Thursday, August 15, 2013

Raya Kami : Episod Last, Kakak Buat IC dan Last Day di Kampung

Raya ke 5 (Isnin)

Okey, kisah raya sudah sampai ke penghujung. Memandangkan besday kakak jatuh pada hari raya dan memang sepatutnya dah layak buat IC (kad pengenalan) bila genap umur 12 tahun, aku dah terfikir nak terus buat ic alang2 aku dah ada kat kampung. Kalau nak tunggu kakak balik rumah kami (bulan November baru kakak balik sini) sudah tentu kena bayar denda lewat, walaupun denda cuma rm11 tapi aku taknak la nanti kot jadi apa2 hal masa dia nak exam upsr nanti. Exam Upsr kena tunjuk IC ke? dah lupa la

Ingatkan nak buat IC hari Ahad tu, rupanya JPN masih tutup sebab cuti peristiwa (raya kan jatuh pada hari Khamis dan Jumaat-Kelantan memang cuti hari Jumaat). Sebenarnya aku taknak susahkan mak ayah aku untuk urusan buat IC tu, so aku buat jelah sendiri sementara ada kat kampung

dah 12 tahun anak dara i
omie rasa dah tua je, hihi

takde orang, kamilah orang pertama
senang hati ku
jam 8.30 dah setel urusan
Balik dari JPN singgah beli lauk kat pasar tani, ayah beli lidah lembu untuk buat sup lidah. Semestinya sup yang ayah buat adalah terbaik di tekak anak2nya. Lepas lunch rehat2 kan badan sambil berkemas nak balik.

Tepat jam 3.00 petang kami bertolak balik, sebelum tu ziarah nenek dulu. Walaupun perjalanan agak slow, aku ingatkan Isnin dah tak jem, rupanya ramai orang yang berfikiran sama macam kami jugak. Tak jem tak delah namanya perjalanan balik kampung. Ye tak? Gedebuk gedebak, selamat sampai umah mil jam 11.30 malam dan sejam lepas tu en abe bersama mama dan ayahnya sampai dari Perak. Alhamdulillah, semuanya selamat sampai.

Sekian kisah raya kami 

xoxo


24 comments:

  1. Mr Sepet pun dah buat KP pada hari raya ke 5. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakcik..
      lega lepas siap buat ic tu
      kalau tidak duk fikir macam mana nak gi buat ic
      dia kat kampung, kami kat sini
      taknak la susahkan mak ayah..alhamdulillah, Allah rancang elok je
      besday dia masa kami tgh cuti raya ;)

      Delete
  2. OMG....like kakak dan adik lah..untung lah..muda lagi anak dah beso

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM..
      adik dan kakak?
      alahai perasan nanti,tembus bumbung nanti
      beza kami 22 tahun
      sama macam saya dan mak saya

      Delete
  3. irfa...

    selamat hari raya, maaf zahir dan batin

    akak pun belum lagi buat ic kat eica, ingat weekend ni nak pergi buat :) dah besar anak anak kita kan, semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat, semoga Allah permudahkan anak anak kita untuk menjawab dalam peperiksaan UPSR nanti, amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK UMMI..
      slmt syawal ;)
      sama2lah kita berdebar masa diorang exam nanti ye
      semoga mereka berjaya

      Delete
  4. Alhamdulillah sebab Allah mempermudahkan semua keje kita masa kat kg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CV..
      syukur takde kejadian yg x di ingini
      semuanya ok je

      Delete
  5. Orang Nismilan nampaknya kakak ni...heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ACIK..
      kakak dan adik mmg lahir kat Nismilan ;)
      abam ke lahir kat kelantan

      Delete
  6. Selamat Hari raya maaf zahir dan batin Irfa,
    comey mak ngan anak...muda nmpak..!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ASYIFA..
      slmt hari raya ;)
      muda tak muda lah sangat
      tapi dah menuju hari tua..hehe

      Delete
  7. kak pB kelik kl haghi isnin jugok.
    Tapi tolok dari Salor pukul 430 pagiiiiiiiiiii.
    Kul 11 pagi dah sampai umahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAKPB..
      uik..awal bertolak tu
      oghe tengah mimpi lagi masa tu.hihi

      Delete
  8. Replies
    1. SIS SWEETIE..
      ha'ah.
      pejam celik pejam celik dah anak dara pun

      Delete
  9. anak kak zar pun belum buat IC. lpas upsr kot..

    kejap je depa 12 tahun kan.. kak zar lagilah tuanya sbb dapat anak pun dah kertu.. hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK ZAR..
      belum besday ke?
      lewat sikit takpe,denda bayar je ;)
      kak zar menten mak dara vogue

      Delete
  10. selamat hariraya mak irfa tuuu..,eHHee

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAK GELAS..
      selamat hari raya jugak utk wak
      salam di terima ;)

      Delete
  11. dah 12 tahun ... memang terasa kita semakin tidak mudakan.. takperler yang penting muka nampak mudatu...
    selamat hari jadi untuk kakak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. CHO ZILA..
      ye dah 12 tahun
      kalau jodohnya sampai macam saya dulu,lg 10 tahun saya dapat menantu
      walawei...

      Delete
  12. hi Irfa, amboi muka mak mcm muka anak.hidung mancung sama. eleh tua sngat la dia tu, kalau u tua saya ni apa? he he.slamat mnjaga anak dara..susah tau.kita kena jadi kawan dia baru semua rhsia dia kita tau.and dia tkkan smpai hati buat bnda kita tk suka.just be sporting and get closer to her.you wont regret it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS INDA..
      tq utk nasihat itu, saya takkan lupa dan cuba praktikkan
      pepatah ada kata 'jaga lembu sekandang tak sesusah jaga anak dara sorang'
      hehe.
      tp harapnya anak dara saya berdua tu jadi anak yg baik

      Delete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)