Skip to main content

Posts

Kini Sudah Bulan Ogos

Selamat Datang Ogos Cepat sungguh masa berlalu Rasa macam baru je ucap Selamat Tahun Baru 2017 Pejam celik pejam celik Kita dah pun di bulan ke 8 Tahun 2017 Kehidupan aku seperti biasa Menguruskan keluarga Sibuk keluar masuk keta hantar anak ke sekolah dan tusyen Dirumah pula, rutin sebagai Suri Rumah Membasuh, Memasak, Mengemas Kedengaran membosankan ke? Masa bekerja dulu aku fikir mesti bosan Buat benda sama setiap hari 24 Jam, 7 hari seminggu haha Alhamdulillah, setakat ni belum bosan lagi Baby Aisha pun dah 1 tahun 7 bulan Setiap hari ada je perangai baru dia Sentiasa menghiburkan haha Setiap hari aku berdoa Diberi kesihatan dan peluang untuk melihat anak2 membesar Semoga Allah mendengar doaku ini

Makan Atas Dulang Menggamit Kenangan

Hai Blog Mood Rajin datang Manfaatkan sebaik2nya Saja tulis sebagai kenangan Seiring dengan bertambahnya usia Kita suka mengenang kisah dulu-dulu Kisah kita membesar di kampung Antara perkara yang mengimbas memori ialah Pinggan Lama dan Dulang yang dulu2 kita tak ambik kisah pun Tapi sekarang, tengok Pinggan Lama pun boleh menitik airmata sob sob sob Kecik2 dulu biasa tengok nenek hidang makan guna dulang tutup dengan tudung saji  makan bersila ramai2 sekarang makan bersila pun dah payah jumpa kecuali ada kenduri di kampung tu pun dah banyak yang majlis ala buffet, sendiri cedok Beberapa minggu lepas aku ternampak orang jual dulang lalu tu dia panggil  'singgah tengok dik, hari ni last day, murah saja rm10' tak fikir panjang terus beli 1 dulang dia besi je takde bunga2 corak anak2 buah datang rumah tu hari, aku rasmi kan bagi kakcik dan sepupu2nya makan atas dulang pelik je muka diorang makan ramai2 atas satu bekas ...

April Sudah Di Penghujung

Assalamualaikum Blog Rindu kamu haha Anak2 besar dah selamat ke sekolah Anak kecik sambung tido dalam buai Baju bajan dah sumbat masuk mesin, biarkan mesin buat kerja dia Pejam celik pejam celik, hari ni dah 27hb di bulan April Tak lama lagi, tak sampai sebulan je lagi umat ISLAM akan menyambut Ramadhan Allah, rindunya suasana Ramadhan Semoga sempat menyambut Ramadhan tahun ni   Tambah happy bila ma ayah kata nak puasa bersama kami tahun ni Tak dapat sebulan, dapat seminggu dua puasa sama2 dengan ma ayah pun dah cukup happy Ayah kata, suka dapat terawih di masjid dekat rumah aku Meriah katanya Sungguh cepat masa berlalu sekarang Sedar tak sedar, Baby Aisha dah pun setahun 4 bulan umurnya Dah pandai macam2 Dialah peneman Umie bila semua takde kat rumah Mengekor je kemana Umie pergi Ke bilik air Ke dapur Haha Rindu nak aktif berblog kembali Banyak benda nak share, nak tulis Sebagai kenangan akan datang Tapi macam biasa, bila log in, semua ayat yang ...

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

  Assalamualaikum dan Selamat Pagi ada lagi ke yang singgah sini? hahaha macam takde je Takpelah, sapu sawang kejap * mana penyapu ni? penyapu pun dah hilang kot sebab lama tak guna*  Didoakan semua sahabat blogger yang singgah sini dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki sama ada yang bekerja atau yang berniaga Aminnnn Pagi ni seperti biasa, syukur masih diberi kesempatan bernafas dimuka bumi ini Dapat tengok anak-anak bersiap ke sekolah Dapat siapkan mereka sarapan walaupun simple amat Tapi pinggan tetap licin, hehe Pinggan licin petanda sedap lah kot Dah lama tak singgah blog kengkawan Masih ada yang aktif @ bersawang macam aku jugak? Sebenarnya banyak nak tulis, sebagai kenangan  takde yang singgah @ komen pun takpe lah Emm harap penyakit M ni cepat lah hilang okbai

Resepi Siakap Bakar Tempoyak

Resepi mudah bagi yang tak berapa rajin macam aku haha aku cuma letak sambal tempoyak petai dilaila atas ikan tu tambahkan carrot dan daun kesum bungkus dengan aluminium foil bakar dalam pemanggang ajaib taraaaaaaaaaaaaaa siap untuk di makan dengan nasi panas pun cukup dah

I Love Saturday Sunday

Tajuk poyo je, macam lah ko keje kan? Padahal hari2 pun cuti jugak, haha   Tapi kalau Isnin sampai Jumaat, bangun awal urus aak-anak sekolah, buatkan sarapan paling simple pun kena jugak gorengkan donut frozen. Bye bye anak naik bas ke sekolah. Sabtu Ahad, lepas Subuh boleh sambung bermalasan atas tilam sambil ngadap henpon, update apa yang patut. Yelah kan. Facebook tu kan kedai Online aku. Tak update mana orang nak tahu ko jual apa, kan? Agak2 matahari naik sikit, bangun basuh kain. sidai kain. Lipat kain je aku tak buat sebab dah sub keje tu pada si kakak, haha. Tengok jam agak-agak sejam lagi anak-anak balik sekolah, masuk dapur tengok apa menu untuk lunch. Alhamdulillah anak-anak makan tak memilih, apa umie masak, makan je tak banyak songeh. Bangun pagi tadi konon nak pegi Pasar Tani. Rindu nak tengok sayur hijau murah-murah, 7 bekas/RM 10 ke mahal bagi korang? Bagi aku yang jarang ke Pasar Tani ni rasa dah murah sangat dah, boleh dapat 7 jenis sayur dengan harga RM 1...

Fitnah Dunia Akhir Zaman

DEAR BLOG.. Bertemu kembali kita, sekarang jam 2.12 minit pagi Emm apa nak citer ye? Hari ni rutin biasa menguruskan rumah tangga (wpun rumah takde tangga, haha) Okey dah datang pun benda yang aku nak citer. Ini tentang fitnah akhir zaman. Masyarakat sekarang memang tak bagi peluang langsung untuk sesiapa melakukan sebarang kesilapan. Untuk cepat glemer dalam dunia sekarang, ko buat benda bodoh, sekejap je viral dan ko akan femes sekelip mata. Aku kalau keluar rumah, sampaikan nak parking keta pun fikir 16x kali kalau tetiba rasa macam nak terparking kat kotak parking tempat OKU (wpun aku sangat yakin takkan ada OKU datang parking masa tu) dibuatnya ada manusia kaki viral yang hobinya suka meviralkan apa saja dengan konsep 'aku mesti share nih, konfem like 8 juta'. Sanggup lah aku menapak parking jauh semata-mata takut kena viral. Bila ko dah femes, semua kisah silam zaman lampau ko akan di korek satu persatu dari zaman tadika sampai lah saat ini. Kadang aku kesian te...