Thursday, March 26, 2015

Family Trip 2015:London ke Amsterdam, 10 Jam Naik Bas Melintasi France dan Belgium

Posting ke2 untuk hari ini, wah! ko dah macam kejar dateline je Irfa oi

16March2015 (Isnin)

Last day kat Umi London, sedih pulak nak tinggalkan bilik yang kami berkubang selama 2 malam tu, sedih nak tinggalkan cuaca sejuk 4 darjah celcius, sampai berlaga gigi bila balik lewat petang. Ntah bila dapat datang lagi ke London, adakah akan ada lagi kali ke3 untuk aku? Hanya DIA yang lebih mengetahui. Touching lak tetiba

Pagi tu kami bersiap awal, makan kenyang2 habiskan stok nasi ayam yang sekarang jadi pilihan aku bila travel oversea. Sangat senang dan pastinya mengenyangkan, cuma kena pastikan tempat korang duduk ada microwave untuk panaskan. Eh! cam promosi free pulak diorang, kena mintak persen nih. Setakat nu dah kali ke2 kami bawak bekal nasi ni bila cuti2 'seberang laut', masa gi Paris pun kami borong ni jugak.

sepeket lebih kurang rm7-8
boleh makan 4kali kalau perut kecik cam Hajar, perut aku sekali hadap je lah 
Dah salam2 peluk cium ngan Umi, kami mintak diri sebab kena kejar bas yang akan bertolak dari Victoria Coach Station, kalau ikut waktu yang tertulis kat tiket, bas gerak ke Amsterdam jam 8.00 pagi. Nak naik bas boleh je, tapi rasa cam nak merasa naik taxi hitam sambil feeling orang ado-ado. Berani lah ko naik taxi sebab tempat nak pegi dekat je, lebih kurang 15minit, kalau jauh takde nya aku nak naik taxi, mahal oi.
baru ku tahu dalam taxi ni luas, kalau stroller tu tak payah tutup pun boleh muat
Victoria Coach Station
macam stesen bas kat BTS jugak lah kot
dari sini boleh gi mana2 je, kalau booking online lagi murah    


boarding pass macam nak naik kapal terbang tau 

dalam bas, memula naik muka kemain excited
sejam kendian, kroh kroh kroh
belayar di lautan hindi  

view sepanjang jalan, pokok2 gondol yang sangat cantik dimataku
rugi lah kalau tido, mahal kot aku bayar trip nih

kat border France, kena turun dari bas untuk cop passport
# sebijik macam trip kami nak ke UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE tu ari
naik bas dari JB, masuk Singapore kena turun cop passport


lupa nak citer, selepas beberapa ketika dari sini
bas yang kami naik akan merentasi laut dari Port Dover ke Port Calais


dengar citer lalu terowong macam keretapi tapi aku tak nampak apa dalam tu
sebab kami tak dibenarkan turun dari bas
sebab takde benda nak tengok, aku pun terlelap
sedar2 dah sampai daratan
ada blogger tulis pasal ni baca sini

kami tak disuruh turun pun
tak lama lepas tu nampak 3 kincir angin berderet2 rasa happy giler
selama ni tengok dalam gambar je
kincir angin dan Amsterdam tak dapat dipisahkan
nampak je kincir ni, dah feeling sampai Amsterdam


sepanjang jalan lalu bandar2 kecil dapat lihat bangunan lama yang cantik2 

sepanjang perjalanan 10 jam itu, kami singgah 4 kali
utk makan dan ke toilet

berkeping2 gambar bangunan aku sempat snap sebagai kenangan
jangan tanya bangunan apa, aku tak tahu


somewhere kat Belgium, singgah kedai arab order nasi beriani
Akhirnya, kami selamat sampai ke Amsterdam jam 9.30 malam (lewat dari jadual yang sepatutnya sampai jam 7.30 malam, tahu2 jelah, kalau dah ramai, ada la yang tak ikut timing, orang suh rehat 20 minit, ko merayau sampai 1/2 jam. Tapi kami okey je, sebab takde benda nak dikejar pun.

Ops lupa nak citer, belakang seat aku, ada 3 akak Negro sembang macam kat umah dia, ko tahu lah diorang punya suara ala-ala Mariah Carey gitu, sepanjang 10jam duk borak sambil mengilai macam dalam bas tu diorang je. 3/4 kali pakcik makcik mat saleh sebelah seat tu merengus, aku mengucap je dalam hati jangan lah pakcik makcik tu sound diorang, mau bertumbuk dalam bas tu nanti.

Alhamdulillah, satu bas bertabah dengan diorang, dalam hati meletup tu belakang citer. Tapi diorang tegur aku, sebab dia pun bawak budak kecik, kecik sikit dari Hajar.

turun kat bus stop pastu jalan kaki sikit ke stesen ni untuk ke Amsterdam Centraal

Dari bus stop tu ambik tren ke Amsterdam Centraal, memang kami plan duk tengah bandar tu sebab semua kemudahan ada. Emm, last minit kami punya booking hotel ada masalah, tapi kitorang redah je heret beg cari hotel, jangan risau...  banyak je hotel sepanjang jalan depan jam besar tu.

Hotel pertama yang kami tanya, dia nak Euro168 untuk 1 malam. Over bajet nih. Takpe, jalan depan sikit, dapat hotel namanya Hotel Damrak Inn, 170Euro (2 malam). Tapi kan, nak citer sikit, korang kalau duk hotel area sini, kena bertabah sebab tangga nya giler sempit, dahlah sempit, kecik pulak tu, muat sorang je, kalau selisih, sorang kena mengalah.

1- gambar bilik pertama lupa nak snap, ia sebuah bilik ada 4 katil double decker
2- korang tengok tangga nih? hati2 turun, silap langkah tergolek cam nangka busuk
Okey, dah dapat bilik, nampak tilam bantal, apa lagi tunggu? Kita tido lah dulu, penat dah badan dalam bas 10 jam. 

Esok sambung citer Amsterdam, Insha Allah
* lawat kilang cheese, kilang kasut terompah, kampung nelayan, aku suka kawasan kampung ni*

daaaaaaaaaaaaaaaaaa

12 comments:

  1. Esok tau.. esok akak skodeng sambungan drama..

    ReplyDelete
  2. Saya nak hadamkan ko nye catatan ni Irfa... nanti saya pun tour europe sebulan ngan 'bopren' saya!

    ReplyDelete
  3. besok dah update bagi tau ye...jerit je nama saya 3 kali..tapi selawat dulu..hahahahh

    ReplyDelete
  4. Actually bus terminal kita kat BTS tu pun dah kena boarding mcm airport. Penumpang jer bleh masuk.,

    Wahhh adventure sungguh trip ke London. Belum mampu lagi saya.

    ReplyDelete
  5. BESTNYA TRAVEL EUROP PULA..KAK KLIK JER DH SAMPAI..

    ReplyDelete
  6. oo..naik taxi rupanya...igt naik tren..tp tulah lagi cepat naik taxi..pm rega tambang taxi ye

    ReplyDelete
  7. Salam
    Nak tanye nasi ayam tu beli kat mane ye ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat airport shoppe klia pun ada jual
      Dlm peti beku tu

      Delete
  8. lepas baca entry akak..saya book Damraak Inn untuk trip ke Europe feb depan..hopefully heater dier OK..haha...salam kenal kak

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)