Friday, July 4, 2014

Menapau di Param Secara Berhemah

Lunch time 2 jam
apa nak buat ye?

ada lah benda yang dibuat, kang citer semua jatuh riak pulak, kikiki

okey ni acara selingan
meh dekat sikit, nak tanya 
*ehem, ehem, betulkan duduk, macam serius sangat soalannya*


dah masuk Ramadhan ke 6 hari ni
balik singgah Param (Pasar Ramadhan) ke ?
berapa bajet sekali ke Param?

RM 10?
RM 15?
RM 20?

macam banyak kan?
tapi kalau dengan RM20 dapat 3 jenis lauk, rasanya berbaloi
sebabnya dengan RM20 ko takkan dapat beli udang, ayam, itik serati semua kan?
belum lagi kena beli sayur dan kuih
haha

aku setakat ni lom lagi ke param
tidak ke param, tak bermakna aku balik masak 4,5 jenis lauk dalam masa 1 jam tu

aku sebenarnya menapau jugak kat kafe sebelah ni je
tak ke param pun, macam2 dah ko boleh pilih
pakej dengan aircond tak payah penat menapak parking keta

sebenarnya dengan kos sebanyak RM10 tu pun
aku boleh dapat 2 jenis lauk dan 1 kuih

ini adalah kejadian 2 hari lepas

gulai lemak udang dengan nenas RM3
paprik daging RM5
murtabak ayam RM3

TOTAL : RM 11


agak2 dengan RM11 tu kalau ke pasar, dapat tak beli udang, daging, santan?
tak cukup kan?
mesti lebih dari tu

balik umah, tenggek nasi dan bancuh oren sunquick seteko
pastu banyak masa lagi kan?
boleh lah habiskan masa lagi 1/2 jam untuk baca Qur'an sejuzuk
wah, gitu
ada lagi masa, sempat lagi layan drama korea ulangan
# buat masa ni aku langsung takde masa tengok tv, huhu

nampak tak apa aku nak sampaikan?
nampak?
apa! tak nampak?

nak citer sebenarnya, tak salah kalau korang nak menapau kat param
asalkan korang beli berpada2
janganlah nanti air 3 jenis, masak gulai 3 jenis, kuih 5 jenis
macam tu, tokey ayam jual reban, haha

dan belilah dengan gerai yang dijamin sedap dan juga terjamin bersih

JOM KE PARAM SEPANJANG BULAN RAMADHAN
BELANJA SECARA BERHEMAH
BAGUS UNTUK MENJANA EKONOMI NEGARA

emm, ingat cuti nanti nak buat masak nasi arab Al Bayt
tu ari try Ayam Mandy
ni nak try Ayam Kabsah lah pulak
# ni kira sekali harung, di dalam posting ada promo, comel kan?
nak order boleh, petang ni restock lagi 50 kotak

sekian, selamat berbuka dan selamat berhujung minggu

SENYUM SOKMO 

(^_^)


18 comments:

Kakzakie said...

Promo business tak salah itu strategik pemasaran..
Kakak memang tak masak sepanjang ramadhan dari dulu hingga kini. Sahur aje masak.
Abang beli di bazar aje utk berbuka. Senang - (kakak malas sebenarnya hihi...)
Jadi lepas solat asar dah boleh duduk tadarus. Senang kan:)

mama ka0ri said...

Ke param beli juadah utk babysitter anak2 jer..yg sendiri punya masak kt umah..lg puas hati..hihi..

Aziela said...

Sama, akak pun tapau kat cafe opis jer. Lunch time, orang lain turun nak makan, kami yang mak2 budak ni turun tapau lauk..hahahhaha. Siap boleh beli sup ikan merah, kari kepala ikan, ayam bakar...ha... Harga pun separuh dari param dan terjaga kebersihan. Balik kerja, tak yah berebut buang masa cari parking kat param. Boleh terus shoot balik rumah kan....

PetakBunga said...

smlm beli gulai kawah btang pisang.. sikit je rm6. tapi sedap jugak, jd no komplen. sb niat nak beli itu je.. cekalkan hati jgn beli benda lain.
last2 terbeli putu.
total lost RM6+RM2=RM8.
Good job.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Murah tu Irfa.. kat tempat akak di Shah Alam tak dapat harga macam tu.. semalam jer akak dah kena RM25 huhuhu

Irfa said...

KAK ZAKIE ;)
promo kat blog sendiri ok kot
bukan gi kaco kotak komen orang lain, hihi

wpun beli , tapi saya akan masak atleast satu benda
paling malas pun telur dadar@goreng ayam/ikan
nak jugak anak makan air tangan ibu

Irfa said...

MAMA KAORI..
wah! bagus lah
siap belikan utk pengasuh anak, nak jugak belikan tp kut tak makan
sbb akak tu mmg suka masak, dan pastinya dia masak di jamin sedap

Irfa said...

SIS AZIELA..
samalah kami sini pun, pukul 1 dah berduyun mak-mak orang menapau
dah tentu kita tahu mana menu yg sedap sbb bulan x posa dah selalu makan situ
balik umah tggl masak nasi dan boleh buat mende lain

Irfa said...

PETAK BUNGA..
selalu jugak beli gulai kawah, tp kafe ni takde jual
kena gi kedai lain, tp kalau beli mmg berbaloi sebab sedap dan boleh makan smpi sahur
naik rega sikit tahun ni
dulu rm5/sebungkus
tahun ni rm6
sedap takpe mahal sikit, berbaloi ;)

Irfa said...

NUR HAYATI CAHAYA HIDUPKU..
tu lah, masih murah lagi
setengah tempat, seketui ayam RM4
kalau ambik 2 ketul dah rm8
takkan nak ambik 2 ketul je kan

Eye_nee said...

Masih lagi gigih memasak utk berbuka...belum pun ke PARAM sejak puasa dan hari keenam ni...

Nastyna said...

u ingat, I kalau kat malaysia nak rajin2 masak macam kat sini ker? jangan harap la hahahaha. tapi masalah saya ni kalau ke pasar tak leh nak control, semua nak beli. bagus jugak la lari jauh2 dari param muahaha.

Rai Ourkizuna said...

yelah yelah.. ko menang.. haha.. seminggu ni aku belum beli belah lagi makan bukak puasa.. rasanya ayam daging ikan udang yang beli aritu boleh la tahan seminggu lagi.. kita tengokkan je takat mana boleh jimat.. hahaha..

Shamsiah Abdul Rahman said...

Anak2 adalah pi param sekali.. beli lauk Upin Ipin.. then lepas dapat tahu seketul ayam goreng RM4.. maka K.Sham gagahkan jugak menggoreng sendiri.
Yg sulong.. komplen itu
Yg no 2 komplen ini..

Okey laa.. I got the message.

P/s;
Mampu - buat sendiri
Tak mampu - beli - redha..

Daddy Ziyyad said...

Berbaloi kalau solo/bujang, atau just suami isteri,sebab tak perlu beli banyak2 pun..Yang anak berderet, mmg afdhalnya kena masak..:)

azieazah said...

Tahniah. Memang sangat berhemah begitu. Berbaloi juga sebab tak penat. Untuk keluarga kecik sangat memuaskan. Tapi untuk keluarga besar macam Kak Azie, kena memasak juga sebab nak kena prepare sekali untuk bersahur. Ke PARAM untuk borong air saja lah.

Wak Gelas said...

Kata Azwan Ali, kebanyakan juadah di Bazar Ramadhan rasa macam sampah dan meminta untuk menerima kenyataan., uhUuuu

Mar Mansor said...

saya tengok keadaan..tpi banyak masak dari membeli sebab asben mintak masak..masak le kiter