Skip to main content

Jumpa Blogger,Beliau Belanja Aku Kepci ;)

Okey..hari ni aku akan apdet 3 kali.jangan ada yang muntah hijau sudahlah ye.hehe.lepas kisah jumpa kawan sekolah yang dah 16 tahun terpisah tu (2 hari aku lepak ngan dia waktu lunch-khamis dan jumaat) dan jumaat tu kami janji nak lunch sama-sama tapi dia takleh tinggal kiosk.sebab pembantu dia hari tu budak keje part time.nanti kalau orang tanya itu ini,budak tu xleh jawab.so kensel.huhu..sedih.

sambil2 tu aku dapat call dari akak blogger ni katanya ontheway ke airport.aku okey je..sementara tunggu akak tu sampai aku masih melepak kat kiosk kawan tu sampaikan budak2 opis aku melawak kata 'ko buat part time kat sini waktu lunch ker?'.hehe..jahat diorang ni tau.

dalam 1.30 kakpb call bagitau dah sampai.oh!beliau datang hantar TokMa nak balik kampung (ini pertemuan bagi kami berdua tapi pertemuan pertama dengan TokMa..peramah jugak TokMa ni).sian kak pb kena beratur panjang hari tu..memang ramai sungguh manusia bila cuti sekolah,dah rupa pasar borong pun ada..cuma takde bau ikan je.hehe.

lepas TokMa selamat berlepas kami berdua 'dating' kat kepci..makan-makan,borak-borak dan gelak-gelak.dari satu tajuk ke satu tajuk..tak sedar dah 1 jam kami borak.masa sangat mencemburui kami.ayat takleh blah....tibalah masa untuk berpisah.moga jumpa lagi bila ada kesempatan.

ada gambar tapi dah dapat pesanan jangan letak kat blog..so korang bayangkan jelah ye kami makan sambil gelak tak pandang kiri kanan.ops..kat fb ada la gambar tu.so takdela rahsia mana pun

okey..next sapa nak datang sini lagi?bagitau aku awal-awal senang aku nak decide korang nak belanja aku makan kat mana.hahaha.takut la tu nak bagitau datang sini..takut kena belanja ai ye..(gurau je lah).

Comments

Unknown said…
aku aku..hahaha..oo..kak pulut bakar..
Kakcik Seroja said…
Rabu malam InsyaAllah kakcik akan ke KLIA lagi, tapi mesti Irfa dah balik ke rumah pada waktu itu. :(

Semalam masa nak balik ke KL dari KB, punyalah sesak airport dia... ramai yang nak pergi umrah.
Zareda Norman said…
Bulan lepas kak zar ulangalik klia tu.. Sabah, jb, alor setar.. Tapi tak de no hp irfa.. Tak de rejeki nak jumpa lh tu
Biarlah rahsia said…
tak kesempatan nak jumpa irfa...sbb selalunya klu gi KL...flight 6.45 pg dr KB...bergegas2 nk sampai ke destinasi mmg tak toleh kiri kanan dah...bila balik pulak....flight last sekali...dah malam buta...mesti semua opis pun dh tutupkan...sampai rumah pun anak2 dh tidur...setakat ni tak pernah naik yg tghr atau ptg...
Irfa said…
Rai..
ye..kak pb,kali ke2 jumpa dia
Irfa said…
KAKCIK,,
betul tu,saya ada kat sini waktu pejabat je
sabtu ahad pun saya cuti
kat kota bharu mmg selalu ramai org..mana taknya,yang naik kapal sorang je tapi yang tukang hantar penuh satu keta ;).tambah pulak skrg ni musim org pegi umrah
Irfa said…
KAK ZAR..
oh akak mgkin masih simpan no lama saya..nanti saya sms no baru yer
Irfa said…
KAK BIE..
org datang bekerja mmg gitu..kejar masa.
bukan datang makan angin :)
saya pun kalau balik kg ..turun flight terus ambik cari taxi nak cepat sampai kampung..nak jalan2 bandar KB pun selalu tak kesampaian..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...