Tuesday, August 27, 2013

Cara Mudah Nak Makan Pucuk Ubi

kisah petang semalam

balik keje petang semalam
sebatang pokok pisang tumbang
potong tandan, 1/2 bagi jiran, 1/2 simpan untuk makan sendiri
boleh buat cekodok nanti
nak buat muffin pisang?
lambat sikit kot, hihi 


pastu terpandang pokok ubi kayu
tu ari pokoknya tinggi sampai tingkap atas
masa mak datang tu ari dah bising
katanya 
'makin besar pokok ni, akar dalam tu pun makin besar
pecah simen dapur ni nanti'
takut la dengar, so aku cantas
ingat nak letak racun kasi mati je pokok tu
tapi sayang pulak
sebab aku suka makan celur pucuk ubi cicah budu
semalam nampak pucuk mudanya kemain banyak
tak sedar tangan pun memetik


cara celur biasa ialah
- rebus air dalam periuk dan masukkan pucuk ubi

tapi semalam tak berapa rajin nak merebus
jom kita buat cara mudah  


1- basuh bersih daun pucuk ubi tu, jangan ada ulat melekat kat daun
2- pilih yang betul2 daun muda dan simpulkan
3- masa masak nasi, agak2 air dah kering
4- aturkan pucuk ubi atas nasi yang hampir masak tu
5- tutup periuk seketika dalam 5 minit
6- tara, dah siap 

ada sedikit kesan hijau daun melekat kat nasi
tapi jangan risau, ia masih boleh di makan
penah buat macam ni?
versi orang rajin memang gini
hihi


my only hero
jangan tak tahu, kalau makan pucuk ubi ni
berebut dengan si abam
sebab ni pun feveret dia jugak


15 comments:

  1. Irfa... pucuk ubi mmg akak suka...tapi tak boleh nak makan selalu...angin...hehehe

    ReplyDelete
  2. hahahhahah..pestime tengok/tau boleh rebus gaya mcm tue pucuk ubi tue....terbaekkkk...

    ReplyDelete
  3. hahaha..orang pemalas memang kreatip dan inovatip..

    ReplyDelete
  4. peberet sangat2...! tp skrng x bole mkn..huk3....tgh bf baby..mak kata angin banyak kuat itu pucuk ubi...huk3 lagi...

    sama ler...klau pesen dah malas nak celur...mmg sumbat dlm rice cooker ler jwbnya...:)

    ReplyDelete
  5. kalau akak buat macam tu pitam la jawab nya..nak masak pucuk ubi pun kena rebus dulu biang air hijau dan getah2 tu..kalau tidak..kepala pening

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama acik... kena rebus biar kluar air hijau nya tu... kalau tak kang... berminggu2 poning ha.

      Delete
  6. wah dapat lagi petua baru.
    maceh kakak!!

    ReplyDelete
  7. dah berapa tahun tak makan ..#eh cicah budu sedap

    ReplyDelete
  8. Thanks Irfa, bagi idea kat akak. Akak ni spesies terlebih rajin gak. Kalau lagi ringkas lagi suka. Jimat gas jugak kan.

    ReplyDelete
  9. pucuk ubi jenis ini sedap berbanding yg jenis lebar. ubinya pun sedap utk buat bingka @ lepat.

    ReplyDelete
  10. pernah..konsepnye sama tp versi panaskan nasik lemak semalam..bukakan lipatan bungkusan nasik lemak dan letak atas nasik yg baru masak..hee..

    ReplyDelete
  11. petai pun boleh dibuat dgn kaedah mcm tu..senang...

    ReplyDelete
  12. oooo masak mcm tu je eh pucuk ubi tu eh.hehehe xtau lak.hehe

    ReplyDelete
  13. tak pernah pulak try cenggitu.. biasa rebus dalam air je.. ;)
    pucuk ubi tu sedap kalau dapat makan dengan sambal kicap yang pedas.. fuh.. sedap.. dap.. dap.. ;)

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)