Sunday, June 19, 2016

Baby Aisha: Kesian Sayang Umie


Tengok gambar kat bawah ni
Ini gambar beberapa bulan lepas
Sian baby SAA
pipinya kejap gebu, kejap lagi merah mengelupas
Dah jumpa beberapa doktor
 ada yang kata ruam susu
ada yang kata exzema
aku pun dah pening
huhu


Pernah ke Klinik Dr Ko di Seremban
dapat 2 ubat krim sapu, 1 mandian
balik sapu, 2/3 hari baik, dah hilang
pastu naik balik

Jiran pula cadangkan kami ke Klinik Reddy di Kajang
katanya dari zaman anaknya yang sulung sampai yang bongsu
situ lah klinik diorang pegi
memang serasi sangat

Jomlah kita cuba


Dengan bantuan En Google Maps, sampai lah kami kesini
Kali pertama dapat parking betul2 depan pintu
Rezki baby SAA




Suasana dalam klinik mengingatkan aku klinik masa aku kecik2 dulu
Deko klinik zaman dulu-dulu



Kali pertama jumpa Dr Dass (kalau tak silap namanya)
katanya, tak boleh mengesahkan tapi berkemungkinan eczema
(dah agak cuma nak kan kepastian)

Diberi sejenis krim sapu dan di sarankan beli Skin Lotion di Pharmacy
(sebab dia takde jual lotion tu)

krim no 1 masa kali pertama jumpa
krim no 2 bila kali ke 2 jumpa
Skin Lotion yang beli kat pharmacy

Setakat hari ni masih guna krim dari Dr Reddy
(walaupun masih On Off)
tapi aku perasan, kalau makan seafood, sakan lah dia menggaru
kulit muka pun akan naik merah
nampaknya aku kena pantang makan seafood dan benda2 yang gatal
kadang terfikir nak je stop BF
tapi dia baru nak masuk 6 bulan
kesian pulak
lagipun susu banyak, sayang kalau stop

Pilihan yang aku ada sekarang cuma pantang makan yang gatal2
korang ada pengalaman nak share
boleh lah komen ye


7 comments:

  1. Assalam, Irfa. Kalau masih tak berkesan, Irfa cuba contact no ni. Akk pernah beli krim dari dia, dalam dua hari jer dah baik dan bukan on off. Baby pun boleh pakai.. ni no-nya : 018-2469626. Cuba tau Irfa, mana tahu serasi.. harga pun RM10 jer.. walaupun kuantitinya sikit tapi amat berbaloi

    ReplyDelete
  2. SIAN BABY AISYA...MOGA UBAT KLINIK NI SERASI DGN KULIT AISYA N SEGERA SEMBUH.

    ReplyDelete
  3. Kesian baby Aisya... Anak sy pon ade eczema. Macam2 try still akan naik balik eczema nye. Kecuali 1 ni serasi tapi jauh nun di Perak klinik nye..

    ReplyDelete
  4. salam sis..ank sy aisyah pun pernah eczema yg teruk dulu..satu bdn smp ke kepala berkuping. sedih tgk bdn dia merah2..lg stress bila ramai org tnya. mula2 sy apply krim dr klinik kesihatan aquoues krim (steroid) utk kawal eczema ats nasihat doc la kan. dah agak terkawal sy gunakan lotion sebamed dan juga produk tropika (oil+bublewash) alahamdulillah..dah baik. kulit dah gebu. selain tu mmg ibu kena pantang seafood almots 2yrs.

    ReplyDelete
  5. Anak saya pernah kena ruam waktu dalam pantang - sebab saya makan ikan cencaru. Anak naik ruam satu badan sebab elergik. Kalau BF better jaga makan - makan ikan isi putih sahaja, no seafood, ikan bilis, ikan kering@masin, telur.

    ReplyDelete
  6. kesiannya aisyah..irfa.. aku takde pengalaman bab2 anak sakit kulit ni.. tapi kalau boleh ko check jugak krim krim yg doktor bagi tu.. elakkan yang steroid.. sengsara budak bila jangka masa panjang.. aku doakan aisyah cepat sembuh.. aisya kami pun kena jangkitan kuman.. aku lumur dgn vco hari hari.. ko dah try sapu vco? sapu hari2.. tapi kalau kata, flare bila ko makan makanan yg gatal2.. maknanya ko still kena elakkan makanan yg menyebabkan dia flare tu..

    ReplyDelete
  7. Cuba ke Damansara Specialist, Jumpa Dr. Musa. I've had the same experience with my daughter when she was small. She is 14 now. Alhamdulillah sembuh

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)