Skip to main content

Lawak Botol Shampoo dan Cecair Cuci Pinggan

bekfes pagi ni
entahler, tukang masak hilang deria rasa ke hapa
semuanya masin 
(-_-)


koteow masin + sambal kerang masin
huhu
sambil makan, lompat dari blog ke blog
aku jumpa satu lawak
dah baca, pastu gelak sensorang
(^_^)

jom layan
kalau dah baca, sila abaikan

~*~*~*~*~*~
 alkisah berborak la si kurus dan si gemuk
si gemuk menyuarakan kerunsingan kerana makin hari makin gemuk

bertanyalah si kurus kepada si gemuk 
'ko mandi, cuci rambut pakai apa?'

jawab si gemuk
'pakai shampoo lah'

jawab si kurus 
'salah tu, jangan guna Shampoo untuk cuci rambut
tapi tukar kepada Cecair Pencuci Pinggan'

'gilo ke hape cuci rambut pakai cecair cuci pinggan'
bantah si gemuk

tahu nape si kurus kata gitu

Cer korang baca kat botol shampoo tu dah terpampang perkataan
'FOR EXTRA BODY AND VOLUME'
Tu pasal lah. 
Jadinya salah siapa?

Sepatutnya yg nak kurus slim macam aku ni,
tak mandi dan cuci rambut guna shampoo macam tu
Sepatutnya geng2 size plus ni, kalau mandi sila menggunakan 
'Cecair Pencuci Pinggan/mangkuk' untuk cuci rambut

Kenapa?
Hanya cecair mencuci pinggan mangkuk saja lah yg boleh membuat kita kurus.
Beli dan guna cecair pencuci pinggan mangkuk yg ada tulis 
'MENGHILANGKAN LEMAK DEGIL'

lawak tak?
tak lawak
  
okey lah, jom buat keje

xoxo


Comments

Unknown said…
agak lawak la.. berjaya buat sy tersengeh mcm kerang busuk.. hehe
t.a.t.a said…
lauk kalau kurang masin tak sedap. tapi kalau terlebih masin, lagi tak sedap. sedang² aje la.
lupekanje said…
patut la accik nyer body semakin mengextra saiz gitu...huhu...
ok..pasni guna sabun cuci pinggan...
MOKCIK AZWA said…
hehehe..lawak jugak tu, cuma maybe cara persembahan boleh diperbaiki lagi agar ada ummphh lawaknya hehehe..cam super spontan pulak dah..
Zareda Norman said…
Lawak tu agak.makan dalam sikit.. hehe dah lama tak maka nasinlemak
Unknown said…
alamak..patutlah aku kurus je.. asyik keja basuh pinggan je.. len kali suh laki aku je lah basuh pinggan.. wakaka.. alasann..
Kakzakie Purvit said…
Ada je idea org nak buat kita ketawa...
Kadang tak terfikir dek akal kita kan hihi...
paridah said…
idea spontan dek trkejut semuanya termasin ye irfa....
Irfa said…
KAK PARIDAH..
nampak sgt kekeringan idea ,hihi
Irfa said…
KAK ZAKIE..
ini namanya manusia kreatif ;)
Irfa said…
RAI..
takde maknanya, aku pun basuh pinggan gak
pakai cecair cuci pinggan tau.. x pakai shampoo pun
nape x kurus.haha
Irfa said…
KAK ZAR..
mmg pun, lawak nak mintak pelempang kot
uik..sy seminggu sekali mesti makan nasi lemak
hari ni je tukar koteow tp kecewa , macam lori garam terbalik je
Irfa said…
KAK AZWA..
wah, komen macam juri akademi fantasia sangat
Irfa said…
ACIK..
ada la yg kena borong sabun cuci pinggan satu troli nanti
Irfa said…
TATA..
tau xpe.tawar boleh buh kicap ke sos utk tambah rasa
kalau dah masin mmg rezki tong sampah le jawabnya
takkan nak buh air jd sup kot ;)
Irfa said…
DEAR AIN..
mmg sesuai la sgt..
kalau makan sambal kerang masin pastu sengeh cam kerang :)
Liz said…
kak, hampir menangis saya baca! T_T
Mulan said…
pencuci serba guna...!!!
hh said…
hahahahh.. mula2 cam tak paham.. bila irfa translate.. menghilangkan lemak degil baaarrruuuu paham LOL

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

GA: Nak Bagi Hadiah Sempena Besday Aku, Nak Tak?

I LOVE FEBRUARY (^_^) kerana February adalah bulan kelahiranku *wpun mak kata, lahirkan aku 31Jan, tapi di daftar kan pada 1 Feb, huhu secara rasminya, dalam surat beranak n ic, aku lahir 1 Feb February banyak cuti kalau pandai plan, penjimatan berganda dibulan Feb ini Pada 1 February lepas aku dengan baik hatinya bagi cuti pada semua yang bekerja di Wilayah suka tak? sori gurau je eh Ok, yang ni tak gurau memandangkan aku dapat 'hadiah besday yang tak disangka' oleh 'teman sebilik' makanya, aku nak bagi hadiah kepada 5 pengomen bertuah #mintak tolong ye, kalau korang join, sila check balik kotlah korang menang yang lepas2 pun ada lagi yang yang tak claim hadiah GA aku pun dah lupa sapa yang tak claim, huhu soalannya berbunyi begini HAPPY IRFA ADA BERAPA ORANG ADIK? bukan adik-beradik ye sila jawab dalam sekali napas 5 orang terawal dapat jawab dengan tepat ada hadiah menanti selamat mencuba (^_^) ...