Wednesday, May 30, 2012

Saat Getir Dalam Labour Room

nak kongsi pengalaman?kalau takde pengalaman pun takpe..baca sebagai pengalaman hidup mungkin lepas ni korang juga akan merasainya.

pengalaman aku sendiri yang dah masuk labour room untuk 3 anak adalah berbeza.itu baru 3,kalau 14 orang macam zaman mak-mak kita dulu macam mana pulak?eh!orang dulu-dulu beranak kat rumah je..salah satunya aku,kami ada 6 beradik..3 yang terawal dilahirkan kat rumah je dan 3 yang terakhir tu lahir kat spital.

apa yang aku nak tanya korang ni ialah bila di tolak je masuk ke labour room apa yang korang fikir?seronok nak dapat baby sudah semestinya..tapi mesti ada yang terpikir 'adakah aku akan keluar dari bilik ini dengan masih bernyawa @ sebagai mayat?'.masa tu segala macam doa kita baca kan?

masa bersalinkan kakak,aku cakap dalam hati..'YaAllah..semoga kami berdua selamat.kalau sampai ajal aku waktu bersalinkan dia..izinkan aku bawak dia sekali bersama aku.aku taknak anak aku membesar tanpa seorang ibu'.masa doa tu airmata jangan citer lah..laju macam air terjun.bila lepas bersalin..aku cakap kat cik abe pasal doa aku ni dan dia marah.katanya 'sampai hati nak tinggal dia sorang'.touching la masa dengar tu.hehe

tapi lain pula masa bersalinkan si abam dan si adik..doa aku lain sikit dari masa aku bersalinkan kakak.lebih kurang gini la bunyinya 'YaAllah..semoga kami berdua selamat.bagilah aku kesempatan melihat anak-anak aku (maksud aku kakak dan abam) membesar dan berdikari.janganlah Kau ambil nyawaku disaat mereka masih memerlukan aku'. masa tu aku doa sangat-sangat jangan mati lagi sebab aku ada 2 anak yang menunggu diluar.lain masa lahirkan kakak,aku cuma fikir pasal aku dan bayi yang bakal lahir je.

dan alhamdulillah..aku bersyukur sangat-sangat diberi kesempatan melihat anak-anak membesar hingga saat ini.

setiap hari aku bangun dan bersyukur kerana masih berpeluang melihat wajah mereka.aku rasa semua ibu-ibu diluar sana berperasaan yang sama (aku taknak cakap sudut pandangan seorang bapa.aku bukan bapa,aku cuma ibu).apa yang aku tahu..aku dah gadaikan nyawa aku semasa melahirkan mereka..rasanya seorang bapa takkan tahu macam rasa sakitnya bersalin walaupun mereka cuba membayangkan dan melihat sendiri isteri melahirkan anak dalam labour room.bak kata kawan aku 'kalau ada suami dalam labour room pun bukan boleh share sakitnya bersalin.silap haribulan boleh jadi gaduh sebab duk asik tanya 'sakit ker?sakit kat mana?.tak payah tanya lah memang sakit,sebab sakit bersalin itu adalah sakit yang kedua selepas sakit nak mati'.

aku percaya dalam kes dera anak @ buang anak tu..mesti ibu itu kurang waras.kalau mereka waras sudah pasti mereka takkan buat macam tu pada anak yang dikandung selama 9 bulan itu.

sebab tu aku sangat kesal jika kerana kelalaian kita..anak-anak jadi mangsa.lihatlah sekeliling..dah banyak contoh yang boleh kita jadikan iktibar.malang datang tak berbau..takde bagi amaran @ notis..jangan bila dah jadi baru nak nyesal nanges airmata darah pun tak berguna lagi.

YaAllah..lindungilah anak-anak kami semua dari malapetaka dan juga orang-orang yang berniat jahat.amin

13 comments:

kakcik said...

Orang yang buang anak tu munkin dia tak ada perasaan langsung termasuklah rasa sakit. :(

~ yus ~ said...

nak komen sikit pasal pernyataan kawan Irfa, 'kalau ada suami dalam labour room pun bukan boleh share sakitnya bersalin.silap haribulan boleh jadi gaduh sebab duk asik tanya 'sakit ker?.......

3 orang anak yg akhir suami akak ada teman dalam labour room. Mungkin lain suami lainlah kan, tp suami akak takde tanya pun sakit ke? Bg akak, suka suami ada di situ, sebab dia beri dorongan, beri kata semangat, sentiasa cakap, ibu boleh, sikit lagi....ibu kuat. Sentiasa pegang tangan akak, especially masa yg no 2 dan 3 tu, dan bila akak kata, sakit rasa ni yg last ya bang...haha, dia kata semua ikut ibu, ibu yang tanggung, dan bila baby lahir, dia kucup dahi kita dan ucap terima kasih. Terus juga dapat azan dan iqamat kan waktu tu juga, syukur sangat. Memang dia tak dapat rasa kesakitan kita, tp sekurang-kurangnya dia tahu dan lihat sendiri proses kelahiran tu, beri dia insaf dan tahu kan.

Betul kata Irda, akak pun rasa syukur sangat dapat lihat anak2 membesar depan mata sehingga sekarang, semoga di beri peluang untuk lihat mereka membesar lagi, menjadi dewasa, menjadi ibu dan bapa pula dan dapatlah akak jadi nenek kepada anak2 mereka...kan Irfa.

m.u.l.a.n said...

moga anak2 kita akan menjadi anak2 yg soleh & berjaya dunia akhirat...

anak 1 suami ada sama tp anak 2 keluar awal, suami kat vietnam lagi.. beranak sorang2 dgn doktor & bidan je..

Irfa said...

KAKCIK..
saya pun pelik..yang lahir anak luar nikah tu senang sungguh bersalin..dahlah peknen pun org tak perasan perut dia yg muncit.bersalin pun senang je ..kat toilet pun jadi.

Irfa said...

KAK YUS..
rezki kita semua tak sama.mungkin rezki akak bernasib baik sebab SRD dapat peluang teman dalam labour room.tapi ayat akak yang 'sakit rasa ni yg last ya bang' tu saya tak tahan.ayat yg sama saya cakap masa bersalinkan no 1,konon sgt sakit dah serik la nak mengandung tapi akhirnya ada jugak dia 2 adik.hehe

Irfa said...

m.u.l.a.n...
insyaAllah...moga Allah kabulkan doa2 kita semua

saya pulak..anak no 1 dan 3,suami kat luar labour room
anak no 2 lahir..ayahnya dalam flight dari klia-kota bharu ;)

Aku Ibu Muda said...

setuju dgn kak cik... org yg mcm tu mesti org tu 'sakit'

anaa said...

perasaan kena sorong atas katil masuk bilik bedah lain pulak irfa.. 3 kali kena sorong, macam2 rasa dan doa..

operation ke normal ke, dua2 pun bertarung nyawa.. semoga Allah kurniakan kita anak2 yang menjadi qurrata `akyun..

Rai said...

tu yang ada suami kena marah masa dalam labour room..orang memang dok tengah sakit..dia boleh tanya sakit ke sakit ke..hehehe..

bila bayang balik..ngeri sakit nak bersalin..aku dah rasa dedua.. operate dengan normal..operate tu takde sakit langsung..so takde la takut sangat.. seriau la..aku rasa husband aku lagi takut dari aku..dia tak boleh masuk..tunggu kat luar macam kucing hilang anak..bila anak da keluar pun aku tak sedar2..aku pulak syok je tdo..penangan ubat bius.. hehe..

Mak Wardah said...

Irfa, lama tak jenguk each other tiba2 teringat kat blog Irfa. Akak pulak rasa bersalin manual lambat sembuh, bersalin ceaser lebih mudah. Akak dah rasa dua2 tapi akak tenguk ramai yang suka manual. Entahlah mungkin bahagian masing2...

Irfa said...

ANAA..
betul tu..sakit hilang bila nampak muka anak
bila baby dah besar..ada gak rasa nak berbaby lagi
hehe..tak serik tu

Irfa said...

RAI..
ko lagi hebat
dua-dua dah rasa

Irfa said...

MAK WARDAH..
oh gitu pulak yer
ada org kata lebih baik bersalin normal senang nak jaga
saya takde pengalaman bersalin ceaser..so tak tahu :)
dgr org citer je

betul tu..sakit lama @ sakit kejap..itu bhgn masing2