Wednesday, March 25, 2015

Family Trip 2015: Hari Pertama di London, Umi London Homestay, London Eye, Big Ben

Sambungan dari SINI

Sebelum tu nak kasi warning ala-ala manja gitu, aku tak minat Sejarah sejak dari sekolah. Jadi, aku tulis apa yang aku suka je, jangan suh aku cerita sejarah tempat tersebut dan juga nama2 bangunan. Kalau korang nampak aku ambik gambar bangunan pun, itu adalah sebab aku terpikat kecantikkan senibinanya sahaja. Nak tahu sejarah bangunan @ tempat, korang tanya en Google je ye. Bukan apa, takut tersalah bagi info, naya je dapat ilmu salah, haha

Ops, blogger MommyLyna ada tulis sikit pasal London, kotlah korang nak baca, sila KLIK SINI

Emm, balik pada citer kami, dari Terminal 4, kami ambik tube Picadilly Line dan turun di stesen Hammersmith, tukar tube sekali lagi untuk ke Edgware Road. Sebab kami dah sewa bilik kat area situ. Dari stesen Edgware Road, menapak sikit utk ke homestay yang kami sewa.

UMI LONDON HOMESTAY

Sebelum datang, dah survey hotel dan jugak apartment, tapi last minute dapat tahu, member ada mak sedara buat homestay kat London, bila gugel.. ramai dah blogger yang tulis pasal homestay ni. Umi dah lama menetap di London, dah 20 tahun lebih kalau tak silap. Lepas dah deal harga bilik, kami buat keputusan duk situ je. Kami dapat harga GBP120/1day (pepandai la deal kalau nak mintak diskaun ye). Area sini nak makan pun senang, kalau rajin boleh masak-masak, kat rumah umi boleh masak, siap periuk belanga dan dapur semua ada. Tapi kalau malas, kedai Arab ada sepanjang jalan, boleh pilih mana yang sesuai dengan poket korang.

Umi London Homestay

Alamat penuh:

15 Blackwater House
107 Church Street
London NW8 8HL
England
(Zon 1)



Umi London kat belakang kedai ni


masa kami sampai ada pasar pagi, ramai mak-mak arab tengah beli barang dapur kat sini
1-pintu masak ke apartment Umi London
2- lorong ke bilik yang kami sewa

anak2 tengah makan bekal yang aku bawak
nasi himpit + sambal hitam belimbing dan juga nasi ayam paket
tengok gambar ni rasa rindu pulak kat dapur comel ni 
kami dapat bilik ni
1 katil queen + 2 tilam single
Lepas letak barang, rehat dan selesaikan apa yang patut, kami mulakan xpdc, taknak buang masa sebab kami cuma ada 2 hari kat London, gunakan masa yang ada sepenuhnya.

Kami naik tube ke tempat2 yang wajib orang pegi bila ke London. Untuk hari ni, kami cuma sempat ke London Eye dan bergambar depan Big Ben.

sebenarnya tak susah jalan2 kat kota London, janji pandai baca map
kalau aku konfem sesat, tapi enAbe pandai baca peta
i folo je, haha

anak2 sempat pow ayah
sekali naik 2pound sorang

kejar2 merpati dekat area London Eye
tiket naik London Eye
Dewasa: GBP21.50
Kanak2: GBP15.50 
berfotoan dulu yuk

kakak pantang nampak gerai souvenir, wajib singgah
list souvenir utk kengkawan, umie kena tapis dulu ye

sayup memandang ke bawah dari atas London Eye

selfie itu wajib ada, haha

holaaaaaaaaaaaaaa

public phone merah tanda sampai dah ke London
sebenarnya public phone ni hanya hiasan semata, sebab banyak yang dah takleh guna pun
sebelah si kenit tu, penuh sampah 

lepak kat Trafalgar Square

me, myself n i
Siang agak pendek, pukul 5.30 dah gelap macam Maghrib, so tak banyak tempat dapat cover hari tu. Sebelum balik bilik, singgah makan kebab kat kedai Arab depan apartment


order 2 set je, penuh pinggan macam boleh makan 10 orang
tak abis makan, tapau bawak balik bilik
Malam tu tido lena, kepenatan barang kali, tapi jam 3 pagi, si kenit kejut aku mintak makan. Maklumlah kat Malaysia dah kul 11 pagi, memang lah waktu dia bangun tido, nak taknak bangun bagi dia makan roti sapu jem.



bersambung hari esoknya

# maaf kalau penceritaan agak slow, agak bz sikit
plus nak mengingat balik benda yang dah lepas 
tapi cuba habiskan dalam minggu ini

tata


11 comments:

  1. Walau pun sekejap, seronok juga dapat jalan2 ke tempat orang... :)

    ReplyDelete
  2. comel si kenit.. biology clocking mmg takleh lawan hahaha..

    ReplyDelete
  3. seronok kan bila anak2 happy :D

    ReplyDelete
  4. Ko nampak mude dari usia sebenarlah Irfa. Gambar ngan anak-anak tu cam kakak dan adik-adiknya... (oppps! tp jgnlah perasan sangat ya... hahahha)

    ReplyDelete
  5. lengkap ye barang dapur kat situ..boleh masak la..

    ReplyDelete
  6. wahhh seronoknya bercuti di London, kali terakhir Chik Na g tahun 2006, atas urusan kerja,,dah lama tu. Tgh simpan impian nak pergi dengan anak-anak dan suami pula... bestkan dapat spend quality time dengan keluraga mcm Irfa...

    ReplyDelete
  7. best nya dh smpi london..eh dlm public phone tu mcm penuh sampah sarap ek..

    ReplyDelete
  8. bestnya.. tepeklah lagi gambar pemandangan kat sana.. ;)

    ReplyDelete
  9. Salam bkenalan drp kami makan angin London

    Budget SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK & EUROPE Tour) dengan kadar berpatutan.

    HUBUNGI @
    Whatsapp di +447478 684277
    Facebook page: Makan Angin London
    https://www.facebook.com/makananginlondon
    Instagram: makananginlondon
    Website : http://ukhomestaypengangkutanionlondon.blogspot.co.uk

    ReplyDelete
  10. baru je balik dari sana... dduk kat rumah umi... tapi xsempat jumpa umi... die da balik malaysia...

    ReplyDelete
  11. baru je balik dari sana... dduk kat rumah umi... tapi xsempat jumpa umi... die da balik malaysia...

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)