Status Cik Ina Dodocheng pagi ini terharu weh bila nama ku diseru *macam tetau aku charge laptop malam tadi dengan niat nak update blog barang seperenggan dua, hehe* serius tak tipu, bukan tak rindu langsung nak aktif berblog macam dulu2 tapi ada je benda yang menghalang * huruf M tu besar sangat, bertenggek atas kepala* asal aku on laptop je, ada lah tangan kecik tu tarik2 baju ajak baring asal aku on laptop je, dia tengah tido tetiba buai bergoyang macam tetau je aku tengah on laptop 23hb October lepas genap umurnya 10 bulan makin banyak akal ada 4 batang gigi atas, 2 batang gigi bawah yang suka geget orang belum berjalan lagi, baru lepas2 tangan meniti sofa sudahnya, meh lah kita berbaring wahai anak oi sedar2 hari berganti minggu minggu berganti bulan sedar2 bulan pun dah sampai hujung tahun satu lagi, aku dah terlalu aktif di Facebook semua benda dah cerita kat facebook sampai dah tau nak share cite apa kat b...

Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak-Anak

Hai blog *lambai ala ratu* kebetulan bukak laptop ni meh lah kita update blog sepatah dua kata Alhamdulillah, setelah bertangguh sekian lama akhirnya urusan buka akaun Tabung Haji untuk anak2 pun selesai Susahnya sebab Tabung Haji takde di Nilai kena pegi Seremban @ Banting, yang mana terdekat Nampak sangat beza buku lama dengan buku baru buku kuning tu aku dan kakak dah bukak tahun 2010 dan 2011 tapi tak aktif, so bila nak simpan duit kat Bank Islam tak boleh katanya, akaun tak aktif kena aktifkan akaun semula di Tabung Haji Alang-alang dah sampai Tabung Haji teruslah buka akaun untuk abam, kakcik dan cikebom fuh lega rasanya Untuk buka akaun Tabung Haji - mykid @ surat beranak - isi borang di kaunter - rm10 untuk buka akaun tapi belum daftar haji, sebab perlukan rm1300 dalam akaun kalau bekerja, cuma bawak penyata kwsp terus boleh daftar next time lah, sebab penyata kwsp tak bawak (sebab tak tahu) okey, mula menyimpan dar...