Friday, June 29, 2012

Happy Birthday KLIA yang ke 14

tadi macam biasa la..kebangunan sebelah ambik dokumen.sambil berjalan ke destinasi aku suka tengok gelagat orang.macam-macam ragam orang nak naik kapal terbang ni.dah 14 tahun aku kat sini sejak usia 19 tahun lagi..macam-macam perkara yang berlaku selama aku kat sini.contoh situasi yang biasa aku tengok:

1-yang nak fly sorang je tapi yang menghantar sebiji bas.ada atok,ada nenek,pakngah mak ngah,pak lang mak lang dan juga anak-anak kecil.mungkin nak terbang jauh..dan lama lagi baru nak jumpa kembali.

2-adegan bergambar setiap penjuru dengan bermacam aksi.pendek kata semua papan tanda nak di ambil gambar sebagai kenang-kenangan

3-salam-salam dan peluk-peluk sebelum masuk balai berlepas.itu biasa je tapi yang luar biasa ialah aksi 'comolot dengan ghairah' sampaikan aku malu sebab tertengok.kalau suami isteri mungkin buat kat umah je.tapi tak mustahil juga mereka suami isteri ;) tak baik buruk sangka kan?

4-pengumuman kanak-kanak yang di jumpai 'perhatian kepada ibubapa kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 2 tahun,berbaju petak-petak hijau dan seluar biru.sila datang ke kaunter penerangan di aras 5'yang ni buat bulu roma aku tegak..takutnya bila bayangkan anak sendiri yang ketakutan sebab terpisah ngan mak ayah.

5-adegan ayam itik.ini selalu berlaku bila penumpang yang sesat mencari arah dan tak tahu pula berbahasa Inggeris apatah lagi BM.yang dia tahu cakap bahasa dia je..selalu berlaku pada warga India @ China yang asal dari sana.

apa lagi yer?cukuplah takat ni..yang pasti tadi aku dengar pengumuman 'hari ini adalah sambutan Klia yang ke 14.jika hari ni adalah hari jadi anda sila datang ke pentas untuk menuntut hadiah'

wah.bestkan..sib nasib bukan baik besday aku.kalau tak aku pun harus dapat hadiah ;).mana boleh tipu sebab dia mesti mintak ic sebagai bukti kan?hari ni besday korang ker?kalau korang besday hari ni..dan rasa nak dapat hadiah..datangla.kalau tak dapat jangan salahkan aku,sila salahkan announcement itu.

tata

Thursday, June 28, 2012

Apa Itu Buffered Earnings



katanya dalam BM "Pendapatan terumpuk merupakan pendapatan yang dijana daripada kempen mCPM yang sedang berjalan di dalam blog anda. Jumlah pendapatan ini hanya akan digabung bersama jumlah pendapatan semasa anda selepas kempen mCPM tersebut tamat"

dan dalam BI nya 'Buffered earnings are earnings for metered campaigns that are currently running on your blog. These will be added to your total earnings after the campaign ends'

orang letak iklan Nuffnang kat blog,ko pun nak letak jugak.tapi sebenarnya bukan paham sangat pasal semua tu..selalu jugak baca ada blogger merungut status Glitterati kena tarik la @ BE (Buffered Earnings) dah lama tak singgah kat blog la.aku bukan tak baca tapi dah baca pun jugak faham.nak kata bahasa yang di gunakan susah difahami pun tak jugak.baca dalam BI tak berapa paham,tukar kepada BM lagiiiiiiiiiii tak paham ;).

dah lama tak bukak sebab tahu ada bape sen je dalam tu..belum layak cash out pun.sejak letak iklan ni baru 2 kali aku cash out.kali pertama cash out beli jean untuk kakak.kali ke2 cash out beli selai slack untuk aku itupun sebab harga lepas offer.kalau tak harus kena menambah RM sendiri.

tapi baru kejap tadi bukak akaun tu..eh!ada 3 BE.tak penah pulak aku tengok ada BE lebih dari satu.so apa nak buat yer?

maaf soalan tak berapa nak cerdik

Yang Tersirat Di Sebalik Mata



Kata Kim Hyun Sook (Oh Na Ra) kepada kawannya



Kang Geum Hwa (Oh Hyun Kyung) dalam drama Korea,Miss Ahjumma..malam tadi.



'perempuan kena buka mata luas-luas sebelum kahwin dan tutup sebelah mata selepas kahwin'

dalam maknanya tu..apa yang korang faham tentang itu?

Wednesday, June 27, 2012

Ikat Peranakan..Baik dan Buruknya

info dari sini..cedok sikit untuk lebih jelas (tahu korang tak nak klik kat situ)

Alasan ikat peranakan

-Tidak mahukan zuriat

-Mengawal jumlah anggota keluarga

-Tidak boleh hamil atas sebab kesihatan

-Aktiviti seks yang aktif dan subur tanpa perlu bergantung pada perancang keluarga seperti pil

-Atas sebab perubatan/kesihatan

nak tanya korang..aku dengar berdosa kalau kita ikat peranakan atas alasan yang tak munasabah.adakah ia sama macam kita makan pil @ apa saja cara untuk elak dari mengandung?boleh bagi komen tak kalau tahu pasal ni.........kot penah buat @ ada kenalan yang penah buat pasal ni

Gaya Duduk Yang Vogue,Katanya

Okey..hari ni lambat sikit bersiaran,(macam keje DjRadio lak..) tadi ke 'tempat simpan duit hari tua' ala..yang urusan tak selesai minggu lepas tu.Alhamdulillah,dengan izin Allah urusan berjalan lancar dan kami antara pelanggan paling awal sampai.belum ramai orang datang lagi so senyum staff kaunter tu masih berkembang bak bunga kembang pagi.petang sikit mungkin senyuman itu dah kuncup kot.sori gurau je..korang takde sedara keje kat situ kan?

aku gembira juga bila 'kotak yang hilang' semalam dah pun dijumpai.pelik tapi benar,kotak tu depan mata je semalam tapi aku tak nampak.mungkin 'pandangan ditutup' semalam kot.

okey..lagi info nak kongsi ihsan dari emel.pun baru tahu jugak.boleh?selalu jugak buat macam ni..konon rasa cantik sangat la duduk gaya silang kaki macam ni.tapi tak tahu pun kesan jangka panjangnya tidak elok.huhu.aku janji tak buat lagi akan datang





korang tahu tak?kalau dah tahu bagus..ini info untuk yang baru tahu macam aku..seram gak tengok gambar ni kan?

Tuesday, June 26, 2012

Bila Di Cari..Memang Tak Jumpa

*ku mencari ..ku mencari..dimana kah dikau*..
mood sambil nyanyi
aduh!tengah pening kepala ni
bila mencari sesuatu yang tak jugak jumpa-jumpa
huhu ;(
ni mesti sebab pindah opis tu ari..
aku dah lupa mana aku letak fail yang aku letak sijil-sijil aku
sijil sekolah dan jugak sijil-sijil yang dapat masa keje
bukan nak gi intebiu pun tapi bila cari tak jumpa risau la jugak

seingat aku masa nak pindah aku isi semua barang dalam kotak
dah kira semua kotak barang aku ada la dalam 9 kotak
6 kotak besar dan 3 kotak kecik
rasa macam hilang satu kotak besar tu
ada sesapa alih kan ker?
nak tuduh sapa kan?
semua orang sibuk pindah..


moga-moga ketemu la kotak tu dalam masa terdekat ini

'kotak...............oooooooooooooooo kotak.mana ko nyorok ni'.



...........ini bukan kotak yang aku cari........

Sms Yang Membawa Padah

aku dapat ni dalam emel.reaksi pertama terus
'eh!biar betul.macam tak caya je'

sebabnya..aku adalah pengguna henpon yang lebih suka bersms dari ber koling-koling.aku ngan cik abe pun suka sms kecuali kalau benda urgent yang memerlukan jawapan dengan kadar segera.haruslah kena call jugak kan..

kalau takat nak bagitau yang petang balik keje dah sampai umah ke belum @ saja-saja nak gediks-gediks kami sms je ;) *malu*



cam tak caye kan?
pasni nak call terus la..konfem bil melambung

pesanan khidmat masyarakat:jangan bersms semasa memandu

Monday, June 25, 2012

Cara Mengadap Komputer

mood: okey dah nak balik pun.mata pun dah penat dan rasa pedih macam masuk pasir halus...huhu.hari ni banyak tengok nombor.kan bagus kalau nombor2 itu boleh bertukar jadi RM$$




contoh diri sendiri:

DULU..
aku keje shift,duduk kaunter depan..hanya mengadap pelanggan..
jarang-jarang ngadap pc sebab keje selalu tukar-tukar.
semalam ngadap pc buat report.
hari ni ngadap karenah pelanggan
esok pun buat menda lain
dulu aku tak tahu sangat kegunaan internet
sesekali bukak internet aku tak tahu nak cari apa dalam tu
dan mata aku juga tak rabun..tak pakai spek..
satu kilometer pun masih nampak lagi object

SEKARANG..
7 tahun selepas itu aku masuk keje opis hour (keje pejabat la senang citer)
ngadap pc dari jam 8.30 pagi sampai jam 5.30 petang
tak lama pun..2 tahun selepas hari pertama lapor diri
aku dah tukar jadi 'budak kacamata'eh silap 'mak budak kacamata'
sesekali aku cuba tak nak pakai spek ..orang kata aku sombong
sebab diorang senyum aku buat derkkkkkkkk

power kiri dan kanan 125
sekarang ada sikit rasa tak selesa
adakah power makin naik @ sudah turun?
atau mungkin juga faktor umur yang semakin muda.hehe
emm ..tak pasti sebab apa lagipun belum pegi check

emmm........(mengomel je mak encik ni)

balik dulu la ye..babai,jumpa esok jika masih ada umur ;)

Berapa Inci Tumit Kasut Anda?

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..apa khabar korang?seronok ke beristirehat 2 hari bersama yang tersayang?haruslah seronokkan..bukan 'se'ronok je tapi beronok-ronok.ada ke ayat macam tu?

pepagi dah semput naik tangga..rasanya dah lama tangga bergerak kat opis ni rosak.kenapalah tak di repair-repair lagi.tahu tak betapa siksanya naik tangga (macamlah tinggi..2 tingkat je pun.hehe).nak pulak datang hari gatal nak pakai kasut bertumit.huhu

bukan tak tahu,aku ni bukan sesuai sangat pakai kasut bertumit.biasalah..dah rasa baik sikit belakang tu mulalah gatal nak pakai selipar@kasut bertumit..sakit belakang kena masuk fisio balik baru padan muka.huhu

sebenarnya..ada baju yang sesuai pakai ngan kasut leper dan ada baju yang sesuai pakai dengan kasut bertumit.tak gitu?sebab tu aku selalu jugak dengar orang kata 'keyakinan diri bertambah bila bakai kasut tinggi'.penah dengar tak?

agak-agak dah baca artikel ni nak pakai kasut bertumit lagi tak?tapi kalau leper sangat pun tak elok jugak untuk tulang belakang.kiranya bersederhana itu lebih baik orang kata.





okey..nak gi bekfes.beli roti je kot sebab ada bawak kurma daging dari rumah.bukan aku yang masak tapi ada majlis isra' mikraj kat surau..panaskan je boleh makan ngan roti.nak join,jomla ;)

Friday, June 22, 2012

Dear Follower.........



kemain lagi..bajet macam la blog hebat ada ratus ribu punya follower.huhu.tapi setakat 195 follower ni,aku dah gembira sangat.ingat senang ke orang nak follow kita walaupun cara follow tu tak susah mana..sekadar klik je.tapi kalau aku sendiri pun bukan semua blog yang aku masuk itu,aku follow..memilih jugak tau.cuma bila ada yang masuk blog aku dan siap pesan 'ai follow u,nanti follow la ai balik'.rasa macam sedikit pelik pun ada ..dah macam kena paksa pulak.rasa serba salah tak follow..nampak tak dalam kes begini,aku jenis tak sampai hati nak hampakan permintaan orang.

TAPI..ada tapi tu yer,kalau boleh..dah follow tu jangan lah pulak bila aku klik kat icon blog korang tu tapi url nya tak keluar.ajak aku main nyorok2 ke?janganla gitu..awak dah baca cerita kita,kita pun nak baca cerita awak jugak

boleh?

selamat berhujung minggu..tekak rasa macam nak makan nasi arab la.emm..kemana kita?

Rezeki Setiap Orang Itu Tak Sama

masa baca blog seorang kawan yang aku kenal sejak memula buka blog tahun 2006, aku terfikir tentang sesuatu..betapa mahalnya dan banyaknya RM$$ yang dikeluarkan untuk mendapatkan seorang anak bagi yang susah nak dapat.

TAPI..pada masa yang sama

-ada orang yang 'sangat mudah' mengandung,bersalin dan membuangnya tanpa rasa bersalah.

-ada orang yang terpaksa pakai dan makan ubat untuk elak dari mengandung

-ada yang 'takut untuk bersama' sedangkan hati menggebu2 ingin bersama tapi dalam masa yang sama takut akan uwek-uwek tanpa di rancang.

sesungguhnya..rezki Allah itu ada dalam berbagai bentuk.ada dalam bentuk harta yang melimpah ruah sampai tak abis makan 7 keturunan,ada yang berbentuk kesihatan dan ada yang berbentuk anak berderet sampai lupa nama anak-anaknya.

sungguh besar kuasa Allah.aku sangat kagum dengan pasangan yang sentiasa berkasih sayang sesama mereka walaupun tanpa kehadiran cahayamata.bukan kasih semata-mata kerana ada ANAK walaupun ramai yang kata 'anak itu pengikat kasih sayang suami isteri' tapi ada juga kes anak-anak yang menjadi racun dalam hidup ibubapanya.

petik kata GadisBunga dalam blognya yang bertajuk LAIN ORANG LAIN REZKINYA,LAIN ORANG LAIN UJIANNYA..

'SEBAB REZKI DAN UJIAN ITU KEDUA-DUANYA ADA HIKMAH.ALLAH SAYANG PADA KITA'

tq pada semua orang yang singgah sini dan menceriakan hari-hari ku :)

Hari Ni Aku Raya dan Cara-cara Mengorek Telinga

boleh gitu?Ramadhan lagi sebulan tetiba dah raya ;)
Taklah..sebenarnya nak citer yang semalam aku baru je abis ganti posa
Berlagak la kan sebab dah abis ganti sedangkan orang lain dalam bulan Syawal pun dah abis ganti siap ngan posa 6 lagi.huhu..malu
pada yang belum ganti..cepat ganti
(wah!berlagak tu sebab dah abis ganti posa)

masa aku posa semalam..aku lalu depan satu kafe.selalu okey je lalu situ.tapi bila posa rasa lain sangat.mana tidaknya..bau nasi lemaknya menyucuk-nyucuk hidung aku.rasa macam nak tapau untuk buka posa tapi melampau la kan.masa tu baru kul 9.00 pagi..sah2 basi bila nak makan masa buka posa.itu memang dugaan.sebabnya..bila aku lalu pagi ni,baunya tak la sehebat semalam.sebab aku dah tak posa...nampak tak kat situ,semuanya dugaan bila kita sedang posa.semua nampak sedap..hatta pucuk jambu pun nampak sedap macam daun salad..hehe

semalam aku buka posa dengan nasi goreng sardin yang dipuji sedap tahap langit ke 7 oleh si abam,katanya 'abang tak boleh nak bercakap sebab sedap sangat,umie boleh masuk masterchef mesti akan menang'aku tak tipu tau,dia yang kata.tak caya kalu,cer sms dia kat no ni 3444444 sms tak dapat-dapat.hehe

malam tadi tak lena tido eh!masa tu aku belum tido lagi.baru jam 10 malam..tetiba kenit menjerit-jerit sambil cucuk cari nya yang comel tu dalam telinga 'akit tinge..akit tinge' aku dah cuak bila anak sakit,nak pulak sakit kat tempat yang aku tak nampak.dah intai dalam telinga tak nampak apa-apa pun.seperti biasa..mengadu pada 'tuan tanah' dan suh beliau cepat-cepat balik.oh!beliau keje shift petang tapi terpaksa balik awal kerana mendapat panggilan kecemasan.sementara menunggu 'ayahku pulang dari kerja' aku yang kesian tengok dia melalak tu..aku tepuk + peluk + dan bagi ubat demam..hehe.tak lama kendian dia pun tido.ngantuk sebab ubat kah?so..bila ayahnya sampai,cikenit cikebum udah pun tido..tak jadilah nak gi klinik.

sib baik pagi ni..dah okey.takde ngadu 'akit tinge lagi'lega mak,nak.



ni cara mengorek telinga yang betul yer..jangan pulak korek ngan pen @ lidi @ batang mancis..jagalah telinga anda untuk pendengaran jangka panjang..hehe

Thursday, June 21, 2012

Maaf,Saya Bukan Cik Suraya

ni la masalahnya kalau kita baru beli @ register simkad phone baru.sebulan dua pakai mesti akan dapat call mencari owner lama nombor ni.

aku ni baru je pakai postpaid.selama ni pakai prepaid je.senang sikit pakai postpaid ni,jimat untuk seisi keluarga tapi tak berapa nak jimat kalau tak pandai guna.maklumlah..sepanjang masa boleh call tanpa perlu risau top up abis.jangan nanti menangis bila sampai bil dah la yer ;).

aku register postpaid bulan lepas..tapi dalam seminggu dua ni asikla dapat call dan sms mencari cik sue @ nama penuhnya Suraya.kejap lelaki,kejap pompuan..tapi aku tak marah pun.aku paham mesti orang yang call tu ada hal sebab tu mencari dia.yang call pun cakap baik-baik maka baiklah jawapannya.

kring..kring
kring..kring eh silap..ringing tone dinyanyikan oleh Adele

'selamat pagi.boleh bercakap dengan Cik Suraya?'

'maaf ye.salah nombor.saya bukan cik Suraya.saya baru je daftar nombor ni bulan lepas'.

'oh ya.maafkan saya (sila baca dalam intonasi suara Detektif Conan)

babai ;)

Abam Puasa..Puasa Apa?

aku rasa tak lama lagi blog ni akan bertukar jadi blog si abam.asyik citer pasal dia je semenjak dua menjak ni..ni pun ada lagi kisah dia..

KISAH PETANG SEMALAM..
ambik anak2 kat umah pengasuh macam biasa.tapi pengasuh tanya aku
'.....(nama sebenar)irfan puasa hari ni......(nama sebenar) tahu tak?akak suh makan balik sekolah tadi pun dia tak nak..katanya dia puasa'

aku?terkejut badak.puasa apa pulak ni?aku pun tak tahu menahu.yang aku tahu,aku ada sehari lagi posa lom ganti..tapi umienya tak posa,anaknya pulak yang posa.

aku tengok muka dia pucat sangat.aku tanya dia

'abang posa apa ni?sapa suruh?abang tak cakap pun kat umie yang abang nak puasa hari ni..kalau nak puasa kena sahur.mana boleh puasa tak sahur.nasih baik abang tak pengsan kat sekolah tadi'

dia diam sambil air mata meleleh pandang aku.sepatah pun dia tak jawab.balik umah kebetulan dah nak azan..aku hidangkan nasi ayam + murtabak daging (kebetulan singgah pasar malam).dia makan dengan sungguh berselera.tak dapat aku nak tumpang sesuap pun.nampak dia sangat lapar.

aku call en abe sambil bebel-bebel pasal si abam posa tak bagitau aku.seperti biasa,ayahnya yang sangat cool cakap 'jangan marah dia.baguslah dia posa.cakap elok2 kat dia..kalau nak posa bagitau umie dulu'..huhu..tetiba aku rasa bersalah sebab membebel kat si abam.

bila aku slow talk ngan dia,katanya 'abang dah lama tak posa.jadi abang puasa la hari ni'.patutla dia asik tanya aku 'bila nak puasa?lambat lagi ker?.aku tak sangka pulak dia boleh puasa tak bagitau aku dulu.last-last aku ambik kalendar dan tunjuk kat dia 'tengok kalendar ni.hari ni 20 June,esok 21 June.abang tengok umie tanda kalendar ni..semua orang Islam akan puasa pada bulan depan,dalam Islam orang sebut bulan Ramadhan.01 Ramadhan jatuh pada 21 Julai.ada lagi 31hari lagi,baru kita akan puasa.nanti abang puasa dengan umie dan ayah dan semua orang Islam akan puasa sama-sama.umie gembira sebab abang nak puasa tapi kalau nak puasa kena sahur dulu.kalau tak sahur nanti badan kita sangat letih.nasib baik abang tak pengsan kat sekolah tadi'.

dia angguk dan aku harap dia paham.

pagi ni masuk keje aku berbalas emel ngan adik aku..aku citer la pasal si abam yang tetiba posa tak bagitau aku.sebab aku suspect mungkin masa sekolah agama petang selasa tu ustazah dia ada cakap sesuatu yang menyebabkan dia nak posa.kata adik aku 'mungkin dia posa sebab semalam hari terakhir bulan Rejab'..agaknya la,budak-budak ni kalau cikgu @ ustazah kat sekolah cakap..senang je diorang ikut.tak gitu?

apa-apapun aku gembira sebab dia mampu puasa penuh.sebenarnya dia dah mula belajar puasa masa umur 5 tahun.dia sempat puasa penuh 5 hari.masa umur 6 tahun pun dia posa jugak tapi tak cukup sebulan.aku harap darjah 1 tahun ni dia akan puasa penuh.Insya Allah.

tetiba termalu sebab umienya masih tangguh2 nak ganti puasa yang sehari tu.huhu

psttttttttttttt tq Kak Zakie dan Kak Zar yang tegur kesilapan tarikh tadi.

Wednesday, June 20, 2012

Pengorbanan Seorang Bapa



comel je..anak sapa la ni

aku dapat gambar ni dalam emel..tetiba aku gelak sensorang.korang agak la kenapa aku gelak?

6.45? Oh..Tidakkkkkkkkkkk

malam tadi layan Korea punya pasal..aku tido jam 1.00 pagi.dan pagi ni..aku terjaga jam 6.45 padahal dah kunci jam kul 6.00 pagi.huhu.hero pulak tah apa angin..susah pulak nak bangun pagi ni.selalu okey je..penat main la tu kot.aku tengok uniform sekolah dia semalam punyalah kotor,macam berkubang pun ada..dah tukar dari kaler putih kepada kuning tanah..aduhai,abam........

sib baik abam tak kena tinggal ngan van sekolah dan nasib baik umie pun tak kena tinggal oleh kawan.aku tak suka orang menunggu aku..kalau rasa macam tak sempat je,aku akan cakap kat kawan 'u go first..i go second'.segan woo rasa macam menyusahkan orang

sib baik pagi ni adik tak meragam.dia syok je layan botol susu sambil berkepit celah ketiak ayah.dia tak peduli pun umie nak gi keje.kalau tak mesti umie kelam kabut bila adik nak umie hantar ke umah pengasuh..

walaupun bangun lewat dan semua keje kena buat dalam gear 5..tapi selamat sampai opis jam 8.00 pagi.hehe

*cepatlah abis citer Miss Ahjumma ni..ada lagi 43 episod.aku dah tak larat asik tido lewat je*

Tuesday, June 19, 2012

Kerana 1 Nombor

Kadang-kadang aku fed up bila berurusan dengan sesuatu perkara yang melibatkan dokumen.Nak pulak kita kena turun naik pejabat untuk menguruskannnya.

Pagi ni..aku lambat datang keje kerana ada sedikit urusan dengan 'pejabat simpan duit hari tua'.kerana 1 nombor yang disalah taip oleh pihak Bank maka urusan tak dapat diselesaikan.manalah kita tahu akan ada kesilapan dalam setiap baris tu.Sepatutnya pihak bank check dulu setiap no dan baris dalam surat sebelum pos kepada pelanggan.

Kerana 1 nombor tu maka permohonan di tolak.Ish geram tau..Ini mesti si tukang taip surat tu buat keje sambil lewa.Buang masa,buang minyak dan tenaga aku je hari ni.Huh..hangen betul.Dahlah cuti sikit..sib baik urusan selesai dalam masa 2 jam so tak perlulah aku ambik kalau tidak,tak pasal-pasal aku kena ambik cuti setengah hari.

Aduyai..sabar jelah.Nampak gaya kena pegi ngadap lagi satu kali.Selagi urusan tak selesai nak buat keje lain pun tak tenang tau

Maaf la lepas geram kat sini.

Monday, June 18, 2012

Jerebu Datang Lagi

Sabtu lepas kami ke Cheras tapi bukan ke umah MIL..kami ke umah SIL area dekat Bdr Tun Razak jugaklah.MIL ada sana dan suh kami datang je umah SIL sebab katanya SIL ada masak kari kepala ikan..so kami tengah free teruslah zassssssss ke sana.

sepanjang perjalanan ke sana nampak berkabus dan mendung je.aku ingat hari nak hujan.tapi bila on radio,katanya jerebu melanda negara kita.ni mesti jiran sebelah bakar sampah.paling teruk area Lembah Kelang.patutla pagi tu aku yang dah mendobi 2 mesin kain dengan harapan panaslah hendaknya masa nak menyidai.tapi sampai jam 10.00 pagi matahari tak jugak muncul.ingatkan nak hujan..rupanya mendung kerana jerebu.

rasanya hampir tiap tahun kita menghadapi masalah sebegini.dalam keadaan jerebu macam ni kena jaga kesihatan.banyakkan minum air.sikenit dah kena dulu..'mie.ate akit' katanya.bila belek,matanya bertahi kaler hijau dan badannya sudah sedikit panas.angin kejap aku bila nak lap buang tahi mata dia ngamuk tak bagi.bawak ke klinik,kata doktor 'u mungkin tak tahu dia demam sebab kalau u rasa dahi dia dengan tangan..tak rasa panas sangat tapi badan dia panas dalam.badan kurang air.sebab tu mata dia bertahi'.balik tu dibekalkan dengan seplastik ubat.sejak dah besar ni susah sikit nak makan ubat.abis semua orang kena ambik bahagian pegang dia untuk bagi makan ubat.

tapi bila hari ke2 (ahad tu) aku dapat cara baru untuk bagi dia makan ubat'adik.jom makan vitamin'.dia ingat scoot emulsion so laju je datang kat aku.hulur je syringe (betul ke ejaan ni?) dia nganga mulut dan lepas je telan ubat tu aku dan abam semua tepuk tangan dan cakap ngan dia 'wah!adik good la.adik pandai'.sengih2 dia kena puji.

sib baik pagi ni mata dia dah okey..takde dah tahi mata bertempek membuatkan bulu mata dia mengeras macam pakai bulu mata pelesu.hehe



model of the year,katanya

"Cuti La Umie" kata Abam kepada Umienya

PAGI NI...bangun tido macam biasa.kejut abam untuk ke sekolah.abam pun tak banyak ragam bangun mandi,solat dan bersiap.bekfes roti sapu planta dan segelas air milo.kul 7.00 pagi dia dah tercongok depan pintu tunggu van sekolah datang.umie pula dah siap berbaju kerja tapi masih sempat bergolek-golek atas sofa main peluk2 dan cium2 dengan adik.

7.10 abam masuk dan cakap 'abang dah agak.ari ni cuti la umie.acik tu yang cakap ari ni cuti'.Umie pun terkedu 'cuti apa?kejap umie call kawan umie'.

kata kawan 'yelah cuti ari ni.awak tak tahu ke ari ni N9 cuti'.aku ingatkan cuti keputeraan tapi check kalendar rupanya cuti Isra' Mikraj (hanya untuk negeri Sembilan,Kedah dan Perlis sahaja)..tq untuk yang komen dah perbetulkan entri aku tadi..nampak sangat aku tak prihatin.huhu..

maafkan umie ye shayam..manalah perasan sebab umie kan keje kat negeri Selangor..Selangor tak dapat cuti.hehe



gambar hiasan :abam..masa umur 8 bulan dan kini,7 tahun..apa bezanya?

Friday, June 15, 2012

Beg Sekolah Dalam Tong Sampah

PAGI JUMAAT YANG MULIA..
patutnya mood aku pun ceria sebab last day keje untuk minggu ini dan esoknya hari cuti boleh riang ria bersama yang tersayang dan tak lupa hari tukar kerjaya sebagai suri rumah sepenuh masa.

TAPI...ada tapi tu..pepagi lagi suara aku dah bergema dalam bilik abam.dari malam tadi masa mengemas beg sekolah dia aku tercari-cari 'kemana pergi beg sekolah agamanya?' tapi malas nak kejut tanya dia..maklum dah kul 11 malam.

setiap pagi masa hantar si adik,ada 3 biji beg aku kena bawak sambil pimpin dia.

beg baju adik
beg baju abam
beg sekolah agama abam (kecuali hari rabu dan jumaat je ..takde sekolah agama)

balik dari rumah pengasuh petang semalam aku cuma pimpin adik dan bawak beg baju adik.selalunya abam akan bawak balik sendiri beg sekolah pagi,beg sekolah agama dan beg baju dia..bukan berat pun.kata hero ;).so aku tak perasan petang semalam dia cuma bawak 2 beg je tanpa beg sekolah agama.masa nak kemas buku baru perasan beg sekolah agama takde

pagi ni bila tanya 'mana beg sekolah agama?' dia jawab 'abang tak tahu.abang letak atas meja tapi dah hilang'.aku cepat-cepat *tarik nafas sambil urut dada*.

aku suh dia bersiap untuk ke sekolah dan pesan 'abang pegi sekolah dulu.cari beg tu sampai jumpa.kejap lagi umie ngan ayah datang sekolah'.

kul 8.15 pagi aku dan cik abe ke sekolah abam.aku masuk kelas abang tanya 'dah jumpa ke beg?' katanya 'belum jumpa.abang dah cari kat semua tempat' dan kata-kata dia tu dipersetujui hampir satu kelas.nampak tak kat situ?kengkawan yang sangat prihatin.tapi ada la 3 @4 orang kawan lelaki dia cakap 'mungkin dalam tong sampah' sambil diorang pun belari keluar dari kelas.aku pun ikut la kot memang ada dalam tong sampah.dalam hati ada rasa pelik 'dalam tong sampah?takkan dalam tong sampah'.tapi memang tak jumpa pun.aku malas nak pening kepala cari je guru kelas tapi tak jumpa.kata cikgu lain 'guru kelasnya keluar ambik barang kat keta'.

tapi kelam kabut aku mencari beg abam sana sini tu jadi perhatian akak cleaner.dia datang kat aku dan cakap 'cari beg sekolah ker?saya jumpa satu beg nama irfan.dalam tong sampah depan kelas 2 bestari'.dia pun tunjuk aku kelas tu..nampak beg dia elok je terletak atas lantai depan pintu kelas.tapi itu bukan kelas abam..kelas orang lain.

pelik tak?

aku tak salahkan budak yang buat tu..walaupun aku yakin takkan dia sendiri nak buang beg dia dalam tong sampah.aku tanya si abam sendiri 'ada tak abang buang beg kawan dalam tong sampah?' tapi dia 'tak.abang tak buat'.

aku tulis ni sebagai kenangan..adakah korang pun ada pengalaman macam tu @ lebih kurang sama macam ni?setakat hilang pembaris,pemadam dan pensel tu dah biasa sangat bagi aku..memang kena sentiasa simpan stok kat umah,dah macam kedai alat tulis kat umah tu.tapi ni hilang beg sekolah dengan buku-bukunya sekali..sib baik jumpa..adakah itu cuma bergurau?tapi agak kasar gurau sampai buang-buang barang orang dalam tong sampah.sib baik buang sekali dengan beg dan barang2 dalam tu tak di asing2kan.entahlah..takut aku dengan karenah budak2 sekarang..

alahai abam

Thursday, June 14, 2012

Evening Primrose Oil (EPO)

PAGI NI..cuba ubah rutin,sentiasa ingat untuk makan ni..beli je pandai,makan culas.boleh?


bila nak abis agaknya ni?ini baru botol pertama tau

Apa kebaikkan Evening Primrose Oil (EPO)?kalau rajin sila baca kat SINI,SITU dan juga SINUN..tak rajin nak klik?takpe aku rajin so aku copy paste untuk korang..

*-------------------------*

Kebaikan Dan Khasiat Evening Primrose Oil (EPO)

Kebaikan EPO Terhadap Kesihatan kulit
Evening primrose oil pada awalnya digunakan secara meluas untuk mengurangkan masalah kulit seperti keradangan, kegatalan, kulit kering dan berkeruping (scaling) serta alahan. Kajian saintifik telah membuktikan Evening Primrose oil (EPO) mampu mengurangkan symptom eczema dan dermatitis iaitu sejenis penyakit kulit. EPO baik diamalkan oleh kanak-kanak dan dewasa yang menghadapi masalah kulit.

Kebaikan EPO Melegakan Symptom Prahaid (Pre Menstrual Syndrom)
Kajian saintifik membuktikan EPO mampu membantu wanita yang mengalami symptom pra-haid (premenstrual syndrom PMS) seperti kemurungan, perubahan mood dan ketidakselesaan payudara .

Diabetic Neuropathy
Diabetic neuropathy merupakan masalah sistem saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/ kencing manis. Antara symptom diabetic neuropathy adalah seperti berasa kebas, sakit dan berdenyut serta pengurangan deria rasa terutama pada kaki dan tapak kaki. EPO merangsang peredaran darah pada sistem saraf dan berkemungkinan mampu mengurangkan risiko dan symptom ganguan saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/kencing manis.

Kesihatan Jantung dan Paras Kolestrol
Kandungan GLA dalam EPO merupakan sejenis asid lemak dalam kategori Omega-6, kajian mendapati GLA mampu mengurangkan paras kolestrol dalam darah yang menyebabkan penyempitan saluran darah (atherosclerosis). Atherosclerosis adalah penyebab utama serangan jantung (heart attact) dan stoke. Oleh itu pengambilan asid lemak Omega-6 dan Omega-3 yang seimbang dapat mengurangkan risiko serangan jantung.

Osteoporosis
Kajian mendapati individu yang kekurangan asid lemak perlu (essential fatty acid) terutama GLA dan EPA lebih cenderung mendapat masalah tulang rapuh. Pengambilan makanan tambahan GLA dan EPA (Omega-3) yang seimbang secara berterusan berkemungkinan dapat menguatkan struktur tulang dan seterusnya mengelakkan masalah tulang rapuh terutama bagi wanita berumur 65 tahun keatas.

Khasiat dan kegunaan lain EPO
Mengurangkan radang dan sakit sendi
Melegakan sclerosis
Kanser terutama kanser payudara
Mengurangkan tekanan darah
**Pengambilan Omega-6 (GLA daripada EPO) dan Omega-3 (daripada fish oil) yang seimbang meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan. Oleh itu pengambilan makanan tambahan EPO bersama-sama Fish Oil lebih memberi kebaikan daripada pengambilan EPO sahaja.


*---------------------*
TAPI..aku nak citer la kisah pengalaman aku dengan EPO ni.senang citer aku ni mudah sangat terpengaruh.tak kisahla iklan tv ke @pun testimoni dari blogger..cepat sungguh tergoda tapi orang kata 'hot-hot chicken shit'.beli je tapi berzaman nak menghabiskannya..so mana nak nampak kesannya?

tu ari yang kisah jumpa kawan zaman sekolah yang datang promosi vitamin kat opis aku bulan lepas..aku beli ngan dia (rega pastinya lebih murah dari beli kat luar la..kata rega kengkawan kan)..pek berkembar 2botol.dalam tu ada 60biji x 2 botol=120 biji.kata kawan aku tu..makan 1 biji sehari pun dah cukup sebab itu 1000mg.so stok boleh tahan untuk 4 bulan.

tapi............dah nak sebulan jugak aku jumpa dia kan?yang pelik..setengah botol pun tak luak lagi.camner nak kulit cantik ni?huhu...alasan tipikal LUPA.

senang citer..tak guna beli produk mahal-mahal tapi culas nak makan.sama jugak dengan produk kecantikkan.baca blog orang pakai Tabita Skincare aku pun teruja.baca lagi blog orang makan Catalyst aku pun nak terai.tapi belum beli pun aku dah tahu..kalau aku beli sah-sah akan jadi hiasan atas lemari.lama-lama masuk dalam tong sampah sebab dah expired.

tapi itulah pompuan..pantang dengar petua/tip nak cantik laju je tak toleh kiri kanan.sapa taknak cantik kan?kenit aku yang 2 tahun tu pun tahu nak cantik.asal pakai baju baru je mesti cakap 'mie..tanteknya'


ni version pakai tudung



ni version free hair ;)

korang camner?
rajin ke makan supplement?
ker culas cam aku jugak?

Wednesday, June 13, 2012

Yahooo..Saya Menang Keta (dalam mimpiku..bukan mimpimu)

alhamdulillah..keje wajib dah setel.legaaaaaaaaaaaa
so boleh update satu entri lagi.hehe

korang tahu tak kul bape aku sampai umah semalam?
mana la korang tahu sebab aku tak citer kan?
meh nak citer..aku sampai umah kul 8.20 malam
tak terkejut?emmm...

mungkin bagi orang lain itu takde lah lewat mana pun
tapi bagi aku sangat lewat okey
abis keje kul 5.30 petang
kalau aku ada keta sendiri tepat jam 5.30 aku dah start engin tau
eh!bagi extra 10 minit la..
menapak dari opis ke parking dan panaskan engin keta
dalam 20 minit aku sepatutnya dah sampai umah itupun kalau tak singgah mana-mana la

tapi....huhu
sedar diri menumpang orang
takkan nak suruh dia ikut time aku pulak kan
selalu pun memang tak balik awal pun
paling awal sejak aku tumpang kawan ni..kul 6.30 petang la sampai umah
itupun dah rasa seronok gila..dapatlah bawak si kenit pusing taman jap sementara tunggu jam kul 7.00
paling lewat aku penah balik sebelum ni jam 7.30 malam
rasa bersalah sangat kat anak-anak dan juga pengasuh w.pun bukan selalu

tapi...kemuncak adalah malam tadi
sian cik kak ni sebab kena layan aku sembang untuk 'membunuh masa' menunggu kawan abis meeting.huhu
sian kawan aku tu..dah nak balik baru bos panggil masuk meeting

kan best kalau aku ada keta sendiri
agak-agak nak keta macam gambar bawah ni boleh?




GAMBAR DARI SINI

2 pintu je pun..sesuai la buat gi keje..hahahaha
berangan tak agak-agak tu
tak salahkan?bukan kena bayar pun

Monday, June 11, 2012

Kampung Itu,Selepas 20 Tahun Berlalu

lalalalala.........gembira la sebab masuk-masuk keje dapat 'hadiah'dari sorang akak yang baru balik cuti-cuti ke Beijing.emm..boleh buh telekong..cantik kan?tq kak ;)



okey nak sambung citer yang dah nak basi.ni sambungan Walimatul Urus Sepupu Di Pahang yang aku pegi Sabtu lepas.majlis besar hari sabtu,akad nikah hari Jumaat tapi Jumaat tu aku masih keje,so takdelah dapat tengok sepupuku itu berjabat tangan dengan tok kadi.

JUMAAT..lebih kurang jam 9.00 malam,kami (aku dan 4 orang adik) konvoi 2 keta ke Pahang.dan sorang sepupu yang duk Gombak pun join kami kat tengah jalan.aku bajet perjalanan dalam 5 jam la kot sebab aku ingat kami akan lalu jalan biasa yang selalu guna balik kampung tu.rupanya aku silap,kami lalu jalan lain..terus ke Jerantut.tak lalu Bentong pun.

perjalanan lancar..kejap je dah jumpa kampung MakNgah lepas pekan Kuala Krau tu.dalam 3 jam setengah la perjalanan kami.kawasan kampung ni join ngan felda tapi rumah diorang jenis rumah kampung bukan jenis felda yang sama patern tu.

sampai-sampai je tengok rumah-rumah kat situ sangat meriah.masa ni aku macam samar-samar 'ini ke kampung yang aku penah datang 20 tahun lalu?'.jalan-jalan dan rumah banyak dah berubah tapi yang menguatkan ingatan aku ialah ini..4 kolah besar yang betul-betul terletak sebelah kanan rumah makngah aku tu..

kolah besar yang menyimpan banyak kenangan

kolah besar yang berkembar 4 biji ni banyak menyimpan nostalgia aku 20 tahun lalu..kedudukan kolah tu betul-betul sebelah umah MakNgah aku.

rumah mak ngah,sedikit berubah dari rumah asal

20 tahun lalu..kolah ni sangat meriah kerana hampir seluruh penduduk kampung datang mandi-manda dan mencuci kain kat sini.tapi sekarang kolah tu dah kering..semua dah pakai paip dalam rumah so tinggallah kolah ni dimamah usia.


rumah tumpangan kami hari itu

ni pulak rumah sedara yang kami tumpang tido..selesa sangat macam duk umah sendiri je..aku cakap kat mak aku 'kalau umah selesa macam ni.duk 5 hari lagi pun boleh'.adik aku yang paling susah nak tido umah orang tu pun kata selesa.adik aku yang sorang tu seboleh-boleh memang nak elak dari tido umah orang.kalau dekat-dekat dia rela balik tido umah..tapi kat umah ni dia kata 'sangat selesa'.aku okey je bila anak-anak okey..si kenit pun happy macam duk umah mak aku..lari sana sini sebab umah sangatlah luas

HARI SABTU..

kul doblas..kami berarak ke rumah pengantin pompuan.tak jauh..jalan kaki adalah dalam 5 minit.best je ikut rombongan pengantin berarak.dah lama aku tak ikut rombongan pengantin berarak.



okeylah ..ini nak perkenalkan 'raja sehari'..namanya Isa dan pasangannya Aiza kalau tak silap aku.SELAMAT PENGANTIN BARU,SEMOGA BAHAGIA HINGGA AKHIR NYAWA..



lepas je makan-makan..tengok pengantin..kul 2.30 petang kami dah bergerak balik KL.jalan tak jem..so kul 6.00 petang dah sampai umah.penat tapi berbaloi..aku happy sebab dapat buat ma dan ayah gembira bila kami adik beradik dapat hadirkan diri ke majlis tu.

tapi sebak sikit sebab kena Bye Bye kakak yang ikut atok dan mok balik kampung..sekolah dah mula..harap kakak happy cuti 2 minggu bersama umie,ayah dan adik-adik..jumpa raya nanti ye

okey..abis kisah :)

Aku Pagi Ini.............

sebelum tulis.gugel imej mengantuk.okey,dah jumpa..yang ni comel sikit.hehe



shomelnya dia..

sangat mengantuk pagi ni.sampai opis awal,kul 8.00 pagi dah sampai..terus lari laju-laju tuju ke surau..dapat lah 1/2 jam..sib baik jugak sedar 8.30 pagi..kalau lelap sampai 11.00 pagi konfem kena ambik cuti 1/2 hari.huhu

tak pasti ini gara-gara

1-ubat selsema yang aku telan sebelum tido malam tadi

atau

2-kerana banyak belasah durian petang semalam

atau

kerana gabungan kedua-duanya sekali(dulu-dulu orang tua kata jangan makan ubat lepas makan durian.nanti mabuk.betul ke?fakta @ auta?)

sebenarnya nak citer pasal kenduri kat Pahang sabtu lepas..nantilah kendian aku citer.kul 1.00 aku nak gi surau sekali lagilah..........oh!sangat tak produktif ini hari

maafkan saya bos :(

Thursday, June 7, 2012

Walimatul Urus Sepupu Di Pahang

Esok aku cuti..nak makan angin ke Pahang.hehe..hebat kan?baru je balik makan angin kat Langkawi pastu nak makan angin ke Pahang pulak.jangan cayalah..aku ke pahang nak makan nasi minyak..

kalau takde aral malam besok kami bertolak ke Pahang,daerah Jerantut kalau tak silap aku..sebenarnya last aku pegi rumah mak sedara yang aku panggil Mak Ngah tu (kakak mak aku..sebapa tapi ibu lain-lain) ialah masa umur aku 13 tahun.gila lama kan?maknanya dah 20 tahun aku tak kesana.bukan tak jumpa MakNgah selepas tu cuma tak ke rumah dia je..masa arwah atok ada,mak ngah n family selalu datang kampung kami sbb arwah tok tinggal ngan nenek aku kat Kelantan.

yang nak kawen ni anak dia yang no 7 kalau tak silap aku.dia tua setahun je dari aku.dulu zaman kecik-kecik kawan sesama panjat pokok.budak-budak zaman dulu tak sama dengan budak-budak zaman anak aku..lelaki dan pompuan sama ganas je..mandi sungai,panjat pokok tu biasa bagi budak kampung.

agak-agak macam mana la rupa sepupu aku lepas 20 tahun kami tak jumpa?tah-tah dia tak kenal aku kot.

ke sana nanti kami juga hantar kakak sebab sekolah pun akan bermula Ahad ni (bagi negeri Kelantan) mak dan ayah aku akan turun sana dan lepas kenduri kakak akan ikut balik kampung.huhu..mesti lepas ni akan bermula la episod rindu aku pada kakak.

okeylah..balik nanti aku citer yer




aku jumpa ni kat FB..aku yang baris ke 2 tu.lagipun memang masa aku kawen tu rata-riti itulah jumlah hantaran semasa.korang pulak baris yang mana?macam-macam la diorang ni.............

okey jumpa minggu depan..Insya Allah

Wednesday, June 6, 2012

Tido Abam Bernilai RM 150

okey..aku free sekarang (eh!macam ada keje lom siap je.tapi takpe..esok masih ada.ada kah?). so aku nak citerlah apa yang berlaku masa kami kat sana sebelum aku lupa.rasanya aku takkan lupa kisah ni bila tengok muka si abam.



watak utama cerita satu petang yang mendamaikan menjadi kecoh tetiba yang bertajuk 'Tido Abam Yang Bernilai Rm150'.

kisah berlaku pada HARI PERTAMA DI LANGKAWI masa kami singgah depan WaterWorld Duty Free Shop nak beli cokolat tu.budak2 dah nampak keletihan lepas makan..dahlah sebelum tu sibuk berendam..muka masing2 dah mengantuk tapi kakak dan adik nak jugak ikut aku masuk beli cokolat.tapi abam tak nak ikut.so tinggallah dia dengan en abe.

lepas je aku beli cokolat tu dan ontheway ke keta,aku nampak dari jauh cik abe sedang mengetuk cermin keta..dalam hati dup dap dup dap..hati aku dah boleh agak 'sah budak bertuah ni dah tido dan pintu keta terkunci'.hati ibu ni memang istimewa.dan tekaan aku memang tepat.rupanya dah setengah jam cik abe mengetuk pintu tapi abam lena tido tak sedar diri.keta kami bukan jenis auto lock so aku rimas jugak ngan keta tu..masuk je terus dia auto lock.

tarik napas.............so aku dan cik abe tepuk cermin dan goyangkan kereta pun dia tak bergerak.hati aku dapat rasa dia memang tido sangat lena.aku tak fikir pun dia pengsan ke hapa.perbuatan kami berdua jadi perhatian orang keliling.orang makin ramai datang tanya apa yang berlaku.aku rasa macam bengang pun ada..macam kami sengaja biar anak dalam keta.

cik abe sebenarnya kuar dari keta nak beli roti dan air untuk makan dalam bilik hotel.suh dia kuar dari keta dia taknak..keta tu betul2 depan kedai.tapi tak sangka dalam masa 5 minit dia boleh tertido.memang sedap la dia tido dalam ekon tu..lena sungguh macam Sleeping Beauty dah aku tengok.lagi digoyang keta tu lagi lena..

mamat-mamat arab badan besar tu goyang keta macam nak terbalik aku tengok.last-last aku cakap kat cik abe 'pecahkan je cermin keta ni.kang jadi citer budak lemas sebab tertido dalam keta tak pasal-pasal kita masuk paper muka depan'.masa tu nyesal pun tak guna.duit boleh cari..tapi anak yang aku susah payah lahirkan dia takkan sama w,pun aku ada 10 anak lagi.nauzubillah..takut aku membayangkannya

orang sekeliling juga memainkan peranan menyebabkan aku suh pecahkan cermin tu.ada sorang apek tu lagilah buat aku risau.katanya 'nanti u punya anak boleh mati lemas wo'.adoi apek..

pinjam hammer dari orang yang tengah buat renovation kat water world tu untuk ketuk cermin..elok je cermin tu pecah,abam pun bangun dengan mamai.mesti dia terheran-heran kenapa orang ramai tengok dia.

oh masa tu aku perasan ada seseorang ambik gambar kejadian..blogger kah dia?aku pun masa tu ada gak rasa nak ambik gambar,hehe.bukan apa..bukan sebab aku tak risau tapi sebab aku yakin abam cuma tido..bukan pengsan pun.

so moral of de story..kalau bawak anak tu jangan tinggalkan dalam keta.kalau tido pun kejut sampai bangun.sangat bahaya kalau jadi macam kami..sib baik takde apa-apa.

abam oh abam.tapi bila aku citer balik kat dia,boleh pulak dia menjawab 'bukan salah abang.orang tu la yang salah sebab pecahkan cermin keta tu'.

boleh?

Cuti-Cuti Langkawi 2D1N (Part 2)

okey..last episod cuti-cuti Langkawi.sebenarnya dah malas nak tulis,dah nak basi pun.hehe tapi blog ni adalah tempat aku mencoret kisah kami.so kenalah tulis jugak (w,pun takde sapa paksa) sebagai kenangan masa akan datang.

HARI KE 2..
pagi-pagi lagi lepas bekfes anak-anak mintak nak berendam.so layankan jelah..sampai kul 11.00 pagi duk berendam.kecut segala jari jemari pun tak nak naik..si kenit pun sama naik dengan kakak dan abam.aku dah jegil-jegil mata barulah naik.ish ish ish..



balik bilik,siap-siap untuk check out.pastu terus ke tempat cable car.sebelum naik..pusing-pusing kat bawah dulu..makan kenyang-kenyang sebab dah boleh agak kalau naik atas nanti konfem segalanya menjadi mahal.lepas makan macam biasa la,bergambar kenangan katanya.hehe



abang ambik gambar ala-ala hero hindustan :)

pastu jom naik cable car.baru ku tahu kalau tak tunjuk ic harga jadi lebih mahal.sib baik kami bawak ic( eh!ada ke orang jalan-jalan tak bawak ic?).mykid adik dan abam memang ada dalam purse aku tapi kakak takde mykid.sebab zaman kakak dilahirkan dulu mykid belum diperkenalkan lagi.tapi aku tengok staff tu tak tengok pun mykid yang kami hulur tu,terus jer dia bagi 4keping tiket.adik aku dukung je so mesti dia ingat adik umur bawah 2 tahun.hehe

masa ni ada satu family depan kami yang duk kecoh2 sbb anak-anak tak bawak ic.si ayah muka dah merah sebab bengang kena bayar rega mahal.emm...camner tu?

harga tiket bila tunjuk ic ialah:

DEWASA RM15
KANAK2 RM10
bawah 2 tahun adalah percuma

beratur adalah sangat panjang dan lama..ramai pengunjung pada hari itu.cuaca baik..kalau cuaca tak bagus..cable car tak beroperasi



adik dan kakak dalam cable car.sib baik anak-anak aku semua jenis tak gayat.kalau tak harus ada yang taknak naik..kalau anak-anak taknak naik,konfem la aku pun tak boleh naik kan?



eh!abam lagi..



700 meter dari aras laut katanya



aku pun tak pasti kenapa kenit buat aksi macam ni.nak teropong ker?

adalah lebih kurang 1jam setengah kami kat atas tu..naik sampai atas sekali tapi tak nampak sangat pemandangan kat bawah sebab kabus.elok masa kami nak turun,hujan pun turun sekali..dalam cable car kami dah kebasahan..kelam kabut tutup cermin.tapi takdelah sampai lencun.

lepas je sesi naik cable car terus gi makan (makan lagi.hehe) pastu ke airport hantar keta sewa.lepak kat airport tunggu flight kami jam 7.30 malam.alhamdulillah..semuanya selamat walaupun ada 'sedikit kejadian yang berlaku' tapi itu tidak mencacatkan percutian kami.macam ada sambungan lagi nampaknya..

okey..tamat sudah kisah cuti-cuti kami kali ini.jumpa lagi dilain percutian.Insya Allah

Tuesday, June 5, 2012

Cuti-Cuti Langkawi 2D1N ( Part 1)



sebelum bercerita..nak tanya,lawa tak pouch henpon aku?sila angguk laju-laju..rm15 mintak kurang dapat rm12.ada 2 poket untuk henpon dan 1 poket untuk duit.ai like :)

Okey..lupakan pasal dashboard yang menghilangkan senarai blog yang aku follow tu.suka hatilah dia nak hilang ke hapa..jangan hilang terus blog ni sudahlah..jom sambung citer semalam.

dipendekkan cerita,maka bercutilah aku hari khamis dan jumaat minggu lepas.ambik 1 hari cuti ganti -Hari Wesak dan 1 hari cuti tahun yang dah tak berapa nak ada tu.huhu (sedih mengenangkan cuti makin menyusut sedangkan Disember masih ada lagi 6 bulan).



berfoto dulu ye anak2..maaf gambar gelap

Pagi Khamis.. jam 8.30 pagi kami pun 'terbang' dan 9.30 pagi tepat,kaki pun menjejak tanah tempat tumpah darah Mahsuri.untuk kali ke berapa ntah bagi en Abe ke Langkawi sebab katanya masa kecik2 dulu dia selalu mengikut makcik/pakciknya yang duk sini.selalu la kot datang bila cuti sekolah.tapi ini kali ke3 bagi aku,kali ke2 bagi kakak/abam dan kali pertama bagi si cikenit cikebum.tapi kali terakhir aku ke sini ialah 5 tahun lepas,Feb 2008.



adik adalah yang paling gembira dalam trip cuti-cuti ni..asyik lari dan gelak je dia

Oh tak lupa,sewa sebiji viva sebagai kenderaan tunggangan.hehe,macam naik unta la pulak kena tunggang.ingat nak sewa Alphard tapi pokok duit-duit tak mengizinkan.tipu jelah..melampau sangat la kan..nak duk semalam je pun.kalau aku ber'uang' pun aku takkan membazir menyewa keta mahal yang nilainya sama dengan bayar ansuran rumah.

lepas dapat kunci keta gi makan dulu..lagipun check in time jam doblas tengah hari.perut dah berdendang lagu keroncong sebab masa turun rumah pagi tu sempat makan semekut cicah air je..aku memang tak suka memasak beria kalau nak bercuti sebab tak suka tinggal makanan berlebihan dan pinggan kotor dalam sinki.hehe (terbaek punya alasan).banyak kedai belum bukak..naper yer?kedai makan pun cuti sekolah gak ker?dah nak sampai pekan Kuah baru nampak kedai makan..ingat nak bekfes je lagipun masih jam 10.00 pagi tapi nampak menu makan tengah hari.so apalagi..terus la breaklunch.sangat menjimatkan.hehe

lepas dah kenyang jalan-jalan ke pekan Kuah..beli cokolat sikit dan tak lupa fridge magnet/keychain untuk kakak bagi pada kengkawan.aku sangat heran bila tengok orang lain sopim cokolat berbakul-bakul.murah sangat ker?aku bukan penggemar coklat beli sebagai ambik syarat je.tu pun dah banyak abis dimakan oleh anak-anak dalam bilik hotel je.lepas abis duit kat situ..kami ke Dataran Lang.






ber3 lebih baik.hehe

masa ke sini..aku teringat kata seorang yang bergelar tokoh agama 'kenapa orang kita kalau gi Langkawi wajib ambik gambar dengan burung batu itu?'.tapi nak buat macam mana kan,anak-anak dah tengok gambar dalam peta..pegi la jugak.ambik gambar berkeping-keping dan bermacam-macam gaya..elok je kami nak balik..sikit lagi nak sampai ke kereta..hujan pun turun dengan lebatnya.sib baik dah abis bergambar.

12.00 tengah hari kami dah checkin kat Federal Villa..komen aku tentang hotel ni?bolehlah..cantik melampau pun tidak..teruk sangat pun tak.tapi anak-anak asalkan ada swimming pool best aje bagi mereka.kalau boleh tido dalam pool tu pun okey kot agaknya.





adik langsung taknak kena air..jauh nun dia lari.takut agaknya.

petang sikit bawak anak-anak ke pantai..tapi takat main pasir je..takut pulak nak bagi diorang mandi so berendam kat swimming pool sampai kecut.bukan anak je..umie dan ayahnya pun join 2 kaki.hehe

lepas berendam perut pun dah lapar..jom layan laksa,cendol pulut dan rojak tepi lapangan terbang itu..ada van dan gerai bawah pokok.penuh dengan customer.



sejuk di tekak (tapi gerai hari pertama tak best macam gerai hari ke2)



pinggan rojak dan cendol yang dah licin.sapa punya agaknya tu yer?

pastu singgah kat DutyFree Shop sebelah Water World beli coklat yang member mengidam.dan selepas itu berlaku 'sedikit drama' yang boleh membuat bulu ketiak meremang.hehe..aku citer kendian la ye..*kena ambik napas dulu*.drama ini juga ada unsur pengajaran yer

malamnya tak kemana-mana sebab dah kepenatan..plan nak kuar cari makan dan tengok suasana malam pun tak menjadi..

okey..selesai sudah kisah hari pertama..hari ke2 sambung besok :)

Mane Pegi Semua Blog Yang Aku Follow?

masuk-masuk keje..cam biasa la..plan apa yang perlu buat hari ni,apa yang patut buat dulu dan apa yang patut buat kendian tapi dalam buat keje tu sempat jugak curi-curi log in blog.hehe..TAPI.....................aku pelik,nape kat dashboard tu senarai blog yang aku follow dah hilang?uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



bukan sikit blog yang aku follow.banyak tu...lebih dari 300 kalau tak silap la..ish.camner nak buat ni?help help help....