Wednesday, December 3, 2014

Mak Ayah Datang Jenguk Anak Menantu dan Cucu2nya

Salam Rabu di bulan Disember 2014
pejam celik pejam celik dah sampai bulan terakhir kita ye
kejap sungguh masa berlalu
# sebenarnya aku takde mood nak update blog
tengah sakit hati dengan Poslaju
apa guna ko tukar borang oren ke purple kalau servis hampeh camni, grrr
kes ni belum selesai hingga kesaat aku post entri ni
aku pun dah tak tahu nak setel macam mana
kerana kes ni, buat kali pertama aku hantar aduan ke poslaju
aku nak tengok apa respon dari pihak diorang

* tarik napas, hembus*

~*~*~*~*~*~*~*~

Okey tukar mood ceria
hai korang
 (^_^)

dah sarapan? 
aku makan penkek dengan kari kambing
apa tema sarapan pun aku tak tahu dah
tapi memang terbaik rasanya gabungan dua benda tu

apa nak citer ye?
oh pasal mak ayah datang cuti2 sekolah

mak ayah dan adik datang minggu lepas, hari Selasa
tujuan datang ialah nak gi cuti2 ke Langkawi
boleh baca kat blog adik aku

sebenarnya trip tu dirancang dari tahun lepas
tapi ada je aral yang melintang di tengah jalan
*alasan adik exam, nenek tak sihat, bla bla bla*
ni pun hampir2 kensel tapi Alhamdulillah, jadi jugak

seronok tengok mak ayah happy
#bestnya kalau kami dapat join the trip, tapi cuti dah takde, sob sob sob



suka sangat tengok gambar ni
suka tengok muka ayah yang happy

Diorang pergi tak lama, 3 hari 2 malam je
malam semalam dah balik kampung
mak taknak duk lama, sebab nenek uzur sangat
wpun ada anak lain di kampung, tapi nenek rapat dengan mak
so mak rasa bersalah nak berseronok bila kenangkan ibunya tak sihat dikampung
aku tahu mak serba salah nak tinggal nenek
tapi sebab plan cuti2 ni dah rancang awal
# tahun lepas beli burn tiket sebab kensel
so mak datang jugak sebab kesiankan kami

Sebenarnya banyakkkkkkkkkkk sangatttttttttttttttt yang aku nak buat untuk mak dan ayah
aku harap Allah dengar doa aku untuk mereka
beri aku kesempatan untuk tunaikan semua impian aku pada mereka berdua
# sebak, takleh nak sambung dah

ok bai



12 comments:

SalbiahM said...

cik viva tu adik kak irfa ghopenya...baca dah travelog ke Langkawi dia tu. menarik betul pancake ngan kari kambing.western met asia..hehe

EzanIdris said...

hyeee. bestnye bawak parents jalan2 kan. suka tengok dorang happy jek

faraherda.razalan said...

Thn ni aku ptt bwk org tua jalan Sabah tp same case. Aral melintang di mana-mana. Apapun, doakan yg terbaik utk org tua ko.

idzwa kamaruddin said...

amin...semoga diberi kemudahan utk membahagiakan mereka..

Biarlah rahsia said...

Insya Allah...hajat irfa akan tercapai...k.bi pun turut sebak jugak nie...sob sob sob...ingat mak kat kg..

Lynn Hamzah said...

syoknya dapat jalan jalan dengan parents...bila lagi nak happykan diorang...time nie la kan...

Kakzakie said...

Memang sebagai anak macam-macam hajat dan niat kalau boleh nak buat tapi tak semua dpt kita laksanakan..
Irfa masih ada peluang kena segerakan...

kakyon said...

seronoknya ada peluang bawa parent jalan2. KY pulak bawa anak jalan2 ;)

Zaitun said...

Seronok masih ada parents dan kalau boleh buat mereka happy semampu yang boleh.

NinaAz said...

huhuhu... semoga apa yg sis idamkan utk kedua ibabap tercapai la yea. tetiba rindu arwah abah :(((((

:: Cik Viva :: said...

insyaallah nampak hepi je...next boleh bawak g umrah pulak...hihihi

aryan azra said...

akak pulak jadi sedih bila baca ni...buatlah apa yg irfa nak buat utk mak dan ayah mcm akak ni dah tak sempat pun mak ayah dah takde...