Skip to main content

Novel: Jom Baca UYDL (Ulu Yam di Liverpool), Nota Buat Cempaka, Aku Sayang Dia

Hai korang
dah 2 hari tak update blog
sibuk membaca katanya, hehe


Baru je malam tadi mengkhatamkan novel penghijrahan seorang blogger
dulunya aku baca blog beliau, sekarang baca dalam bentuk buku
(hanya untuk invite reader je sekarang)

ni antara blog terawal yang aku baca masa mula2 berblog (1996)
masa tu yang sulung, Najwa pun kecik lagi
sekarang Najwa dah jadi anak dara pun
(dahlah cantik, pandai pulak tu, untung kak Ain dan Abg Naz)
aku bagi 5 bintang untuk kedua2 UYDL nih
#kalau korang berhati tisu macam aku
sila sediakan tisu sebelum baca kisah penghijrahan blogger otai ni
masa baca tu, ada jugak rasa nak berhijrah
berangan free katanya

lepas ni nak khatam kan 2 novel ni pulak


1 novel dari rakan blog Sis Hanis Azla
1 novel dari rakan FB
dah lama jugak beli tapi belum khatam2 lagi

membaca memang minat aku dari mula pandai membaca
dulu, kini dan mungkin sampai bila2 pun

Alhamdulillah, anak2 pun minat sama macam umie
kalau ke shopping mall, mesti singgah kedai buku
tak kisah berhabis asalkan mereka mereka suka

korang yang suka membaca
apa buku/novel yang sedang baca sekarang?

kalau ada yang best, sila kongsi
nanti nak cari kat Popular
#kad keahlian dah nak expired hujung December ni


Comments

Aisy Nasiha said…
kebetulan, anak buah saya pun duk memuji cerita best karya Abah Najwa ni. nak cari jugalah buat bacaan, hari tu sempat juga saya baca separuh buku yang ada.. nak menghabiskannya payah sikit.. tapi kalu buku yang best, boleh sambung baca lain kali
Aziela said…
Aiyaarkkk...gatalnya tangan akak nak membeli novel...
:: CIKVIVA :: said…
kat rumah ada novel..bules pinjam...kikiki
paridah said…
MESTI BEST NOVEL TULISAN BLOGGER ABAHNAJWA..ELOK DIBACA NI N NOVEL2 YG IRFA SEBUT...
Arena said…
Beli banyak babe. Lagi2 dekat Big Bad Wolf tu, berderet tak baca lagi. tu pasal stop jap beli.. hehhe.
Zaitun said…
Kak zai pun kaki membaca novel, buku ilmiah tak kira apa2 buku.
Nanti nak carilah.
Zareda Norman said…
suka gak membaca.. tapi sekarang ni cuba mengelak membaca novel.. tak boleh terjebak sgt. skrg ni baca buku HM tuah.kisah rumahtangga.. dah dua bulan dh tak habis habis.. sibuk study gittew
mamabeauty said…
Hlovate dear.. all books dia memang wajib baca..
Rumah Kuning said…
Mood baca novel ni bermusim. Bagi saya la. Awal cuti baru ni dah habiskan sebijik. Ada lagi sebijik tapi belum ada mood nak baca.
happyichigo♥ said…
Jika buku bahasa melayu sangat sukakan ramlee awang mursyid..tak pernah kecewa baca novel ram..
Klu buku cinta slow sikit hihihi

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t