Lunch time 2 jam
apa nak buat ye?
ada lah benda yang dibuat, kang citer semua jatuh riak pulak, kikiki
okey ni acara selingan
meh dekat sikit, nak tanya
*ehem, ehem, betulkan duduk, macam serius sangat soalannya*
dah masuk Ramadhan ke 6 hari ni
balik singgah Param (Pasar Ramadhan) ke ?
berapa bajet sekali ke Param?
RM 10?
RM 15?
RM 20?
macam banyak kan?
tapi kalau dengan RM20 dapat 3 jenis lauk, rasanya berbaloi
sebabnya dengan RM20 ko takkan dapat beli udang, ayam, itik serati semua kan?
belum lagi kena beli sayur dan kuih
haha
aku setakat ni lom lagi ke param
tidak ke param, tak bermakna aku balik masak 4,5 jenis lauk dalam masa 1 jam tu
aku sebenarnya menapau jugak kat kafe sebelah ni je
tak ke param pun, macam2 dah ko boleh pilih
pakej dengan aircond tak payah penat menapak parking keta
sebenarnya dengan kos sebanyak RM10 tu pun
aku boleh dapat 2 jenis lauk dan 1 kuih
ini adalah kejadian 2 hari lepas
gulai lemak udang dengan nenas RM3
paprik daging RM5
murtabak ayam RM3
TOTAL : RM 11
agak2 dengan RM11 tu kalau ke pasar, dapat tak beli udang, daging, santan?
tak cukup kan?
mesti lebih dari tu
balik umah, tenggek nasi dan bancuh oren sunquick seteko
pastu banyak masa lagi kan?
boleh lah habiskan masa lagi 1/2 jam untuk baca Qur'an sejuzuk
wah, gitu
ada lagi masa, sempat lagi layan drama korea ulangan
# buat masa ni aku langsung takde masa tengok tv, huhu
nampak tak apa aku nak sampaikan?
nampak?
apa! tak nampak?
nak citer sebenarnya, tak salah kalau korang nak menapau kat param
asalkan korang beli berpada2
janganlah nanti air 3 jenis, masak gulai 3 jenis, kuih 5 jenis
macam tu, tokey ayam jual reban, haha
dan belilah dengan gerai yang dijamin sedap dan juga terjamin bersih
JOM KE PARAM SEPANJANG BULAN RAMADHAN
BELANJA SECARA BERHEMAH
BAGUS UNTUK MENJANA EKONOMI NEGARA
emm, ingat cuti nanti nak buat masak nasi arab Al Bayt
tu ari try Ayam Mandy
ni nak try Ayam Kabsah lah pulak
# ni kira sekali harung, di dalam posting ada promo, comel kan?
nak order boleh, petang ni restock lagi 50 kotak
sekian, selamat berbuka dan selamat berhujung minggu
SENYUM SOKMO
(^_^)
Comments
Kakak memang tak masak sepanjang ramadhan dari dulu hingga kini. Sahur aje masak.
Abang beli di bazar aje utk berbuka. Senang - (kakak malas sebenarnya hihi...)
Jadi lepas solat asar dah boleh duduk tadarus. Senang kan:)
last2 terbeli putu.
total lost RM6+RM2=RM8.
Good job.
promo kat blog sendiri ok kot
bukan gi kaco kotak komen orang lain, hihi
wpun beli , tapi saya akan masak atleast satu benda
paling malas pun telur dadar@goreng ayam/ikan
nak jugak anak makan air tangan ibu
wah! bagus lah
siap belikan utk pengasuh anak, nak jugak belikan tp kut tak makan
sbb akak tu mmg suka masak, dan pastinya dia masak di jamin sedap
samalah kami sini pun, pukul 1 dah berduyun mak-mak orang menapau
dah tentu kita tahu mana menu yg sedap sbb bulan x posa dah selalu makan situ
balik umah tggl masak nasi dan boleh buat mende lain
selalu jugak beli gulai kawah, tp kafe ni takde jual
kena gi kedai lain, tp kalau beli mmg berbaloi sebab sedap dan boleh makan smpi sahur
naik rega sikit tahun ni
dulu rm5/sebungkus
tahun ni rm6
sedap takpe mahal sikit, berbaloi ;)
tu lah, masih murah lagi
setengah tempat, seketui ayam RM4
kalau ambik 2 ketul dah rm8
takkan nak ambik 2 ketul je kan
Yg sulong.. komplen itu
Yg no 2 komplen ini..
Okey laa.. I got the message.
P/s;
Mampu - buat sendiri
Tak mampu - beli - redha..