Skip to main content

Raya Kami : Episod 1

Meh kita berceritera hari raya mood nak menaip agak lemau, tapi kena tulis jugak untuk kenang-kenangan. Tapi kita skip la citer balik raya sebab adikku CV dah apdet dulu, aku kan menumpang dia untuk balik beraya. Aku dan anak2 menunggu CV pickup kami kat Cheras (umah mil) so waktu yang tepat kami bertolak ialah jam 5.00 petang, traffic agak slow tapi bukanlah 'jem melekat'. Alhamdulillah, selamat sampai ke kampung terchenta jam 12.30 malam (7jam30minit campur tolak dengan singgah buang air, singgah berbuka dll).

Besoknya, Sehari Sebelum Raya .. aku, CV dan adik lelaki ke bandar terdekat. Sopim sikit (beli tudung anak je pun, murah giler tudung kat sana, rasa nak borong satu kedai). Rupanya adik lelaki ada niat lain masa ajak kami ikut dia ke bandar. Rupanya nak wat seprise beli sofa raya untuk mak ayah. So kakak2nya cuma jadi tukang pilih, masa bayar kami buat2 sibuk seolah2 kami tiada di tempat kejadian. Pandai tak kami? hehe

Malam Raya, kekonon nak tunjuk rajin .. aku pun membakar 2 biji kek kampung (kek kampung versi mak aku ialah konsep nisbah 3:2:1:1(3 biji telur, 2 cawan tepung naik sendiri, 1 cawan majerin dan 1 cawan gula).

Dannnnn.. satu kejadian berlaku masa mem'baking' kek yang ke 2 (jangan marah aku ye, huhu) rasanya aku dah cukup hati2 tapi malang takde bau, si kenit terkena penutup periuk bakar kek, huhu.

nak tengok gambar? tak yahla ye. Nak jugak? okeylah, jangan nyesal

tido dengan air mata
sebelum tido sempat dia pesan kat aku
'aja sakit kena peniup (periuk)
umie jangan buat kek lagi tau'

ngeri rasa tengok balik gambar ni
dia duk ulang tanya
'nanti dia tertutup tak?'
ye sayang, nanti umie cari krim hilang parut terbaik utk adik ye

ini gambar sejurus selepas kejadian, nak nanges rasa masa tengok tangan dia melecur. Masa we chat gambar kat en abe, susah payah aku susun ayat minta maaf sebab buat tangan anak dara kenitnya melecur. Akan ku pastikan takde parut di tangan anak dara kenit umie ni, nanti jatuh saham masa nak kawen. hihi

Kengkawan, ada petua hilang parut melecur tak?


Comments

Acik Erna said…
umi ni betul la..ajaa bukan budak lasak pun..baik je dia..macam boleh kena tu..
shida said…
masa kena lecur tu.. kena terus letak susu pekat.. insyaallah takkan ada kesat parut pun
Cho Zila said…
ala kesiannyer dia.. mesti sayujer hati masa dengarnyerkan... ala en hubby jangan marahlerkan tak sengajakan...
Unknown said…
ciannye dia, nasib x teruk sgt, budak2 mmg rajin menolong kt dapur kn? hihi
Irfa said…
KAK ERNA..
buleh tahan lasaknya yang ni.depan orang kemain lagi kontrol ayu
org semua sibuk tgk tv, entah bila masa dia tetiba muncul kat dapo
mmg dapat la cop mohor hari raya ;)
Irfa said…
SHIDA..
tak sempat pikir segala petua dah bila berlaku
yg sy igt ialah cepat2 siram dengan ais nak kasi stop proses melecur tu je
Irfa said…
CHO ZILA..
en abe tak salahkan saya pun, cuma dia kesian kat anak kecit dia tu je
benda dah nak berlaku, sekarang melecur tu dah kering
cuma belum betul2 baik le
harap x berparut kekal
Irfa said…
Dear ANNE..
mmg pun, sekaki je dia mengekor bila kita ke dapur
dlm hati2 pun kena jugak,huhu
:: CIKVIVA :: said…
kak erna,
lasak jugak ni kak, sama banyak dengan mulut..tapi kelakar la bila dia ada.."makcek ade tab ke?? takdeh..huhu
Irfa said…
selain dr ayat 'makcek ada tab ker' ada lagi satu ayat terbaru
kendian la citer, hik hik hik
Aisyah said…
irfa try sapu lendir alovera atau t-tree oil...
sweetie said…
InsyaAllah parut tak kan berbekas... sebab kulit dia muda lagi. Tapi kalau tak puas ati gak, cubalah sapukan bio oil tu.
PM said…
petua org tua2, ambil batang kemunting (yg masih hidup tau, bkn yg dah mati) bakar sampai keluar buih2 dari batang kemunting tu, ambil buih2 tu dan sapu pada parut baru. tp nak buat ni kena pastikan luka melecur tu pulih sepenuhnya dulu.

saya dulu masa kecik kena ekzos motor, setampang kat betis. gigih ayah letak buih batang kemuning hari2, dah besor ni Alhamdulillah hilang dah parut tu :)

btw, selamat hari raya irfa!
sitiezahim said…
alaaa siannya... huhuhu.. anak saya dulu penah jatuh tangga umah kampung (sepupu dia tolak) akhirnya beraya dengan mata lebam dan dahi benjol... hahahah :P
Aisy Nasiha said…
Alahai siannya dia.. Tak sengaja kan, nak buat camna.. Cuba dapatkan daun durian, ramas ramas daun tu dengan air sampai keluar buih sikit.. Amik yang berbuih tu sapu kat tempat kena melecur tu.. Untuk melecur kena besi panas sebenarnya saya tak pernah try, tp kalau guna petua ni untuk melecur kena air panas,mmg berkesan..dua kes penah berlaku, kena air panas dan tercurah magee baru masak..mmg tak tnggal kesan pun..

Cubalah ye..kot jadi..
Nieda Ramly said…
kesian si adik....huhu.

petua org lama: rendam lemak ayam dgn minyak masak . Sapu bila perlu.
Maknanya sentiasa kena ada minyak ini.
Boleh guna bila kena minyak panas dan sebagainya.
Aisyah said…
irfa, kek kampung nisbah 3:2:1:1 ni old school dan nostalgia sgt..tp sedapp..sukaa nyer saya..
azieazah said…
Kulit budak masih muda dan biasannya cepat sembuh. Berbanding kulit orang tua, kulit budak jarang berparut jika hanya melecur senipis itu. Jangan risau. Kulit tu akan berganti baru cuma bebudak memang akan rasa pedih.

Kalu ada krim gamat (yang jernih) tu elok gak sapu...
Jari Manis said…
Sianya Ajaaa...tak per lepas letak ubat tu baik lah
Irfa said…
SIS ARISHA..
ramai kata lendir alovera tu bagus
dulu sy penah tanam, tp sekarang dah takde
nanti kena tanya jiran kot ada pokok tu
kalau tak kena beli kat farmasi jelah
Irfa said…
SIS SWEETIE..
harap2 takdela parut kekal
sian dia. anak pompuan lak tu

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t