Friday, May 13, 2016

Aku dan Kisah Penyusuan


Ditulis sebagai kenangan dan bakal menjadi sejarah

Salam Jumaat, free sikit pagi ni. Jom berblog sementara cikebom tido. Kejap lagi bangun, jangan harap dapat ngadap laptop.

Hari ni nak bercerita tentang pengalaman aku tentang penyusuan. Menjadi ibu kepada 3 anak sebelum ni, ada macam2 kisah penyusuan. Sebelum aku terlupa meh kita bercerita, 'throw back' kata bebudak sekarang.

Kakak:
Waktu tu masih kerja shift dan tambahan pula sebagai ibu muda yang tak cukup ilmu didada, kakak cuma menyusu badan selama kurang dari 6 bulan. Aku takde ilmu tentang menyusu sebab internet pun belum kenal masa tu (tahun 2001). Bila ingat balik betapa aku menangis kerana bengkak susu (bila bekerja) sanggup perah dan buang dalam toilet, sedihnya sangat bila dikenang kembali. Masa tu jugak kakak dijaga oleh MIL di Cheras, dan kami di Nilai. Dapat jumpa anak cuma dihari cuti, lama2 kakak menolak dan susu kurang dengan sendiri. Berakhirlah kisah penyusuan aku dan kakak.

Abam:
Bersalinkan abam pada tahun 2005 dan masih dijaga MIL di Cheras tapi aku mintak tukar dari kerja shif kepada normal hour dan Alhamdulillah, rezki cepat datang dan aku dapat kerja normal hour. Bila kerja normal hour, aku senang nak cari orang jaga anak (sebelum ni kerja shift memang payah nak cari pengasuh, sapa yang nak jaga kalau kerja tak tentu masa). Walaupun dah ada ilmu tentang penyusuan, aku tak pernah perah susu, abam cuma menyusu badan bila malam dan waktu aku cuti. Selain tu, botol lah pengganti. Alhamdulillah, dia menyusu badan selama 2 tahun 2 bulan.

Kakcik:
Masa ni ilmu dah banyak sikit, dah kenal kengkawan blog/fb yang advance dalam ilmu penyusuan. Sebelum mengandung dah bertekad nak bagi susu badan sepenuhnya. Jadi, secara otomatik bila dia lahir (tahun 2010) aku dah bersedia. Bila start keje, aku mula pam susu *pam manual je pun* tapi tak simpan stok. Cuma pam malam untuk bekal esok pagi di rumah pengasuh tapi bertahan 8 bulan je, lepas tu start campur dengan susu formula. Alhamdulillah, sama macam abam, kakcik menyusu badan selama 2 tahun 2 bulan jugak.

Pastu lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa iklan (takde baby kecit) hingga lah kelahiran Baby SAA tahun lepas. Masa pregnant pun dah berazam kali ni nak pam susu dan simpan stok (tekad nak bagi susu ibu sepenuhnya sampai 2 tahun ++). Jadi dah bersedia nak beli pam letrik jugak. Sebelum ni dengar macam2 rumors yang katanya 'pam letrik ni sakit' emmmm

Selepas dah survey dan tanya pengalaman kengkawan, katanya brand Lacte ni antara yang terbaik untuk jenama pam susu. Tapi beli yang solo je, bukan tak boleh beli yang double tapi takut 'hangat2 taik ayam' dan akhirnya pembaziran. Plus, aku tak terfikir nak ada baby lagi pasni, huhu. 



Ni set Lacte Solo beli online je RM260 (termasuk postage). Memula sampai simpan sampai sebulan tak bukak kotak, bila dah bukak dan try, takde suction. Simpan masuk kotak dan siap nekad nak jual balik pada sesapa yang berminat. Tapi takdir menemukan aku dengan ibu muda yang hantar anak pada jiran sebelah, baru lah tahu rupanya aku lupa buka penutup pam, tu pasal takde suction. Uwaaaaa malunya kita wak... Sib lom terjual.

Selepas dah tahu cara guna, bermula lah episod mengepam susu walaupun takde lah istiqamah mana pun. Sekali sehari pun payah, sebabnya jarang kosong, dah 24jam berkepit je dengan baby. Tapi curi2 masa untuk pam konon nanti nak tinggal gi Vietnam ( ala...trip yang penyudahnya kensel tu, lalala).



hasil kali pertama mengepam
dalam masa 15 minit guna Lacte Solo


okey, ni je stok yang mampu simpan setakat ini
( 13/5/2016)


okey tu je nak share
daaaaaaaaaa



7 comments:

  1. Saye pon nak share hehe. Saya ni jauh2 ngan anak. Jumpa hari Jumaat-Ahad. Tapi saya pam buat stok. ALhamdulillah anak masih menyusu lagi. Kalau saye takde, dia nyusu botol. Kalau saye ada, dengan botol2 dicampaknya haha. Direct feed. Memang mencabar jadi exclusive pumping mom 5 hari ni. Bergantung stimulation dari pam semata2. Dulu boleh pam dapat 8-9 oz. SKang dah jadi 2-3 oz je sekali satu sesi dengan gap 3 jam satu sesi. Mungkin demand anak saya banyak tu je. Dan barulah paham konsep demand vs supply tu.

    Tapi bonding baby bf ni lain machiam hehe. Melekap je ngan mama

    ReplyDelete
  2. Zaman kakak ada anak kecil tak ada pendedahan semua ini. Kakak jenis banyak susu jadi memang waktu kerja pam dan buang aje. Sayang bila kenang balik - so naive. Jadi siang hari buang malam fully bagilah. Sekarang dah tua hihi...

    Irfa dah 24 jam mengelek bagi aje direct kalau kakak lagi senang:)


    ReplyDelete
  3. saya anak pertama & kedua pun tak fully bf, yang ke3 baru sepenuhnya, samapi sekarang dah 2thn 9bln masih susu badan, tp bila malam sajalah, siang susu botol.

    ok tu..janjti ada stok

    ReplyDelete
  4. WAH BAGUSNYA PAM SUSU SENDIRI DGN HASIL YG BANYAK TAPI CPT..IRFA PUN KENA MKN N MINUM DGN BNYK AGAR BADAN SENTIASA SHT N BNYK SUSUNYA.

    ReplyDelete
  5. mana gambo cikebom tu???hehe.. mesti kuat neh bila membesar dgn susu ibu..really respect mak2 yang berjaya bf penuh..lg2 sampai 2 tahun n lebih..

    ReplyDelete
  6. If nak jimat space bila simpan stok susu...boleh baringkan storage bags tu sblm beku...so,bila dh beku boleh susun cantik skit ;)

    If selalu direct feed,boleh try pump sebelah sambil menyusu sebelah...boleh stimulate untuk milk production..kalau rajin lagi boleh try power pump..

    Semoga berjaya :)

    ReplyDelete
  7. Whoaaa nampak sedap nau susu tu ..iskkk:)

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)