TAK RETI NAK BUAT STICKY POST..
(so aku tukar date je la yer)
Entry baru ada kat bawah
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sana sini sinun kecoh pasal result spm 2012 dah keluar.TAHNIAH bagi yang berjaya dan USAHA LAGI JANGAN PUTUS ASA pada yang dapat result cukup makan.
tertarik nak buat entri ni bila baca BLOG MOON dan pengalamannya lepas dapat result spm.
aku peksa spm tahun 1997..3 bulan tunggu result duk umah tolong mak basuh kain,kemas umah dan jaga adik.ops..mak aku tukang jahit so tolong la apa yang patut.bosan tak yah citer la..tapi mana reti nak komplen.fb pun tak kenal..kalau masa tu ada fb mesti hari-hari apdet status 'buhsan..buhsan..buhsan'
bulan Mac 1998 keluar result.zaman aku tak kira A..yang tulis kat slip ialah BAHAGIAN DUA.pangkat 2 la kan?nyesal tak belajar sungguh-sungguh
dapat result daftar kelas komputer.pertama kali pegang komputer gigil jangan citer la.masa tu baru nak kenal tetikus.nak tekan pun takut..takut meletop.kah kah kah
abis belajar komputer 3 bulan.dapat call dari makcik yang duk subang suh datang intebiu.pagi sampai dari kampung naik tren dengan sedara pakcik.pertama kali dalam hidup keluar dari negeri tanah tumpah darahku.sampai umah makcik terus mandi dan tukar baju pegi intebiu.2 minggu baru panggil lapor diri.dalam proses menunggu 2 minggu tu aku try mintak keje sebagai jurujual.ingat lagi berpusing-pusing dalam Plaza Masallam tu dari kedai ke kedai dengan sepupu.akhir sekali masuk kedai jual pinggan mangkuk.tokey kedai tanya lebih kurang terus suh datang keje esok paginya.perasaan dah happy giler nak mula keje.balik umah makcik bagitau aku dah dipanggil lapor diri minggu depan,so tak yahlah pegi lapor diri kat kedai pinggan tu.mesti bengang nyonya kedai tu tunggu budak baru mintak keje tu tak datang-datang.hehe..aku la tu
dipendekkan citer aku keje sini sampai sekarang :) keje pertama dan harap-harap keje terakhir la.boleh?setia gitu..patut dapat anugerah ni.
MINI CONTEST :)
kali ke2 sejak berblog aku nak buat mini contest.
CARA PENYERTAAN..sangat mudah ye korang
-tulis je kat ruangan komen tu apa korang buat lepas dapat result SPM.pemenang akan ditentukan berdasarkan cerita yang menarik hati aku.dan akan dipilih sekali lagi oleh SiKenit Hajar dengan cara mencabut undi kertas gulung-gulung dalam cawan.mudah kan?
hadiah menanti anda.yang pasti bukan peti ais 2 pintu @ lcd tv.hadiah itu takde terjual di kedai biasa.teruja tak?
TARIKH TUTUP:
ISNIN (26 MAC 2012 // jam 5.30 petang)
memandangkan aku cuma buleh bukak blog hari bekerja,so aku bukak contest ni sampai hari ISNIN jam 5.30 petang.hari Selasa aku umumkan pemenangnya.sapa berani silakan.bukan senang aku nak buat contest ni.4 tahun sekali kot.hehe.insya Allah,isnin aku umumkan pemenangnya
pssssssssssssttttttt..
ini adalah terbuka pada yang singgah sini..aku tahu blog ni bukan ramai yang singgah pun tu pasal berani buat contest :)
cepat-cepat join.hadiah menarik menanti anda :)

Comments
Dulu guna kreto Datsun , manual pulok tu. Ingat lagi namo hok ngajar tu , Ayoh Su. Orghenyor segok tapi rambut putih, berubae (ala - ala Ed Osmera gitu).
Nasib baik dapat kreto hok tak dok lah buruk sangat. Kiro kalu nok tukar gear tu , tak dok lah payoh mano.
Dulu ambik lesen , tak yoh masuk kelah. Beli buku panduan , baco , pah tu gie jawab. Alhamdulillah sekali perekso , terus luluh.
Ujiae' menaip pun lulus dengan cemerlang.
tapi ada kwn ajak pg kerja kat genting highlands. katanya gaji lumayan. mak & abah izinkan dgn berat hati.
rupanya di sana kwn tu kerja sbg bar tender. aku dapatla kerja sbg waiter. sbb pandai sikit speaking omputeh. gaji tak lumayan tp bnyk dpt tips sbb ramai pelancong.lagipun staf disediakan hostel dan makan minum ditanggung.
rasa tak selesa kerja waiter. lgpun tak berkat tempat kerja tak senonoh, campur halal haram.
nak balik kg. malula. baru kerja dah berenti. so apply kerja sbg caddy kat golf club di awana. sama juga gaji tak bnyk tapi selalu dpt tips. paling kedekut nk bagi tips, org jepun.
nk dpt duit tambahan, bila habis kerja, carila bola golf yg hilang, masuk semak atau masuk tasik. lepas tu jual.
bila result keluar, tk dijangka dpt 1st grade. tp masa tu tak boleh terus masuk U esp aliran sastera. ikutla ckp abah sambung belajar form six.
sekian la cerita ringkas aku lepas spm....hi hi
aku nak hadiah beskal ya....irfa
Sempat merasa menjadi pekerja sambilan sebagai Pembanci..masih terkenang dari rumah ke rumah pergi menemuramah orang..mujur tak kena kejar dengan anjing garang hehe, almaklum kat kawasan perkampungan orang bukan Islam. Tapi nak masuk kawasan pagar rumah dah kena sambut dengan salakan uolss...berdebar gak, kalau dia tak gigit pun dia nak bermanja2an jilat kakitangan kita kang tak pasal2 mokcik kena samak pulak hehehe
Belajar menaip memang satu kemestian, so walaupun tak sempat habis tapi adalah sangat membantu sampai sekarang pengetahuan yang diperolehi tersebut.
Lepas dapat result, memandangkan BM dapat 7, sekadar dpt gred 2 sajork. Dapat sambung belajar ke tingkatan 6 dan ditawarkan masuk maktab perguruan dua kali. Dah rezeki nak jadi loyer buruk gamaknya, dalam ramai kawan2 yang meninggalkan tingkatan 6 utk masuk maktab, mokcik menolak tawaran tersebut. Alhamdulillah STPM boleh dikira cemerlang bagi tahap sekolah di luar bandar ahakss.. dan diterima masuk U.. alhamdulillah dengan kelulusan itu berjaya mendapat pekerjaan dalam bidang yang diceburi sekarang. Pejam celik pejam celik dah masuk 20 tahun berkerja di bidang ini..
p/s mak oii panjangnya komen..ni komen ker nak buat posting nie hahahaha..
apa yang ema ingat, lepas SPM ema lebih aktifkan sukan, pastu kerja di sebelah rumah kedai handphone, jadi cikgu ganti, dan cari kerja di KL
pastu cuba plak interbiu kat plus tol,tunggu punya tunggu jawapan tak nyusul pun hampa...
pastu masa tu ada dengaq dari sedara kat kl kata konsortium bus PLUSLINER kat kl nak pakai orang,pi lah cuba dapat...tapi mak tak bagi plak coz kena dok dalam bus tu layan kenah penumpang dari utara ke kl,hampa lagi mak tak bagi...
pastu kuar kat paper ada interbiu jadi peramugari ketapi,wah bagus nie,tak dapat naik kapai torbang,naik ketapi pun jadilah,so aku pun cuba nasib interbiu kat stesen ketapi KL...wah tak caya giler lulus interbiu tu walaupun aku tak tau apa keje ayng aku patut wat kat dalam ketapi tu....
seminggu pastu pilah lapor diri kat KL...ikut plak naik tren Ekspress rakyat,rupa rupanya keje aku kat kantin dalam ketapi tu ala ala penjual lah serve pelanggan yang nak minum makan....tapi entah kenapa aku suka plak keje tu...hampir 2 tahun gak lah aku bernaung ngan KTMB.kalau korang nak tau masa tu uniform kami uniform MAS yang lama coz mas dah tukaq uniform baru...
entah nak kata nasib atau keadaan fizikal aku yang masih bergetah gitu,aku cuba interbiu ngan MAS lagi tapi kali nie bahagian Checkin caounter plak,bukan peramugari tau....aku dapat keje tuh yahooooo akhirnya dapat juga aku menjejakan kaki ke terminal 3 untuk mula kerja.....hinggalah sekarang aku masih sayang ngan Malaysia Airlines,walaupun dah di kucar kacirkan oleh......
lepas SPM tahun 1994, akak keja kilang Seagate..tu pon jenuh nak mintak keizinan ayahanda..sebab dia takut jadi mcm abang..abang dulu, janji nak keja sementara jek, tapi lepas result keluar, tak jadi berenti sebab dah seronot pegang duit..
so, yg dpt keja tu pon, sebab abang akak keja kat situ jugak..masa nak masuk tu, dia bagi simple maths..tambah tolak semua..alahai..kacang hijau betullah..maklum..nak jadi operator, kena pandai kira skit..sebab nak kira target lot yg kita dah buat, kan..
masa keja tu, mcm2 pengalaman akak dpt..kena kuar umah sebelum subuh, walopun hakikatnya kilang tu tak jauh mana dari rumah..kalo naik moto, dlm 15 minit jek..tapi dh tumpang bas kilang, kenalah ikut..
dapat 2 org kawan baik..seronot sebab buleh bebas skit dari umah kan..pernah sekali tu, lepas shif mlm, akak pegi komtar terus..jalan2..maklum, dh dpt gaji..
paling best, pernah dapat almost 1k sebab pulun OT masa bulan posa..1k adalah nilai paling besar utk seorg remaja masa tu..tak ingat la beli apa..tapi puas sebab dpt beli benda2 yg akak suka..masa tu byk beli kaset2 rock nih lah..beli baju, seluar, kasut..kira dah tak susahkan mak ayah lagi..
masa dpt result, agak sedih sikit sebab b.arab dpt 7..pdhal, akak suka subjek tu..sib baik lulus maths dan english..
sebelum dpt panggilan ke matrikulasi, akka masuk lower six..sempat beli few books, tapi tak guna sebba dpt panggilan join matriks UIA..
oowwhh..dan jugak, masa keja kat seagate tu, akak jumpa suami akak skrg..dia yg ngorat dulu yer..akak ada suka sorang brader nih..mukanya jambu2 skit, alim..selalu tgk dia pegi surau bila waktu solat dah tiba..pernah kitaorg tegur dia, tapi dia yg lari..ekekeke..
masa tunggu result spm aku keje kilang kat kuala selangor ngan kawan...kena keluar awal pagi kira-kira pukul 6.15-6.30 dah tercongok kat tepi jalan...tunggu bas datang...dari kampung mengambil masa kira-kira 45 minit-1 jam.Nasib baik tak kena shift...alhamdulillah masuk keje pukul 8- 5 ptg.
Time ni memang lah rajin keje..bangun pun tak liat..senang jerr sampai mak pun heran.Pulun buat ot.Bila dapat first gaji tu seronoknya tu tak boleh nak kata...rasa macam-macam nak beli.seronok teramat..hehe.
bila result keluar walau tidak segempak orang lain tapi alhamdulillah..lepas tu aku sambung belajar ke.ting.6.
Nida kongsi pengalaman ye ["aku" digunakan dalam kata ganti nama diri dalam kisah ini.. :)]
1995 tahun yang meninggalkan seribu kenangan buatku. Tahun yang menentukan hala tuju hidup selepas bergelar pelajar menengah. Setelah berakhirnya subjek terakhir yang diambil iaitu kertas Biologi maka bermulalah fasa baru dalam kehidupanku.
Apakah rutin yang dijalani olehku selepas SPM:
1. Kerja JKR
-JKR= Jaga Kebersihan Rumah :). Kami ketika itu tinggal di kuarters guru dan berada dalam kawasan sekolah, jadi rumah kenalah maintain bersih sebab kalau bersepah nanti malu dengan cikgu-cikgu dan ibubapa yang selalu jadikan beranda rumahku port mereka tunggu anak-anak balik dari sekolah.
2. Jaga kanak-kanak riang
-Selaku anak sulung daripada 10 orang adik beradik, sudah tentu menjaga mereka menjadi pekerjaan utama bagiku. Siapa lagi nak diharapkan untuk membantu emak kalau bukan dari anak sulungnya ini.
3. Bantu saudara di kantinnya
-Arwah abah memang tak benarkan aku untuk keluar bekerja. Risau bebeno dia pada anak daranya ni. Setelah puas aku memujuk ( + merajuk) akhirnya arwah bg keizinan untuk bantu sepupuku di kantin asrama, itupun sekali sekala.. dan aku membantu secara ikhlas, tiada gaji hanya makan minum yang ditanggung, sekurang-kurangnya dapat jugalah aku melihat dunia luar..hehe.
4. Jadi pemandu peribadi
-Disebabkab hanya aku yg tidak bekerja ketika itu (emak sibuk dengan urusan rumahtangga), maka adik-adik pun mula minta dimanjakan, dimintanya untuk aku menghantar dan menjemput mereka dari sekolah agama (pada waktu petang selepas sekolah kebangsaan berakhir). Bukan setakat adik-adik malah arwah abah dan emakku juga menggunakan perkhidmatan driver peribadi (akulah tu) kalau nak kemana-mana. Padahal masa tu aku tak punya lesen motor pun lagi (maklumlah kawasan kampung, jalan pun lengang)..:)
5. Belajar memandu
-Kehidupan keluargaku taklah semewah orang lain, jadi arwah abah hanya mampu menghantar aku untuk ambil lesen motor sahaja. Alhamdulillah aku lulus pada saat lagi beberapa hari nak masuk matrikulasi.
6. Kursus komputer
-Macam dah jadi budaya orang lepas SPM, tiga bulan aku mengadap dan belajar komputer walaupun sebenarnya hanya berapa peratus yang lekat kat kepala otak aku. Maklumlah zaman aku tu bukanlah terdedah sangat dengan dunia IT ni (sebenarnya aku yang buta IT..hehe), nak tekan keyboard pun takut-takut.
7. Kursus memasak dengan emak
-Lepas SPM baru ler aku dapat belajar secara intensif (intensif lagi tu..hehe) dengan mak aku. Kalau sebelum ni (sebelum lepas SPM)tugas aku kena jaga adik sementara emak sibuk di dapur memasak, tapi bila dah banyak masa free (maklumlah tak perlu baca buku lagi utk exam) barulah aku berkesempatan diperturunkan ilmu memasak oleh bonda tercinta kepadaku..:)
8. Ikut memancing
-Arwah abahku memang hobinya memancing, dan bila dah terlanjur aku jadi pemandu peribadinya ke jeti maka secara tak langsung aku pun terlibat dengan aktiviti memancing (sebab tu aku dulu legam..hehe).
9. Jadi jurulatih bola jaring dan bola baling tak bertauliah
-Disebabkan rumah aku dalam kawasan sekolah (hanya dua buah rumah kuarters guru je pun dalam sekolah tu), jadi bila setiap kali pelajar-pelajar dan guru mereka berlatih bola jaring atau bola baling, pasti akan ada je utusan mengetuk rumah aku ajak aku main sama. Sebabnya mereka tak cukup pemain kalau nak buat satu perlawanan semasa latihan (kira aku ni jadi mangsa tangkap muat ler..hehe). Lagipun dulu aku pun pernah ada pengalaman wakil sekolah dalam permainan berkenaan.
10. Jadi cikgu kelas tambahan malam
- Sepatutnya giliran arwah abah aku yang kena mengajar, tapi beliau 'sub'kan kepada aku dan biasanya abah akan bagi upah burger sebungkus (tp kena share dengan adik-adik)hehe. Sebenarnya seronok juga ajar budak-budak sekolah rendah ni, macam-macam karenah dan gelagat mereka. Selalunya aku ajar mereka subjek Matematik dan Sains.
11. Ajar budak-budak mengaji
-Rumah aku tu pun taklah jauh sangat dengan surau. Nak dijadikan cerita ketika itu ahli surau memerlukan 'volunteer' untuk mengajar budak-budak mengaji, maka aku dengan ikhlasnya mencurahkan bakti dan jasa. Tapi aku ajar budak-budak yang baca buku Iqra' je ler, nak ajar baca Al-Quran agak kurang yakin...:)
12. Jadi perintis kejayaan
-Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya mendapat pangkat 1 dalam aliran Sains Tulen, dan berjaya ke matrikulasi UKM. Moga kejayaan yang dirintis ini dapat dijadikan pembakar semangat buat adik-adikku yang seramai 9 orang dibawahku... Insya Allah.
Inilah serba sedikit kisah hidupku selepas SPM. Tatkala papan kekunci ditekan, diriku tersenyum sendiri mengenangkan kisah lama yang ditinggalkan. Segalanya masih jelas diingatan... dan Al-Fatihah buat arwah abah, Muhammadon bin Juhari... darah pendidiknya kini mengalir pula ke darahku. Di UKM juga aku bertemu kekasih hati yang kini ku gelar suami..hehehehe (sempat menggatal lagi tu...)
Ok Irfa... penat dah tangan Nida ni menaip.. moga-moga menarik perhatian Irfa hendaknya...ameeeeeennnn.. :)
jgn marah yer Nida...
Bila terkenang kisah lama tu yang tangan laju jer menaip.. :)
p/s: good luck buat semua peserta. Irfa... andai ditakdirkan ada rezeki Nida (ameeeeeennnnnnnnnnnnnnnnnnn).. Insya Allah alamat di Johor akan ku beri....
Terima kasih pada yang sudi join
Kak Pb,Arena,Kak Aidah,Bangsawan Nilai,Anna SuperMommy,Kak Azwa,Kak Cik,MamaEma,Kak Lienda,Mak Wardah,Kak Oren,Lienanilaz dan Nida
13 orang je..tunggu yer sapa yang bertuah ;)