Skip to main content

Alhamdulillah dan Penutup 2014

Alhamdulillah
kembali bersiaran

Salam Selasa untuk semua
banyakkkkkkkkkkkkkkkkk sangat nak citer
pasal banjir terutamanya
(kemusnahan akibat banjir dan juga hikmah banjir)
tapi masa tak mengizinkan
kendian lah kita citer eh

hari ni 31/12/2014, hari terakhir utk tahun 2014
esok dah tahun baru 2015

setahun 2014, macam2 kisah ada
manis, pahit, masam dan masin semua bersatu
apapun bersyukur setiap hari masih diberi kesempatan bernafas di muka bumi ini
pilihan di tangan kita untuk melakukan kebaikkan @ sebaliknya
walaupun penghujung tahun di duga dengan banjir
tapi sebenarnya banyak yang manis sepanjang tahun ini
jadi tak adil untuk kita mengeluh bila di duga dengan 'sedikit' ujian
tak gitu?

okey lah kengkawan
TQ untuk semua yang whataapps dan call bertanya khabar
alhamdulillah, mak dah dapat berhubung dengan anak2 malam tadi
letrik pun dah ada semalam
sesungguhnya aku tak sabar nak balik kampung
dah dengar citer dari mulut mak sendiri
sekarang ni cuma mampu tengok gambar yang family share je
tengok gambar pun dah rasa nak meraung
kalau tengok yang real, tak tahu lah macam mana

sekian, entri terakhir 2014
jumpa lagi tahun depan, Insha Allah

(^_^)


Comments

Kakzakie Purvit said…
Syukurlah dah dpt berhubung dgn Mak.
Abang dan kawan masjid mereka akan bertolak ke sana malam ini jam 9:00 dari JB mengagih apa yg kami dah kumpulkan buat warga sana Irfa. Sedih kakak tengok keadaan mereka...

Moga 2015 menjanjikan segala kebaikan buat kita semua.
happyichigo♥ said…
Alhamdulillah keluarga kak irfa selamat :)
Zaitun said…
Alhamdulillah walaupun belum pulih sepenuhnya sekurang2nya sudah dapat berhubung.
paridah said…
SYUKURLAH MAK/AYAH IRFA SELAAT SEMUANYA...MSLH SELEPS BNJIR PULA NK DI ATASI YG TERLIBAT...SLMT TAHUN BARU 2015.
Unknown said…
Alhamdulillah,
Semoga Allah lindungi Irfa serta keluarga.
& semoga tahun 2015 lebih baik dari yang sebelumnya.
Prince of Noob said…
semoga semuanya kembali sejahtera dan selamat tahun baru 2015
kakrose said…
selamat tahun baru 2015..tinggallah tahun 2014 dengan seribu kisah sebagai kenangan..

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...