Monday, May 28, 2012

Jalan-Jalan ke Dataran Nilai

tempat apa yang paling bernilai?
jawapannya...DATARAN NILAI.
marah ker?hahaha...jangan marah nanti kena jual.
kata BangsawanNilai..itu tak gempak,nak lagi gempak kalau ke dataran Nilai dan jumpa Bangsawan Nilai.yo lah.......

sebenarnya walaupun tempat ni bukanlah jauh mana dari rumah kami dan wajib lalu kalau nak balik umah mil kat cheras (kalau keluar kat Tol Nilai la..kalau balik ikut Putrajaya tak delah lalu sini).anak-anak tiap kali lalu sini mesti akan cakap 'kita tak penah pegi sini kan?'sian pulak dengar.bukan tak nak singgah tapi aku ni pesen tak berapa suka dengan tempat sesak dan ramai orang.darah cepat panas bila tempat panas..hehe

kebetulan hari ahad,kami dari Cheras lalu sini sini nampak kain rentang kata ada fiesta pancawarna katanya dari 25hb.nak singgah pun bukan ada apa di tengah hari panas terik tu..malam en abe keje so aku plan nak ajak adik datang sini.

gedebuk gedebak (itu tanda cerita di pendekkan tanpa iklan) adik lelaki setuju bawak kami kesini.lepas maghrib kami pun keluar..last minute adik pompuan pun nak join.so lepaklah kami tengok orang ramai..sambil makan ayam goreng jenama tempatan (lupa la nama dia..sedap jugak.rasa berempah dan pedas-pedas sikit).tengok macam-macam ragam manusia.anak-anak duk berlari sakan tengah padang.apa yang pancawarna pun aku tak tahu..nampak orang berniaga je yang ramai..ingatkan ada tarian kebudayaan.aku salah paham kot..huhu

si hero ada mintak nak masuk dalam tempat main yang boleh melompat-lompat tu.ingatkan free rupanya berbayar.sorang rm15.darab 3 dah rm15.tak payahlah abang oi..baik rm15 tu buat beli makanan.tapi dia sempat try masa aku tengah tanya penjaga tu dia dah serbu masuk..ligat sungguh la budak bertuah ni.sib baik tak kena bayar..sebab tak sengaja :).

aku?hehe..suka jugak sebab banyak gerai jual tudung,jual baju jubah dan jual macam-macam.itupun dah kontrol tak nak terpengaruh beli apa-apa pun.tapi ter'beli' 3 helai shawl,2 keychain yang boleh tempah nama gantung kat henpon,1 pouch letak henpon..huhu.tah hapa-hapalah aku ni.tapi aku suka pouch henpon tu sebab dia banyak poket..reganya rm12 je.berbaloi la jugak (kalau tak berbaloi pun takkan nak hantar balik kan?)

okey..watammat.

12 comments:

Rai said...

hahaha..ko ni macam2 irfa.. gelak aku baca ayat ko.. "tak berbaloi pun takkan nak hantar balik kan.."

sabo je la..

Acik Erna said...

salam dik..tak terbayang pulak dimana dataran nilai tu..

mummY daniSha said...

selalu lalu sini..sebab rumah akak kat nilai..tp x pernah singgah pun hehee...

zino said...

dataran nilai dengan nilai 3 ada kaitan tak? hehe orang kampong yg tak tau ni hehe

zino said...

oops orang somban pun tak tau tu hehe

Irfa said...

Abah Zino..
mmg ada kaitan :)
sebab kedua2 tpt itu terletak di Nilai

Irfa said...

Abah..
tak percaya lah kalau tak tahu..buek malu orang nogori je ;)

Irfa said...

MummyDanisha..
kadang2 yang dekat tu buat malas nk pegi.
samalah ngan saya..yg jauh boleh sampai pulak
hehe

Irfa said...

Kak Erna..
betul2 depan Nilai Square dan area majlis perbadaran Nilai tu je

Irfa said...

Rai..
hehe..saja je :)
tak nyesal pun..cuma kaler pilihan takde,yg aku beli ni kena jaga2 takut cepat kotor.

bangsawan nilai said...

ha ha ha kau petik aku ya...

sonang je arahnya.
dr tol nilai jln terus jumpa traffic light. belok ke simpang kanan (kalau ke kiri nilai 3). lps tu go straight don't belok2. landmarknya, jam besar...

Irfa said...

BangswanNilai..
terbaik punya gps..konfem tak sesat.lupa nak inform ada jam besar ala-ala BigBen Kota London :)