Friday, March 2, 2012

Menyesal Tengok

Aku dah lama tak bukak Fb.sib baik jugak masih ingat password.tapi semalam aku bukak dan tak sangka pulak bila bukak fb aku 'di sajikan' dengan video anak-anak kecil yang takde dosa itu di balut {bedung}ketat-ketat dan mulut comelnya di salotape.tak terkata aku bila ramai yang share video itu kat fb,nak tengok sampai abis pun aku tak sanggup.mungkin korang semua dah tengok dan tahu pasal video ni cuma aku je yang kelewatan.aku rasa kalau aku tak tahu pasal tu lagi bagus..sebabnya,sampai ke malam aku duk terbayang-bayang anak-anak kecil yang di amanahkan oleh ibubapa kepada nursery itu diperlakukan sebegitu.

dengar citer pulak katanya pekerja nursery tu saja buat sebab nak sabotaj owner nursery tersebut.tak kisah lah ko nak sabotaj ke hapa.takde ke cara lain selain jadikan anak-anak itu mangsa?buat la cara lain..simbah cat kat umah dia ker?sorok selipar dia ker?apa salah anak-anak kecil tu sampai sanggup buat macam tu.eeeeeeeeeeeeee geram.ingat tak sakit ke letak salotape kat mulut..aku penah jugak main-main ngan kenit sambil balut buku si abang aku salotape lengan dia ngan salotape (tak panjang pun..dalam 1 inci je) bila tarik salotape tu dari lengan dia,muka dia berkerut tau..mesti sakit kan?itu sambil gurau-gurau je..ini pulak di salotape kat mulut.apa rasa kalau kita salotape badan dia pastu ikat kat pokok bagi kerengga gigit.


dahlah..menaip ni pun aku dah sakit ati.pagi-pagi jumaat dah buat aku angin



bila tengok anak orang teringat anak kita kat rumah..(gambar tu hajar bersama sepupunya yang bernama Elman Fahim-anak sedara cik abe)

12 comments:

NenetPenne (NP) said...

dengar citer pekerja pusat jagaan tu marah dgn owner taska..

kalau marah dgn owner, selotape owner tu lah, yang pi buat aniaya kat budak2 tu naper?? bodoh kan?

Irfa said...

NET..
mmg takde otak.tu jugak yg saya dengar dan baca kat internet.gila betul.apa dosa budak tu dan mak ayah dia sampai budak tu jd mangsa?rasa macam tak leh diterima akal apa yg diorang buat..tak sabar nak tahu apa jd pd si pelaku itu

Mama Ema said...

budak-budak yg jadi mangsa..

mummY daniSha said...

tula..sian sgt tgk budak2 tu..sampai hati dierang erkkk...=(

mummY daniSha said...

tersayat hati ni tgk video tu =(

-wos- said...

aku langsunggggg tak nak tengokkk.

*buat susah hati jer...

Munnafendy said...

kan, menyirap betul darah tgk video tu...takde hati perut langsung

*SiRibenMerah said...

budak2 tuh jd mangsa manusia yg x de hati dan perasaan.. gila kejam.. bengang je rasa bila tgk balik video tuh...

Aidah said...

Akak tak tengok tapi sangat marah tak terkata baca n3 ni. Tak de ke sifat kasih sayang pada orang yang keje taska ni? Sampai hati buat macam tu pada anak2 yang tak boleh membela diri sendiri. Itu namanya pengecut!

Pok Amai-Amai said...

Haishh....bukan ko je skt ati. Aku nie pun same gak skt ati.

>=(

Liz Rohaizat said...

kat FB mmg dah ramai org share video tu tapi saya tak sanggup nak tgk. sedangkan "still video" tu pun dah buat saya geram dan kesian, apatah lagi kalau tengok video bergerak.

tp mmg jahat la bekas pekerja yg 2 org tu. kurang ajar je buat anak org mcm tu.

MOKCIK AZWA said...

Mari kita pakat selotape mulut dorang pulak lepas tu ikat bedung kuat2.. memang kejam..