alamak, dah jam 4.30 petang ke?
aduhai, cepatnya masa berlalu
tadi singgah blog kawan yang duk Somban
baca entri dia yang bertajuk
gelak sambil nanges baca entri Tijah
adoila, lawak makan dalam di petang Rabu namanya
Okey, dah mintak izin dgn empunya tulisan
konon nak wat ulasan, kui kui kui
kakak sekolah sesi petang
abam sekolah sesi pagi
kakak dihantar ke rumah pengasuh sebelum aku gi keje
so dia akan kesekolah dengan perut kenyang
sebab dah lunch sebelum ke sekolah
tapi dia jugak bawak bekal air dan roti 70sen tu 2 ketul
bagi jugak duit rm2
abam sekolah pagi, turun dari rumah
kadang sempat wat sarapan
(selalunya roti celup telur@nasi goreng)
kadang makan roti je
tapi sekarang dia komplen
tak nak makan nasi goreng
sebab nanti sampai sekolah sakit perut (why sayang?)
tapi dia akan makan roti
duit poket rm4 (hari ada kelas agama)
rm3 kalau takde sekolah agama
rasanya kalau di tanya semua ibu2
diorang teringin nak buat 'bento' untuk bekal anak ke sekolah
tapi ramai yang tak mampu (sila senaraikan alasan)
macam aku, awal dah ngaku tak mampu nak bangun awal
okey, aku ngaku bangun pagi jam 6.00 pagi
sangat kagum kalau ibu2 bangun jam 5.00 pagi
awal sangat bagi aku bangun jam 5 pagi tu
lagi awal dari lalat kot, hahaha
lepas ni aku cuba buat 'bento' versi aku la kan
mana nak cari acuan tekap bento yang comel2 tu ye?
dari sini |
gila rambang mata tengok jenis2 bento
korang gugel je 'bento'
bersepah gambar bento yang sangat comel
mana tahu tengok bento comel, lepas ni rajin buat bekal untuk anak2
(^_^)
Comments
Yg no-2.. tak suka bawak bekal sbb dia lagi suka pi kantin ngan kwn2.
Yg no-3.. pun tak suka bawak bekal sbb budak Arab suka sgt share bekal dia.. at last dia tak makan.. hence dia prefer pi kantin jer..
So.. Ibu tak yah buat bekal.. masak nasik & lauk utk Cik Asben bawak bekal pi opis je la.
(merangkap lunch kami la tu)
ni kira mcm dlm mahkamah la ni ek?
sebab dah buat pengakuan maka hukuman diringankan.
ok ok esok cer bangun 5.50 amacam diskaun?
aku kejutkan eh?
kihkih
Sayang nak bangun awal sebab rasa tak cukup masa je tidur. Semua benda rasa- terkejar-kejar...=(
mmg boleh panjang senarai alasan hahaha
tp kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dpt sagunya kan, bangun jam 5 pg mmg terasa hidup lebih berkat. Banyak benda boleh dilakukan time tu heheh
anak2 akak mmg bwk bekal hari2, bwk extra sbb ada kawan nak share. Kwn dia ckp, mak dio pomaleh (dosa ek? tp sesekali kena dengar keluhan anak2 tu, sedih jugak bila anak mengharap tp mak takleh diharap) hehehe
kdg mak rajin, anak pulak yg maleh nak menjinjing bento hohoho...mcm2 hal dalam dunia ni...
apapun ikut selesa la....pilih mana yg mudah jer, ya tak?
anak akak ikut mood ... tapi selalu akak tanyaler nak bawak bekal apa ...
baca blog lieya latif harini tunjuk bekal anak dia dan dia kata bulan lepas kot anak dia belanja 3-4 hengetjer..
jimat sesangatkan.... kalau nak jimat ada caranyakan...
Pepagi je la buat bekfast roti canai instant hehe..
Nong andy
Azwa cuma sempat sediakan breakfast jer, itupun kalau sempat. bangun jam 5.30, terus iron baju (kalau belum iron malam sebelumnya) baru gi turun sediakan sarapan ..selalu bawa bekal utk diri sendiri jer, anak2 dgn cik abe jarang nak bawa bekal huhuhu
memang comel-comel...sayang plak nak makan...
4tahun lg apa menda nama lah pulok eheh.
ntahlah, google je nih
bukan sndiri punya
hitam tu mgkin rumpai laut @ buah zaitun ;)