Sejak 2,3 hari lepas
Grup whatapps sekolah penuh dengan gambar banjir di negeri kelahiranku, Klate
# tahun ni banjir agak teruk di Kuala Krai
Semua pakat share macam mana keadaan di kampung diorang
Perasaan libang libu tengok gambar2 tu
Kesian dan risau pada family di kampung
Ya Allah, moga cepat surut
Walaupun mengikut sejarah sejak aku lahir (35 tahun yang lalu)
Rumah kami di kampung memang tak pernah kena banjir
Tapi rumah nenek dan pakcik, boleh kata setiap tahun 'naik air'
Antara gambar yang sempat cilok dari google
# gambar original dr hp dah delete, sebab phone gallery dah penuh giler
bila tenggelam gini, pastinya banyak barang rosak |
ops.. ada kejadian yang buat aku jadi takut n phobia bila hujan lebat
#ni berlaku masa mak ayah ke Langkawi hujung bulan lepas
Masa tu hari cuti, tak silap aku hari Ahad
hujan sepanjang hari dari pagi membawak ke petang
kami anak beranak tak kemana, berkurung dalam umah je
Hujan lebat tu pakej siap dengan petir guruh semua ada
Dalam hujan lebat tu, aku dengar tak dengar macam suara orang memanggil
buka pintu rumah, rupanya ayah jiran panggil kami
Sian pakcik tu, macam nak terkeluar anak tekak panggil kami, huhu
Rupanya dia nak bagitau
Yang air dah sampai muka pintu rumah kami
ala-ala banjir kilat gitu
Aku panik terus bila tengok selipar dah berenang2 masuk bawah keta
yang kelakar tu aku boleh terfikir
'alamak, keta ni kalau banjir, air masuk dalam engin
konfem takleh start, abislah'
dahlah masa tu keta CIK VIVA pun tumpang garaj kami
Air bergenang-genang lagi 1/2 inci nak sampai kat lapik kaki depan muka pintu
aku kerah anak2 angkat barang bawah katil letak atas katil
eh! itu je la tempat paling tinggi yang ada dalam rumah pun
Kejadian mendebarkan berterusan dalam 10-15 minit
macam2 doa dah aku baca, siap suh anak2 berdoa
# doa anak2 tak berdosa kan cepat makbul
Alhamdulillah, tak lama kendian air pun surut
lega yang teramat sangat
Terima kasih Bumi, sebab telan air cepat-cepat
Natijah atas kejadian
sampai ke hari ni kalau hujan lebat
aku dah tak senang duduk, kejap2 jenguk kat luar
kot lah tetiba air masuk dalam rumah
masa ni rasa macam nak pindah duk umah jenis apartment
kalau boleh nak unit paling atas
tapi bila kenangkan saat bangunan bergoyang masa Tsunami dulu
ngeri gak duk umah tinggi, hehe
Semoga musim banjir cepat berlalu
Semoga mangsa banjir tabah atas kejadian yang menimpa mereka
Dan kita, kalau mampu .. jom bantu setakat yang mampu
# kalau kenal sesapa yang mangsa banjir, derma terus pada diorang lagi bagus
hari ni hari mereka di duga, hari kita entah macam mana pula
doa yang baik2 ye
Comments
moga allah permudahkan urusan mereka yg terlibat
hoi ore kelate jugak rupenya..banjir besar tahun ni..rumah mak saya last naik air masa tahun 2000..tahun ni naik pulak..tapi cepat jugak surut, Alhamdulillah
Kesian tgk gegambar