Friday, March 27, 2015

Family Trip 2015:Hari ke 2 di Amsterdam, Tour ke Perkambungan Tradisional Holland (Volendam, Marken & Windmills)

Sambungan dari SINI

Malam tu kami tido dalam kesejukkan yang amat sangat (aku suspek yang heater tu ada problem, tapi staf kaunter kata nanti lama2 ok, kejap on kejap off, tapi dalam tak sedar, kami lena jugak sampai ke pagi).

Bangun2 je perut rasa lapar sangat, meh layan Maggi cup sampai menatap jam besar kat bangunan Beurs Van Berlage, nikmat sangat makan megi kat oversea (kat rumah aku memang tak layan megi bodoh rendam air panas nih, paling malas pun megi goreng), sesekali boleh lah. Sejuk2 makan megi best wooo..



masa ni rasanya kul 6 pagi kalau tak silap tengok jam lah
Plan hari ni ambik tour melawat kawasan perkampungan, tunggu hari cerah sikit, jam 9 pagi kami keluar dari hotel. Tak payah risau mana nak cari tour melawat tu semua, berderet kaunter kat bawah tu boleh pilih, kami plan nak ambik trip pagi tapi dah penuh. So ambik yang tengah hari punya (jam 12.30 tengah hari). 
* Hotel Damrak Inn, betul2 mengadap jam besar
* tangga naik ke hotel, ok lah luas jugak, kalau tangga naik kebilik, sengsara sempit gile
salah satu kaunter untuk beli tiket tour
( Lindbergh Tour & Travel)
tour ni selalunya ambik masa lebih kurang 5/6 jam gitu (setengah hari lah senang citer)
Dewasa 40Euro, Kanak2 20Euro
* antara offer tour yang ada
* aku sebenarnya nak ambik gambar pakcik makcik tu, stylo kan diorang, walaupun dah tua

kebuhsanan takde keje, meh kita bergambar ye anak2

Jadi ada masa lagi beberapa jam sementara tunggu turn kami gi tour, saja lah merayau dekat2 situ menghabiskan masa yang ada. Teringat ada yang mengirim tshirt Hard Rock, so kami ambik tram (keretapi dalam bandar) ke Hard Rock. 

Satu lagi, hati2 dengan basikal yang di gelar 'killer bike' oleh pemandu pelancong kami, bawak basikal macam merempit. Nak lintas, sila pandang kiri kanan dan kiri sekali lagi baru lintas. 

1 Amsterdam ni pun wajib ambik gambar kan?
lepas gian, sebab asik tengok orang post bergambar kat sini
masa datang dulu, benda ni lom wujud lagi

* beli barang yang orang kirim dan tak lupa untuk diri sendiri sebagai kenangan
* kat sini jumpa budak Melaka yang datang training 3 bulan, nanti dia keje kat Hard Rock Melaka


aku dan bunga tak dapat dipisahkan
ada sapa tau nama sebenar aku?
dah tentunya ada nama bunga kat depan, haha 

datang kali pertama dulu, kami penah naik bot ni pusing2 bandar
kali ni tak naik

*kedai souvenir ada dimana2, kakak dah mula senyum2 kat umie
* Sex Museum? apa dalam tu ye? dulu penah masuk, takde apa pun, haha  

Okey, 12.30 pun tiba,  masa dah time kata orang Belanda. Lawatan kami bermula di Zannse Schans, dalam 15-20 minit sampai lah ke perkampungan yang ada kincir angin tersohor. Rasa macam duk kat perkambungan pari-pari, semua cantik dan semua comel je, kalau lah masih pakai kamera guna filem macam dulu1, mau bergulung2 filem habis untuk ambik gambar.
antara yang aku dengar dari pemandu pelancong
Amsterdam di kelilingi air, berada di bawah paras laut
penah baca kat mana tah, satu hari nanti Amsterdam akan tenggelam
takut jugak kot masa tu kita ada kat sana, huhu 

perkampungan yang sangat cantik, damai je hijau sana sini
eh, kat Sabak Bernam pun ada pemandangan macam ni kan?  

selfie sekeping dua sebagai kenangan hari tua
hehe

ini keju, keras giler, ada yang berusia belasan tahun
baling anjing boleh koma sebulan nih

bergambar dengan 'GIANT WOODEN CLOGS' ni wajib kalau ko datang Amsterdam
kalau takde gambar ni, orang tak caya ko penah datang Amsterdam, haha
tempat buat wooden clogs (terompah kayu)
antara kraftangan tersohor di Holland
* dah try pakai, ringan je, dia cepat kering kalau kena air*

rasa macam nak cilok bawak balik Malaysia
mesti comel letak depan pintu
masalahnya sesuai ke bunga tu tanam kat Malaysia?  

cik pakai size apa?
semua size ada

* sebelum dan selepas
cantik kan?

masa aku sampai sini, bunga Tulip belum berkembang
tak dapat ambik gambar tulip betul, tulip kayu pun jadi lah ye 

amboi, kemain korang ye
lepas ni tak yah beli susu botol dah
perah sendiri je
apa nama ni ye?
Nachos eh? sedap gak 
Kami juga ke perkampungan nelayan Volendam
ni kena naik feri ke seberang, nanti bas tunggu kita kat seberang sana

tiket dah termasuk dalam tour yang dibayar
kalau hilang tiket untuk naik feri ni, tour grup kata kena berenang ke seberang sana
tak sangka pandai melawak jugak omputeh nih ye, hehe

perkampungan nelayan dari atas bot 

tempat buat keju, makcik ni dah tua katanya
tapi nampak muda sebab dia minum susu masam yang diperam tu
*lawak sepanjang zaman, aku gelak lah jugak wpun dah penah dengar lawak tu dulu pada tahun 2002*

kalau nak beli souvenir murah, beli kat Volendam
murah sikit dari tempat lain
aku borong key chain, fridge magnet dan t shirt kat sini 

rumah2 cantik sepanjang jalan, rasa cam nak pindah duk sini
emm boleh lah jual nasi lemak pagi2
agak2 laku tak?
cik abe kata 'nanti dia gigil tak dapat minum teh tarik' pulak

pemandangan senja yang sangat cantik
masa ni rasa sayu je, tetiba teringat mak ayah di kampung

salah satu benda aku suka tengok kat sini ialah hiasan di kafe2 tepi jalan

antara yang sempat di borong di Volendam
Lawatan kami tamat dan sampai ke Amsterdam lebih kurang 7 malam
Anak2 happy, mak ayah double happy

Malam tu berkemas, esok dah nak balik


10 comments:

  1. semua pic cantik2 belaka..comel je lembu tu siap pakai terompah kayu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. KOPIOLIMAUICE..
      Mmg semua cntik2, rasa semua nk ambik gmbr. Tp ank2 pun rimas asik kna pksa posing

      Delete
    2. KOPIOLIMAUICE..
      Mmg semua cntik2, rasa semua nk ambik gmbr. Tp ank2 pun rimas asik kna pksa posing

      Delete
  2. hadoi 10 jam naik bas, supo nak g Krabi doh ni..

    apa2 pon bestler dapat jalan2 tengok tempat orang..huhu bilolah turn kito pulok ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaila..
      G krabi naik bas 10 jam ko? X thu pulak

      Delete
    2. Zaila..
      G krabi naik bas 10 jam ko? X thu pulak

      Delete
  3. Replies
    1. Kak Sham..
      Hrp lps ni ada lg rezki kasut tu jln jauh.
      Hihi

      Delete
    2. Kak Sham..
      Hrp lps ni ada lg rezki kasut tu jln jauh.
      Hihi

      Delete
  4. seronoklah bebudak ni.. kecik2 dapat melancong jauh.. rezeki anak anak...

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)