Tuesday, August 20, 2013

Kanak2 Beraya dan #%^&?<:~!#@


Dari blog kak Zakie, aku tertarik untuk kongsi cerita.

2 malam lepas, jam 10.00 malam, aku dah bersedia nak tido. Terdengar suara budak2 bagi salam (rumah teres rapat2 ni orang sebelah buka pagar dia pun aku rasa macam bukak pagar aku, huhu). Intai dari celah langsir. Nampak 3 orang budak perempuan (paling besar dalam 12tahun), siap berbaju raya bawak beg raya jenis silang tu bagi salam nak beraya rumah sebelah. Aku jeling jam, 10.15 malam. Biar betul budak2 ni, bertuah betul dapat mak ayah baik macam mak ayah diorang. Kalau aku, jangan harap. Maghrib semua dah dalam rumah. Nak beraya pun tengok jam le, akak tu bukan buat open house pun. Aku perasan budak2 ni ada yang berani sungguh, tak tahu datang dari ceruk mana selamba je ketuk rumah orang tak kenal nak beraya. Masa raya ni ler nak tengok budak yang tak pernah tengok, lalu lalang depan rumah nak beraya.

Ada jiran bercerita, tahun lepas ada la dia bagi budak2 masuk beraya. Elok lepas budak2 tu balik, dia perasan dompetnya kosong, duit kena kebas. Dia pun ngaku letak di tempat senang capai, yelah nak layan tetamu terlupa dompet simpan tempat yang selamat.

Sebab tu abam suka beraya di kampung, sebab kami boleh beraya umah sedara mara. Kalau kat taman perumahan aku, memang dalam pagar je lah kawasan dia. Ke taman depan rumah pun, setiap 15 minit aku intai, ada ke tidak. Adakah aku ibu yang 'over protective?' ye, aku ngaku.. nasiblah anak2 aku dapat aku jadi umi diorang.

Dan sedikit kisah malam tadi

'bodoh, babi, tolol, bahlol, setan, sial, pukimak, pegi mampus'. Dan segala macam perkataan yang sewaktu dengannya. Itu 1:10 je yang aku tulis, tak sanggup nak tulis semua. Itu adalah antara perkataan yang aku dengar dari bilik aku malam tadi. Perkataan itu dari mulut sekumpulan budak2 lelaki belasan tahun, rasanya pmr pun belum lagi. Tepi rumah aku tu laluan pejalan kaki, suka benar remaja2 berlonggok tepi longkang tu.

mungkin aku tak moden. Takpe, katalah apa pun. Sebab aku sangat tak berkenan dengan ayat2 macam tu walaupun sekadar bergurau. Sejak dah tak berapa nak muda ni je, kekadang aku guna perkataan tu saat amarah menguasai diri. Cthnya 'bodoh' @ 'gila' tapi lepas cakap menyesal, huhu selalunya masa drive, org suka suki kuar masuk simpang tak bagi signal dan contoh macam semalam (urusan tak selesai kerana satu nombor yang silap taip dalam surat) .

Anak2 aku kecit lagi. Yang sulung tu upsr pun belom. Tipu kalau aku kata tak risau. Aku risau dan selalu fikir macam mana perangai anak2 di belakang mata aku.

baikkah mereka?
sopankah mereka?
depan mata bolehla aku jeling jegil kalau buat silap tapi di belakang mata?

Semoga Allah pelihara anak2 kita dari perkara yang tidak baik dan dari perlakuan yang tidak elok

mood celaru sikit pagi ni keje banyak, semua urgent tapi sempat lagi apdet blog, haha


16 comments:

  1. insha Allah..moga anak2 kita semuanya terpelihara dari berkelakuan yg tidak baik macam tu, risaukan sebenarnya dgn keadaan sekarang nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAMA ARYAN..
      sbg ibubapa sehabis baik kita cuba didik anak2 kita
      kdg2 anak tanya 'knape kawan boleh,dia tak boleh?'
      susah nak jawab..tp slow2 kna terangkan kat dia

      Delete
  2. aku kena dah aritu. bagai nak roboh gate kena gegar. pastu agak dah lama sikit xde respon agaknya diorang panjat pulak. aku tunggu je, kalu dia masuk gak gegar grill umah mmg aku call polis la jawabnya...melampau!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TIJAH..
      itu aku dgr dr jiran jugak.sbb dia x balik raya
      katanya budak2 gegar pagar dia mcm nak roboh
      aku ikhlas cakap, tak berani nak tegur budak2 skrg
      silap tegur.dia jeling kita balik
      jeling ok lagi..silap hari bulan menjawab
      mendidih darah

      Delete
  3. btul..kdang risau juga..persekitaran luar juga anak2 bole terpengaruh...mudah mudahan anak2 kita sentiasa menjaga tingkah laku...apa yg penting..doa je la yg terbaik utk mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ASYIFA..
      ye..betul
      banyak masanya di skolah bersama kawan2
      dapat kawan yg mendorong ke arah + alhamdulillah
      sbb tu kena kenal siapa kawan anak kita

      Delete
  4. tu semua nak duit raya la tu...konsep pemberian duit raya dah berubah sekarang..
    budak sekarang ni bahasa kemain hot...
    kalau kita okay dgn anak2 kita, they will be okay...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK NET..
      sampul hijau tu dh macam wajib, org hulur anak kita mesti kita pun kena hulur jugak.itu xpelah lagi.tp yg dtg terjah tetiba entah dr mana datang tu,sy fikirkan keselamatan diorang.tengah panas terik ketuk pagar rumah org nak beraya.mak ayah tahu ke?nak kata x tahu takkan pulak.keluar rumah mesti le mak ayah tahu kan?

      Delete
  5. Kalau kat rumah my parents or rumah mertua, akan ditanya awal2 budak2 yg dtg ni..nak duit raya ke nak makan kuih? Mmg la mereka akan jawab nak duit raya...hahaha..So bagi duit raya, salam..mereka terus beredar..Jadi kita pun tak payah la nak hiding air bagai..:)

    Ps: Rumah mertua saya tu di Kg Batang Benar. Tahu ke? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ..
      kalau tanya komfem la dia jawab 'nak duit raya' tp itu dah nama mintak sedekah cara moden.dtgnya setahun sekali, cuma hari raya je
      budak2 ni berani dtg beraya sbb dia ada target apa barang dia nak beli dgn duit raya tu.sbb tu main redah je selagi target belum tercapai
      tahun lepas smpi mggu ke 3 syawal masih ada yg ketuk pagar nak beraya.huhu

      kg batang benar?oh,sy lalu situ kalau nak balik cheras naik komuter,situ banyak kampung

      Delete
    2. daddy ziyyad,
      mak saya pun sama. terus je tanya.. nak kuih ke nak duit raya.. mostly memang jawab nak duit raya la.. hahaha..

      irfa,
      bebudak skang pun da ada target nak dapat duit raya banyak mana tau..

      Delete
    3. RAI..
      anak aku si abam tu dah akap awal2, duit raya abam nak beli jam ICE dan kasut bola.hehe,sib baik cukup..tak cukup konfem aku la kena topup ;)
      tapi kutipan pun org terdekat je,tak de nak ketuk pintu rumah orang
      umie dia kan garang..hahaha

      Delete
  6. Kat Putrajaya takde pagar..so sabarrr jer laaa...minggu lepas belum bermula, mungkin minggu ini akan bermula macam tahun lepas..tiba2 jer ramai bebudak rajin bebenor datang beraya. Anak dara dua orang pun terikut sama dengan kumpulan kawan2 dia..bila mokcik dapat tahu. apa lagi, terus kena kuarantin la jawabnya..i mean tak elok la kacau orang semata2 nak dapatkan duit raya masa weekdays. kalau weekend tu boleh dimaafkan lagi, tapi kena tengok juga masa pukul berapa.

    Masalahnya, ada juga tamu dewasa yang bawa kaum keluarganya datang beraya bertandang ke rumah orang jam 9 malam ke atas, unless betul2 perlu dan rapat.. which i think is not that proper la..mungkin anak2 ini meniru tingkah laku orang dewas ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK AZWA..
      yg tak berpagar konfem la buka pintu dah terpacak
      hehe.

      sy pun antara yg tak setuju konsep beraya selama sebulan
      sminggu pun dah cukupla rasanya..puasa tu takpe sebulan
      sy prefer call dulu tuan rumah sebelum dtg beraya
      rasanya tuan rumah boleh bersedia apa yg patut,tidakla nanti menjatuhkan airmuka tuan rumah kalau dia belum sedia terima tetamu
      mmglah tetamu dtg bukan nak makan,tp malu la tuan rumah hidang air kosong
      paling bodoh pun nak jugak sediakan mee goreng ;)

      Delete
  7. Kat umah akak ni... tak ada budak beraya pun... hehehe... baguih dok ado !

    ReplyDelete
  8. Kak Irfa,

    Saya teringat masa raya bebaru ni kat kampung (Sabah) ada kumpulan budak ni datang beraya kat rumah (kecik lagi, umur dalam 6-9 tahun) naik rumah je kat muka pintu terus cakap 'tak payah la kami minum air, kami nak duit raya je'. kitorang dalam rumah saling berpandangan, lepas tu pecah ketawa. tak pernah2 lagi sebelum ni ada budak yang berani terus terang macam tu.adei... mungkin dalam kepala diorang dah set Hari Raya = dapat duit raya :)

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)