Wednesday, August 14, 2013

Raya Kami : Episod 1

Meh kita berceritera hari raya mood nak menaip agak lemau, tapi kena tulis jugak untuk kenang-kenangan. Tapi kita skip la citer balik raya sebab adikku CV dah apdet dulu, aku kan menumpang dia untuk balik beraya. Aku dan anak2 menunggu CV pickup kami kat Cheras (umah mil) so waktu yang tepat kami bertolak ialah jam 5.00 petang, traffic agak slow tapi bukanlah 'jem melekat'. Alhamdulillah, selamat sampai ke kampung terchenta jam 12.30 malam (7jam30minit campur tolak dengan singgah buang air, singgah berbuka dll).

Besoknya, Sehari Sebelum Raya .. aku, CV dan adik lelaki ke bandar terdekat. Sopim sikit (beli tudung anak je pun, murah giler tudung kat sana, rasa nak borong satu kedai). Rupanya adik lelaki ada niat lain masa ajak kami ikut dia ke bandar. Rupanya nak wat seprise beli sofa raya untuk mak ayah. So kakak2nya cuma jadi tukang pilih, masa bayar kami buat2 sibuk seolah2 kami tiada di tempat kejadian. Pandai tak kami? hehe

Malam Raya, kekonon nak tunjuk rajin .. aku pun membakar 2 biji kek kampung (kek kampung versi mak aku ialah konsep nisbah 3:2:1:1(3 biji telur, 2 cawan tepung naik sendiri, 1 cawan majerin dan 1 cawan gula).

Dannnnn.. satu kejadian berlaku masa mem'baking' kek yang ke 2 (jangan marah aku ye, huhu) rasanya aku dah cukup hati2 tapi malang takde bau, si kenit terkena penutup periuk bakar kek, huhu.

nak tengok gambar? tak yahla ye. Nak jugak? okeylah, jangan nyesal

tido dengan air mata
sebelum tido sempat dia pesan kat aku
'aja sakit kena peniup (periuk)
umie jangan buat kek lagi tau'

ngeri rasa tengok balik gambar ni
dia duk ulang tanya
'nanti dia tertutup tak?'
ye sayang, nanti umie cari krim hilang parut terbaik utk adik ye

ini gambar sejurus selepas kejadian, nak nanges rasa masa tengok tangan dia melecur. Masa we chat gambar kat en abe, susah payah aku susun ayat minta maaf sebab buat tangan anak dara kenitnya melecur. Akan ku pastikan takde parut di tangan anak dara kenit umie ni, nanti jatuh saham masa nak kawen. hihi

Kengkawan, ada petua hilang parut melecur tak?


22 comments:

  1. umi ni betul la..ajaa bukan budak lasak pun..baik je dia..macam boleh kena tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK ERNA..
      buleh tahan lasaknya yang ni.depan orang kemain lagi kontrol ayu
      org semua sibuk tgk tv, entah bila masa dia tetiba muncul kat dapo
      mmg dapat la cop mohor hari raya ;)

      Delete
    2. kak erna,
      lasak jugak ni kak, sama banyak dengan mulut..tapi kelakar la bila dia ada.."makcek ade tab ke?? takdeh..huhu

      Delete
    3. selain dr ayat 'makcek ada tab ker' ada lagi satu ayat terbaru
      kendian la citer, hik hik hik

      Delete
  2. masa kena lecur tu.. kena terus letak susu pekat.. insyaallah takkan ada kesat parut pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. SHIDA..
      tak sempat pikir segala petua dah bila berlaku
      yg sy igt ialah cepat2 siram dengan ais nak kasi stop proses melecur tu je

      Delete
  3. ala kesiannyer dia.. mesti sayujer hati masa dengarnyerkan... ala en hubby jangan marahlerkan tak sengajakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CHO ZILA..
      en abe tak salahkan saya pun, cuma dia kesian kat anak kecit dia tu je
      benda dah nak berlaku, sekarang melecur tu dah kering
      cuma belum betul2 baik le
      harap x berparut kekal

      Delete
  4. ciannye dia, nasib x teruk sgt, budak2 mmg rajin menolong kt dapur kn? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear ANNE..
      mmg pun, sekaki je dia mengekor bila kita ke dapur
      dlm hati2 pun kena jugak,huhu

      Delete
  5. irfa try sapu lendir alovera atau t-tree oil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS ARISHA..
      ramai kata lendir alovera tu bagus
      dulu sy penah tanam, tp sekarang dah takde
      nanti kena tanya jiran kot ada pokok tu
      kalau tak kena beli kat farmasi jelah

      Delete
  6. InsyaAllah parut tak kan berbekas... sebab kulit dia muda lagi. Tapi kalau tak puas ati gak, cubalah sapukan bio oil tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS SWEETIE..
      harap2 takdela parut kekal
      sian dia. anak pompuan lak tu

      Delete
  7. petua org tua2, ambil batang kemunting (yg masih hidup tau, bkn yg dah mati) bakar sampai keluar buih2 dari batang kemunting tu, ambil buih2 tu dan sapu pada parut baru. tp nak buat ni kena pastikan luka melecur tu pulih sepenuhnya dulu.

    saya dulu masa kecik kena ekzos motor, setampang kat betis. gigih ayah letak buih batang kemuning hari2, dah besor ni Alhamdulillah hilang dah parut tu :)

    btw, selamat hari raya irfa!

    ReplyDelete
  8. alaaa siannya... huhuhu.. anak saya dulu penah jatuh tangga umah kampung (sepupu dia tolak) akhirnya beraya dengan mata lebam dan dahi benjol... hahahah :P

    ReplyDelete
  9. Alahai siannya dia.. Tak sengaja kan, nak buat camna.. Cuba dapatkan daun durian, ramas ramas daun tu dengan air sampai keluar buih sikit.. Amik yang berbuih tu sapu kat tempat kena melecur tu.. Untuk melecur kena besi panas sebenarnya saya tak pernah try, tp kalau guna petua ni untuk melecur kena air panas,mmg berkesan..dua kes penah berlaku, kena air panas dan tercurah magee baru masak..mmg tak tnggal kesan pun..

    Cubalah ye..kot jadi..

    ReplyDelete
  10. kesian si adik....huhu.

    petua org lama: rendam lemak ayam dgn minyak masak . Sapu bila perlu.
    Maknanya sentiasa kena ada minyak ini.
    Boleh guna bila kena minyak panas dan sebagainya.

    ReplyDelete
  11. irfa, kek kampung nisbah 3:2:1:1 ni old school dan nostalgia sgt..tp sedapp..sukaa nyer saya..

    ReplyDelete
  12. Kulit budak masih muda dan biasannya cepat sembuh. Berbanding kulit orang tua, kulit budak jarang berparut jika hanya melecur senipis itu. Jangan risau. Kulit tu akan berganti baru cuma bebudak memang akan rasa pedih.

    Kalu ada krim gamat (yang jernih) tu elok gak sapu...

    ReplyDelete
  13. Sianya Ajaaa...tak per lepas letak ubat tu baik lah

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)