Skip to main content

Sorry En Kacang

malam tadi tido sambil mimpi makan nasi lemak
bulan posa sebulan tak jumpa nasi lemak

pagi ni cari sampai jumpa
banyak gerai masih tutup
yang ada cuma di foodcourt tu je
order nasi lemak letak sambal telur
rm5.85 sen
# gigil tangan masa membayar
salah sendiri nape x tanya sebelum beli, huhu

nasib baik sedap jugak
tapi


lupa nak pesan 
'pakcik, saya taknak kacang ye
boleh diskaun tak?'

selalunya kalau aku perasan masa ceduk nasi lemak
aku akan pesan awal2 
'saya taknak kacang ye'

entahlah
tak suka betul aku ngan kacang tanah dalam nasi lemak

korang pulak
kalau dalam nasi lemak
apa yang korang tak suka?
timun?
sambal?




Comments

aitotyati said…
salam kkk,

haaa samala Ai pun tak suka kacang dlm nasi lemak. ntah tatau nape. heeee
Yatie said…
selalu beli nasi lemak... memang akan order nasi lemak tak nak kacang. samalah tak suka kehadirang kacang dalam nasi lemak
KLMari said…
Kalau gitu, ada rezeki kita makan nasi lemak sesama...bak meh kacang tu bagi saya..hehehehhehe...saya hantu kacang....timun takde, takper..tapi kacang dan ikan bilis garing mmg saya cedok banyak2...hehehhehe
Jari Manis said…
Aper..nasi lemak sampal telur je RM5.85 sen?...mak aihh..mahal tu..mana datang 5 sen tu eh..

Kalau JM semua suka kecuali kacang jugak
Aisy Nasiha said…
Saya tak suka sambal ikan bilis yang pedas sgt.

Tak syok kalau makan nasi lemak yg pedas sgt.. Lagi tak syok kalau yg jual tu kedekut ikan bilis.. Penah beli sambal je byk, ikn bilis dua ekor...
Kakcik Seroja said…
Esok pagi kakcik nak cari nasi lemak juga! :)
Irfa said…
SALAM AiTotYati..
mgkin sy tak suka kacang sebab dia suka lekat celah gigi ;)
Irfa said…
YATIE..
samalah kita, ada orang siap mintak extra kacang lagi
Irfa said…
KLM..
bila kita nak dating nih?
ikan bilis goreng saya suka, nak pulak ikan bilis rangup jenis yg halus2 tu
emm
Irfa said…
JM..
itulah yg pelik.mana dtg 85sen tu?
servis tax kot.kat epot ni semuanya mahal.huhu

okey,tak suka kacang.give me 5 ;)
Irfa said…
AISY NASIHA..
saya suka sambal pedas dan paling tak suka sambal yg manis
wpun org suka kata 'orang kelantan suka manis2' tp sy x suka.huhu
kat kg saya sambal bilis tu mmg dimasak sekali sambal dan ikan bilis
tp kat sini susah nak jumpa
yg ada mesti sambal asing dan dan ikan bilis goreng
dulu2 rasa pelik.skrg dah biasa
kalau rasa nak makan mcm di kg
kenalah masak sndiri
Irfa said…
KAKCIK..
cari jgn tak cari
minggu ni ramao peniaga tutup lagi
mgkin minggu depan dah ramai yg berniaga kot ;)
Unknown said…
aku cuma tak makan polistrin ngan sudu je.. lain semua okay..hahaha..

shujin tak makan kacang.. dia bagi kat aku atau anak2..
Ann Ishak said…
so far semuanya saya suka, cuma benci nak makan kalau ada ikan bilis keras kedekang :)
Irfa said…
RAI..
lawak la ko ni
kalau polisterin dan sudu pun ko makan
mmg spesis Badang le jawabnya
sib baik ada yg jd tukang makan :)
Irfa said…
ANN..
itu pun x berapa suka jugak
ikan bilis dahlah size besar pastu keras macam plastik
boleh patah gigi
Juju said…
Saya suka letak kacang. Makin tambah berlemak bila makan. cuma terselit2 la lepas makan.
Kacang kalau byk sangat x sedap jugakkan...kakain mkn kacang tu dgn nasi lemak...
Selamat hari raya..,
MOKCIK AZWA said…
Saya pulak kalau kacang tu rangup dan sedap saya akan makan, kalau tak rangup saya letak tepi jer la hehehe..

pantang saya pulak kalau sambal terover pedas, dah tu cili tak kisar halus sehingga kulit cili terasa dan tersangkut kat mulut kita.. dan terlebih minyak haiyooo...

suka bilis halus dan rangup..yummyy


oopss..apasal nasi lemak sampai RM5.85 tu?? ada ayam goreng? rendang kerang??
Irfa said…
JUJU..
part lekat celah gigi tu kot yg tak suka
hihi
Irfa said…
KAK AIN..
yg tadi tu terlebih kacang la pulak.
Irfa said…
KAK AZWA..
susah nak jumpa sambal nasi lemak yg sedap
kalau dah jumpa ygs edap konfem duk ulang gerai tu jelah
yg cili tak kisar halus pun x suka jugak
nak pulak biji cili berterabur, buleh kena apendik

nasi lemak tu cuma ada nasi, sambal, timun 2 hiris, 1/2 telur rebus
dan saya tambah sebiji lagi sambal telur rebus
sy dah buang resit,huhu
kalau tak boleh jugak check balik apa yg jadi mahal sgt tu

kedai kat klia
level 2 food garden
sweetie said…
Mak ai Irfa takat sambal telur je harganya RM5.85. Bukan lagi gigil tangan nak menghulurkan duit.. pengsan pun boleh!

Saya tak suka kacang dan ikan bilis goreng. Kalau makan nasi lemak cukuplah dengan sambal dan timun... tapi kalau dengan ayam goreng best jugak!
Irfa said…
SIS SWEETIE..
resit dah buang,kalau tak boleh telek belek apa yang jd mahal camtu
sy pun pelik nape mahal sgt,tp bayar je lah
emm kalau ayam goreng berempah pun sodap makan dgn nasi lemak
:: CIKVIVA :: said…
tak suka kacang dalam nasik lemak..mcam tak kena je
Unknown said…
sy suka kacang, lagi pun mmg digalakkn mkn byk protein :)
Saya pun sama tak suka kacang dalam nasi lemak :)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t