Skip to main content

Aku dan Kisah Penyusuan


Ditulis sebagai kenangan dan bakal menjadi sejarah

Salam Jumaat, free sikit pagi ni. Jom berblog sementara cikebom tido. Kejap lagi bangun, jangan harap dapat ngadap laptop.

Hari ni nak bercerita tentang pengalaman aku tentang penyusuan. Menjadi ibu kepada 3 anak sebelum ni, ada macam2 kisah penyusuan. Sebelum aku terlupa meh kita bercerita, 'throw back' kata bebudak sekarang.

Kakak:
Waktu tu masih kerja shift dan tambahan pula sebagai ibu muda yang tak cukup ilmu didada, kakak cuma menyusu badan selama kurang dari 6 bulan. Aku takde ilmu tentang menyusu sebab internet pun belum kenal masa tu (tahun 2001). Bila ingat balik betapa aku menangis kerana bengkak susu (bila bekerja) sanggup perah dan buang dalam toilet, sedihnya sangat bila dikenang kembali. Masa tu jugak kakak dijaga oleh MIL di Cheras, dan kami di Nilai. Dapat jumpa anak cuma dihari cuti, lama2 kakak menolak dan susu kurang dengan sendiri. Berakhirlah kisah penyusuan aku dan kakak.

Abam:
Bersalinkan abam pada tahun 2005 dan masih dijaga MIL di Cheras tapi aku mintak tukar dari kerja shif kepada normal hour dan Alhamdulillah, rezki cepat datang dan aku dapat kerja normal hour. Bila kerja normal hour, aku senang nak cari orang jaga anak (sebelum ni kerja shift memang payah nak cari pengasuh, sapa yang nak jaga kalau kerja tak tentu masa). Walaupun dah ada ilmu tentang penyusuan, aku tak pernah perah susu, abam cuma menyusu badan bila malam dan waktu aku cuti. Selain tu, botol lah pengganti. Alhamdulillah, dia menyusu badan selama 2 tahun 2 bulan.

Kakcik:
Masa ni ilmu dah banyak sikit, dah kenal kengkawan blog/fb yang advance dalam ilmu penyusuan. Sebelum mengandung dah bertekad nak bagi susu badan sepenuhnya. Jadi, secara otomatik bila dia lahir (tahun 2010) aku dah bersedia. Bila start keje, aku mula pam susu *pam manual je pun* tapi tak simpan stok. Cuma pam malam untuk bekal esok pagi di rumah pengasuh tapi bertahan 8 bulan je, lepas tu start campur dengan susu formula. Alhamdulillah, sama macam abam, kakcik menyusu badan selama 2 tahun 2 bulan jugak.

Pastu lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa iklan (takde baby kecit) hingga lah kelahiran Baby SAA tahun lepas. Masa pregnant pun dah berazam kali ni nak pam susu dan simpan stok (tekad nak bagi susu ibu sepenuhnya sampai 2 tahun ++). Jadi dah bersedia nak beli pam letrik jugak. Sebelum ni dengar macam2 rumors yang katanya 'pam letrik ni sakit' emmmm

Selepas dah survey dan tanya pengalaman kengkawan, katanya brand Lacte ni antara yang terbaik untuk jenama pam susu. Tapi beli yang solo je, bukan tak boleh beli yang double tapi takut 'hangat2 taik ayam' dan akhirnya pembaziran. Plus, aku tak terfikir nak ada baby lagi pasni, huhu. 



Ni set Lacte Solo beli online je RM260 (termasuk postage). Memula sampai simpan sampai sebulan tak bukak kotak, bila dah bukak dan try, takde suction. Simpan masuk kotak dan siap nekad nak jual balik pada sesapa yang berminat. Tapi takdir menemukan aku dengan ibu muda yang hantar anak pada jiran sebelah, baru lah tahu rupanya aku lupa buka penutup pam, tu pasal takde suction. Uwaaaaa malunya kita wak... Sib lom terjual.

Selepas dah tahu cara guna, bermula lah episod mengepam susu walaupun takde lah istiqamah mana pun. Sekali sehari pun payah, sebabnya jarang kosong, dah 24jam berkepit je dengan baby. Tapi curi2 masa untuk pam konon nanti nak tinggal gi Vietnam ( ala...trip yang penyudahnya kensel tu, lalala).



hasil kali pertama mengepam
dalam masa 15 minit guna Lacte Solo


okey, ni je stok yang mampu simpan setakat ini
( 13/5/2016)


okey tu je nak share
daaaaaaaaaa



Comments

Puan Eka said…
Saye pon nak share hehe. Saya ni jauh2 ngan anak. Jumpa hari Jumaat-Ahad. Tapi saya pam buat stok. ALhamdulillah anak masih menyusu lagi. Kalau saye takde, dia nyusu botol. Kalau saye ada, dengan botol2 dicampaknya haha. Direct feed. Memang mencabar jadi exclusive pumping mom 5 hari ni. Bergantung stimulation dari pam semata2. Dulu boleh pam dapat 8-9 oz. SKang dah jadi 2-3 oz je sekali satu sesi dengan gap 3 jam satu sesi. Mungkin demand anak saya banyak tu je. Dan barulah paham konsep demand vs supply tu.

Tapi bonding baby bf ni lain machiam hehe. Melekap je ngan mama
Kakzakie Purvit said…
Zaman kakak ada anak kecil tak ada pendedahan semua ini. Kakak jenis banyak susu jadi memang waktu kerja pam dan buang aje. Sayang bila kenang balik - so naive. Jadi siang hari buang malam fully bagilah. Sekarang dah tua hihi...

Irfa dah 24 jam mengelek bagi aje direct kalau kakak lagi senang:)


Aryan azra said…
saya anak pertama & kedua pun tak fully bf, yang ke3 baru sepenuhnya, samapi sekarang dah 2thn 9bln masih susu badan, tp bila malam sajalah, siang susu botol.

ok tu..janjti ada stok
paridah said…
WAH BAGUSNYA PAM SUSU SENDIRI DGN HASIL YG BANYAK TAPI CPT..IRFA PUN KENA MKN N MINUM DGN BNYK AGAR BADAN SENTIASA SHT N BNYK SUSUNYA.
Hsna Rahman said…
mana gambo cikebom tu???hehe.. mesti kuat neh bila membesar dgn susu ibu..really respect mak2 yang berjaya bf penuh..lg2 sampai 2 tahun n lebih..
Nutasyah said…
If nak jimat space bila simpan stok susu...boleh baringkan storage bags tu sblm beku...so,bila dh beku boleh susun cantik skit ;)

If selalu direct feed,boleh try pump sebelah sambil menyusu sebelah...boleh stimulate untuk milk production..kalau rajin lagi boleh try power pump..

Semoga berjaya :)
Lady Windsor said…
Whoaaa nampak sedap nau susu tu ..iskkk:)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t