Thursday, August 1, 2013

Ramadhan 23: Kuih Raya Yang Tak Sempat Beraya

Huhu, sakit perut la pulak tapi takleh salahkan perut sebab diri sendiri yang terlupa nak makan ubat Gastrik masa sahur tadi. Harap2 tak mudarat. Keje banyak nih.

Ni nak citer pasal kuih raya aku yang tak berkesempatan nak sambut raya, kecian sama dia. Tak banyak pun kuih aku beli, popia serunding dan kuih sarang semut je, support kengkawan berniaga kekdahnya.

popia serunding ( inti serunding ikan)
krup krap krup krap tak sedar abis sebungkus


kuih sarang semut yang cair dalam mulut
tapi cer tengok apa jadi dengan sebalang kuih sarang semut aku?

tara


makanlah abam, nanti raya kita makan kerepek je
takpun kita beraya umah jenjiran
boleh gak makan kuih raya kan

nak tunggu umie buat kuih raya, entah bila
padahal nak buat popia nestum je pun  

(^_^)


13 comments:

Nieda ramly said...

upah posa tu !

Asyifa Mustaffa said...

Adoi...sian kuih...x sempat beraya....hehe...

MOKCIK AZWA said...

Irfa Selamat Hari Raya Aidil fitri Maaf Zahir dan Batin

ourkizunarai said...

aku pun bercita cita tinggi nak buat kuih sarang semut tu..tah la jadi apa..haha

Kakzakie said...

Betullah Irfa biarlah anak kita puas makan. Baru semalam pagi motivasi pagi ustaz kata konon nak jadi isteri baik tapi bila bakar kuih masa berbuka yg hangus dan tak cantik bagi suami & anak-anak rasa tapi yg elok-elok simpan kena tunggu raya...

ainnoraini said...

kakain kalu beli atau buat kiuh mmg untuk dimakan..bila dah puas mkn tak mahu lagi diarang tengok kuih tuu...

Irfa said...

KAK AIN..
betul tu, sblum raya kuih raya semua nampak sedap
hari raya tgk pun x lalu
lagipun selalunya satu rumah ada menu khas
kuih cuma sampingan ;)

Irfa said...

KAK ZAKIE..
hahaha.igt masa dulu buat kuih, yang hangus makan sendiri dan bagi adik2 makan
yang elok masuk dlm balang kuih raya.
yelah, takkan nak nak hidang kat tetamu kuih hangus kan?
hihi

Irfa said...

RAI..
org kata leceh buat kuih ni, aku tggu kuih ko jelah ye ;)

Irfa said...

KAK AZWA..
wah!cepatnya ucap selamat hari raya
dah nak start cuti ke kak?
selamat menyambut syawal ye kak

Irfa said...

ASYIFA..
itu tandanya kuih tu sedap, sebab tu x sempat tggu raya ;)

Irfa said...

SIS NIEDA..
hehe, tak kisah pun
upah org posa, harap penuh smpi raya

izawani said...

Anak akak si abang tu tak posa ari ni sebab akak geram sangat petang semalam dia buat perangai menangis merengek menghempuk barang sebab kelaparan ! Malam tadi tak kejut dia sahur...

Pagi tadi dia macam tak puas hati la agaknya... aduiii la...