Skip to main content

Baby Aisha: Kesian Sayang Umie


Tengok gambar kat bawah ni
Ini gambar beberapa bulan lepas
Sian baby SAA
pipinya kejap gebu, kejap lagi merah mengelupas
Dah jumpa beberapa doktor
 ada yang kata ruam susu
ada yang kata exzema
aku pun dah pening
huhu


Pernah ke Klinik Dr Ko di Seremban
dapat 2 ubat krim sapu, 1 mandian
balik sapu, 2/3 hari baik, dah hilang
pastu naik balik

Jiran pula cadangkan kami ke Klinik Reddy di Kajang
katanya dari zaman anaknya yang sulung sampai yang bongsu
situ lah klinik diorang pegi
memang serasi sangat

Jomlah kita cuba


Dengan bantuan En Google Maps, sampai lah kami kesini
Kali pertama dapat parking betul2 depan pintu
Rezki baby SAA




Suasana dalam klinik mengingatkan aku klinik masa aku kecik2 dulu
Deko klinik zaman dulu-dulu



Kali pertama jumpa Dr Dass (kalau tak silap namanya)
katanya, tak boleh mengesahkan tapi berkemungkinan eczema
(dah agak cuma nak kan kepastian)

Diberi sejenis krim sapu dan di sarankan beli Skin Lotion di Pharmacy
(sebab dia takde jual lotion tu)

krim no 1 masa kali pertama jumpa
krim no 2 bila kali ke 2 jumpa
Skin Lotion yang beli kat pharmacy

Setakat hari ni masih guna krim dari Dr Reddy
(walaupun masih On Off)
tapi aku perasan, kalau makan seafood, sakan lah dia menggaru
kulit muka pun akan naik merah
nampaknya aku kena pantang makan seafood dan benda2 yang gatal
kadang terfikir nak je stop BF
tapi dia baru nak masuk 6 bulan
kesian pulak
lagipun susu banyak, sayang kalau stop

Pilihan yang aku ada sekarang cuma pantang makan yang gatal2
korang ada pengalaman nak share
boleh lah komen ye


Comments

Assalam, Irfa. Kalau masih tak berkesan, Irfa cuba contact no ni. Akk pernah beli krim dari dia, dalam dua hari jer dah baik dan bukan on off. Baby pun boleh pakai.. ni no-nya : 018-2469626. Cuba tau Irfa, mana tahu serasi.. harga pun RM10 jer.. walaupun kuantitinya sikit tapi amat berbaloi
paridah said…
SIAN BABY AISYA...MOGA UBAT KLINIK NI SERASI DGN KULIT AISYA N SEGERA SEMBUH.
Kesian baby Aisya... Anak sy pon ade eczema. Macam2 try still akan naik balik eczema nye. Kecuali 1 ni serasi tapi jauh nun di Perak klinik nye..
Niza said…
salam sis..ank sy aisyah pun pernah eczema yg teruk dulu..satu bdn smp ke kepala berkuping. sedih tgk bdn dia merah2..lg stress bila ramai org tnya. mula2 sy apply krim dr klinik kesihatan aquoues krim (steroid) utk kawal eczema ats nasihat doc la kan. dah agak terkawal sy gunakan lotion sebamed dan juga produk tropika (oil+bublewash) alahamdulillah..dah baik. kulit dah gebu. selain tu mmg ibu kena pantang seafood almots 2yrs.
5rose said…
Anak saya pernah kena ruam waktu dalam pantang - sebab saya makan ikan cencaru. Anak naik ruam satu badan sebab elergik. Kalau BF better jaga makan - makan ikan isi putih sahaja, no seafood, ikan bilis, ikan kering@masin, telur.
Unknown said…
kesiannya aisyah..irfa.. aku takde pengalaman bab2 anak sakit kulit ni.. tapi kalau boleh ko check jugak krim krim yg doktor bagi tu.. elakkan yang steroid.. sengsara budak bila jangka masa panjang.. aku doakan aisyah cepat sembuh.. aisya kami pun kena jangkitan kuman.. aku lumur dgn vco hari hari.. ko dah try sapu vco? sapu hari2.. tapi kalau kata, flare bila ko makan makanan yg gatal2.. maknanya ko still kena elakkan makanan yg menyebabkan dia flare tu..
ummisara said…
Cuba ke Damansara Specialist, Jumpa Dr. Musa. I've had the same experience with my daughter when she was small. She is 14 now. Alhamdulillah sembuh

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Cuba Teka? GA by Happyirfa

Happy Thursday masuk keje, nampak ni atas meja kalau hebat, cuba teka? 10 komen terawal yang dapat jawab dengan betul ada 'kad raya istimewa' untuk korang # GA terkejut katanya, nampak benda ni terus timbul idea nak buat GA, haha join lah kalau free hadiahnya yang pasti bukan tv@peti ais TARIKH TUTUP: sampai ada entri baru, nanti kita publish semua komen (^_-)