Friday, May 11, 2012

Kakak,Abam dan Adik Di Kampung

SALAM JUMAAT untuk semua..

ada benda nak citer tapi malas nak mengarang.boleh?so layan gambar anak-anak masa kat kampung.



malam pertama sampai kampung..kami tido 4 beranak atas katil queen size.korang bayangkan betapa sempitnya bersesak atas katil tu tapi kerinduan mengatasi segalanya.kami lena sampai pagi walaupun dalam keadaan berhimpit itu..kaki adik atas muka kakak tapi kakak lena je tido.sayang adik punya pasal :)

sila abaikan adik yang sangat 'cekci tak berbaju' tu..cuaca amatlah panas



tengah bergomol 3 beradik..kejap kakak jadi kuda,kejap abam pulak jadi kuda.adik pun ada hati nak jadi kuda tu tak padan dengan kecik.




rindu adik.dah 2 malam adik duk terjerit-jerit dalam tido sebut nama kakak.sabarlah dik,24hb nanti kakak balik yer.InsyaAllah.



ni gambar masa pagi khamis hantar kakak naik bas ke sekolah..busuk masam belum mandi lagi tu.hehe


okey..selamat berhujung minggu

26 comments:

kakcik said...

Suka tengok adik beradik yang sentiasa gembira bersama dan saling merindu bila terpisah seketika. :)

Kakzakie said...

Nampak sungguh kemesraan mereka. Adik pipi montel auntie macam nak cubit je...

Pok Amai-Amai said...

Alahai...sian adik. Rindu betul dgn kakak die. Ish....

Aidah said...

Duduk jauh2, bila jumpa terubat rindu. Baiknya tiga beradik ni. Anak akak berdua ni asik nak bercakar je. Sebab tiap hari ngadap muka sama. Tak lama lagi si kakak nak sambung belajar, tahulah adiknya itu erti sunyi kan.

Acik Erna said...

dik..alahai..rindunya..sedih la pulak..

cheqna said...

besh tgk anak2 yang always bersama =)

sweetie said...

Salam Irfa, tak kerja ke hari ni?

Irfa said...

SWEETIE..
hari ni keje?nape?

Irfa said...

KAK ERNA..
ni yang malas letak gambar
kenapa nak sedih?diorang happy je
tapi masa adik jerit nama kakak masa tido tu sedih gak la

Irfa said...

KAK AIDAH..
bila dekat gaduh jugak sikit2
jauh ni biasalah..rindu-rinduan
si adik tu bila kakak sambung belajar nanti tahan la telinga akak dengar dia merungut rindu

Irfa said...

FARA..
sayu je ati bila dia sebut kakak
masa kat kg mmg tak berenggang ngan kakak

Irfa said...

KAK ZAKIE..
sejak minum susu tepung sepenuh masa ni makin tembam lak pipi tu
agaknya susu tu terlebih vitamin kot

Irfa said...

KAKCIK..
bertahan la 2 tahun ni terpisah ngan kakak
rindu tu tetaplah rindu

Irfa said...

CHEQNA..
:)
moga mereka ber3 sentiasa berkasih sayang hingga dewasa dan hingga akhir hayat

Yellow said...

sweetnya anak ko irfa!!!!

jap aku nak pilih buat menantu lah sorang! hahahaha

~Sweet Honesty~ said...

sweet je tengok adik bradik tu..(^_^)

Arena said...

Owh these kids are sooo sweet. Adik tu cheeky nyerr..Ala syiann adek rindu kakak ye.

Anamarza said...

kitaorang kalau balik kampung pun tido berhimpit juga, tapi ttp lena hihihi

-Sara- said...

bestnyaa balik kg :)

**aah calong tu fishball hehe

MOKCIK AZWA said...

Salam Irfa..kak erna hehehe.. alahai kecian tiga beradik ni kan..bila berjauhan sure rindu2an..

bila berdekatan biasalah tu bergaduh2an..tapi kejap jer lepas tu berbaik semula hehehe..

Irfa said...

SARA..
oh.okey
perkataan baru bagi akak ;)

Irfa said...

ANAMARZA..
betul tu.dah ngantuk punya pasal..letak kepala terus tido je tak sempat fikir tilam empuk ke tidak

Irfa said...

CEQNA..
si kecik tu makin tembam sejak dah sepenuh masa minum susu formula ni

Irfa said...

SH..
;)

Irfa said...

YELLOW..
boleh.jangan lupa download borang
hehe

MK said...

Hallo... blogwalking! Suke tgk gambar kekanak tau!...nanti buh lagi byk2 ek.