Tengok gambar kat bawah ni
Ini gambar beberapa bulan lepas
Sian baby SAA
pipinya kejap gebu, kejap lagi merah mengelupas
Dah jumpa beberapa doktor
ada yang kata ruam susu
ada yang kata exzema
aku pun dah pening
huhu
Pernah ke Klinik Dr Ko di Seremban
dapat 2 ubat krim sapu, 1 mandian
balik sapu, 2/3 hari baik, dah hilang
pastu naik balik
Jiran pula cadangkan kami ke Klinik Reddy di Kajang
katanya dari zaman anaknya yang sulung sampai yang bongsu
situ lah klinik diorang pegi
memang serasi sangat
Jomlah kita cuba
Dengan bantuan En Google Maps, sampai lah kami kesini
Kali pertama dapat parking betul2 depan pintu
Rezki baby SAA
Suasana dalam klinik mengingatkan aku klinik masa aku kecik2 dulu
Deko klinik zaman dulu-dulu
Kali pertama jumpa Dr Dass (kalau tak silap namanya)
katanya, tak boleh mengesahkan tapi berkemungkinan eczema
(dah agak cuma nak kan kepastian)
Diberi sejenis krim sapu dan di sarankan beli Skin Lotion di Pharmacy
(sebab dia takde jual lotion tu)
krim no 1 masa kali pertama jumpa krim no 2 bila kali ke 2 jumpa Skin Lotion yang beli kat pharmacy |
Setakat hari ni masih guna krim dari Dr Reddy
(walaupun masih On Off)
tapi aku perasan, kalau makan seafood, sakan lah dia menggaru
kulit muka pun akan naik merah
nampaknya aku kena pantang makan seafood dan benda2 yang gatal
kadang terfikir nak je stop BF
tapi dia baru nak masuk 6 bulan
kesian pulak
lagipun susu banyak, sayang kalau stop
Pilihan yang aku ada sekarang cuma pantang makan yang gatal2
korang ada pengalaman nak share
boleh lah komen ye
Comments