Friday, August 16, 2013

Sorry En Kacang

malam tadi tido sambil mimpi makan nasi lemak
bulan posa sebulan tak jumpa nasi lemak

pagi ni cari sampai jumpa
banyak gerai masih tutup
yang ada cuma di foodcourt tu je
order nasi lemak letak sambal telur
rm5.85 sen
# gigil tangan masa membayar
salah sendiri nape x tanya sebelum beli, huhu

nasib baik sedap jugak
tapi


lupa nak pesan 
'pakcik, saya taknak kacang ye
boleh diskaun tak?'

selalunya kalau aku perasan masa ceduk nasi lemak
aku akan pesan awal2 
'saya taknak kacang ye'

entahlah
tak suka betul aku ngan kacang tanah dalam nasi lemak

korang pulak
kalau dalam nasi lemak
apa yang korang tak suka?
timun?
sambal?




27 comments:

  1. salam kkk,

    haaa samala Ai pun tak suka kacang dlm nasi lemak. ntah tatau nape. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAM AiTotYati..
      mgkin sy tak suka kacang sebab dia suka lekat celah gigi ;)

      Delete
  2. selalu beli nasi lemak... memang akan order nasi lemak tak nak kacang. samalah tak suka kehadirang kacang dalam nasi lemak

    ReplyDelete
    Replies
    1. YATIE..
      samalah kita, ada orang siap mintak extra kacang lagi

      Delete
  3. Kalau gitu, ada rezeki kita makan nasi lemak sesama...bak meh kacang tu bagi saya..hehehehhehe...saya hantu kacang....timun takde, takper..tapi kacang dan ikan bilis garing mmg saya cedok banyak2...hehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. KLM..
      bila kita nak dating nih?
      ikan bilis goreng saya suka, nak pulak ikan bilis rangup jenis yg halus2 tu
      emm

      Delete
  4. Aper..nasi lemak sampal telur je RM5.85 sen?...mak aihh..mahal tu..mana datang 5 sen tu eh..

    Kalau JM semua suka kecuali kacang jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM..
      itulah yg pelik.mana dtg 85sen tu?
      servis tax kot.kat epot ni semuanya mahal.huhu

      okey,tak suka kacang.give me 5 ;)

      Delete
  5. Saya tak suka sambal ikan bilis yang pedas sgt.

    Tak syok kalau makan nasi lemak yg pedas sgt.. Lagi tak syok kalau yg jual tu kedekut ikan bilis.. Penah beli sambal je byk, ikn bilis dua ekor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AISY NASIHA..
      saya suka sambal pedas dan paling tak suka sambal yg manis
      wpun org suka kata 'orang kelantan suka manis2' tp sy x suka.huhu
      kat kg saya sambal bilis tu mmg dimasak sekali sambal dan ikan bilis
      tp kat sini susah nak jumpa
      yg ada mesti sambal asing dan dan ikan bilis goreng
      dulu2 rasa pelik.skrg dah biasa
      kalau rasa nak makan mcm di kg
      kenalah masak sndiri

      Delete
  6. Esok pagi kakcik nak cari nasi lemak juga! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAKCIK..
      cari jgn tak cari
      minggu ni ramao peniaga tutup lagi
      mgkin minggu depan dah ramai yg berniaga kot ;)

      Delete
  7. aku cuma tak makan polistrin ngan sudu je.. lain semua okay..hahaha..

    shujin tak makan kacang.. dia bagi kat aku atau anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAI..
      lawak la ko ni
      kalau polisterin dan sudu pun ko makan
      mmg spesis Badang le jawabnya
      sib baik ada yg jd tukang makan :)

      Delete
  8. so far semuanya saya suka, cuma benci nak makan kalau ada ikan bilis keras kedekang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ANN..
      itu pun x berapa suka jugak
      ikan bilis dahlah size besar pastu keras macam plastik
      boleh patah gigi

      Delete
  9. Saya suka letak kacang. Makin tambah berlemak bila makan. cuma terselit2 la lepas makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JUJU..
      part lekat celah gigi tu kot yg tak suka
      hihi

      Delete
  10. Kacang kalau byk sangat x sedap jugakkan...kakain mkn kacang tu dgn nasi lemak...
    Selamat hari raya..,

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK AIN..
      yg tadi tu terlebih kacang la pulak.

      Delete
  11. Saya pulak kalau kacang tu rangup dan sedap saya akan makan, kalau tak rangup saya letak tepi jer la hehehe..

    pantang saya pulak kalau sambal terover pedas, dah tu cili tak kisar halus sehingga kulit cili terasa dan tersangkut kat mulut kita.. dan terlebih minyak haiyooo...

    suka bilis halus dan rangup..yummyy


    oopss..apasal nasi lemak sampai RM5.85 tu?? ada ayam goreng? rendang kerang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK AZWA..
      susah nak jumpa sambal nasi lemak yg sedap
      kalau dah jumpa ygs edap konfem duk ulang gerai tu jelah
      yg cili tak kisar halus pun x suka jugak
      nak pulak biji cili berterabur, buleh kena apendik

      nasi lemak tu cuma ada nasi, sambal, timun 2 hiris, 1/2 telur rebus
      dan saya tambah sebiji lagi sambal telur rebus
      sy dah buang resit,huhu
      kalau tak boleh jugak check balik apa yg jadi mahal sgt tu

      kedai kat klia
      level 2 food garden

      Delete
  12. Mak ai Irfa takat sambal telur je harganya RM5.85. Bukan lagi gigil tangan nak menghulurkan duit.. pengsan pun boleh!

    Saya tak suka kacang dan ikan bilis goreng. Kalau makan nasi lemak cukuplah dengan sambal dan timun... tapi kalau dengan ayam goreng best jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS SWEETIE..
      resit dah buang,kalau tak boleh telek belek apa yang jd mahal camtu
      sy pun pelik nape mahal sgt,tp bayar je lah
      emm kalau ayam goreng berempah pun sodap makan dgn nasi lemak

      Delete
  13. tak suka kacang dalam nasik lemak..mcam tak kena je

    ReplyDelete
  14. sy suka kacang, lagi pun mmg digalakkn mkn byk protein :)

    ReplyDelete
  15. Saya pun sama tak suka kacang dalam nasi lemak :)

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)