Thursday, December 18, 2014

Novel: Jom Baca UYDL (Ulu Yam di Liverpool), Nota Buat Cempaka, Aku Sayang Dia

Hai korang
dah 2 hari tak update blog
sibuk membaca katanya, hehe


Baru je malam tadi mengkhatamkan novel penghijrahan seorang blogger
dulunya aku baca blog beliau, sekarang baca dalam bentuk buku
(hanya untuk invite reader je sekarang)

ni antara blog terawal yang aku baca masa mula2 berblog (1996)
masa tu yang sulung, Najwa pun kecik lagi
sekarang Najwa dah jadi anak dara pun
(dahlah cantik, pandai pulak tu, untung kak Ain dan Abg Naz)
aku bagi 5 bintang untuk kedua2 UYDL nih
#kalau korang berhati tisu macam aku
sila sediakan tisu sebelum baca kisah penghijrahan blogger otai ni
masa baca tu, ada jugak rasa nak berhijrah
berangan free katanya

lepas ni nak khatam kan 2 novel ni pulak


1 novel dari rakan blog Sis Hanis Azla
1 novel dari rakan FB
dah lama jugak beli tapi belum khatam2 lagi

membaca memang minat aku dari mula pandai membaca
dulu, kini dan mungkin sampai bila2 pun

Alhamdulillah, anak2 pun minat sama macam umie
kalau ke shopping mall, mesti singgah kedai buku
tak kisah berhabis asalkan mereka mereka suka

korang yang suka membaca
apa buku/novel yang sedang baca sekarang?

kalau ada yang best, sila kongsi
nanti nak cari kat Popular
#kad keahlian dah nak expired hujung December ni


11 comments:

  1. kebetulan, anak buah saya pun duk memuji cerita best karya Abah Najwa ni. nak cari jugalah buat bacaan, hari tu sempat juga saya baca separuh buku yang ada.. nak menghabiskannya payah sikit.. tapi kalu buku yang best, boleh sambung baca lain kali

    ReplyDelete
  2. Aiyaarkkk...gatalnya tangan akak nak membeli novel...

    ReplyDelete
  3. kat rumah ada novel..bules pinjam...kikiki

    ReplyDelete
  4. MESTI BEST NOVEL TULISAN BLOGGER ABAHNAJWA..ELOK DIBACA NI N NOVEL2 YG IRFA SEBUT...

    ReplyDelete
  5. Beli banyak babe. Lagi2 dekat Big Bad Wolf tu, berderet tak baca lagi. tu pasal stop jap beli.. hehhe.

    ReplyDelete
  6. Kak zai pun kaki membaca novel, buku ilmiah tak kira apa2 buku.
    Nanti nak carilah.

    ReplyDelete
  7. suka gak membaca.. tapi sekarang ni cuba mengelak membaca novel.. tak boleh terjebak sgt. skrg ni baca buku HM tuah.kisah rumahtangga.. dah dua bulan dh tak habis habis.. sibuk study gittew

    ReplyDelete
  8. Hlovate dear.. all books dia memang wajib baca..

    ReplyDelete
  9. Mood baca novel ni bermusim. Bagi saya la. Awal cuti baru ni dah habiskan sebijik. Ada lagi sebijik tapi belum ada mood nak baca.

    ReplyDelete
  10. Jika buku bahasa melayu sangat sukakan ramlee awang mursyid..tak pernah kecewa baca novel ram..
    Klu buku cinta slow sikit hihihi

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)