Skip to main content

Family Trip 2015: Bye Bye Amsterdam, Malaysia.. Tunggu Aku Pulang

18 March 2015 ( Rabu)

HARI TERAKHIR DI AMSTERDAM

jam 9.00 pagi kami check out
naik tren dari Amsterdam Centraal terus ke Schiphol Airport
Dewasa: Euro 4.10
Remaja: Euro 2.50
Kanak2 : FOC 

* budak2 ni tak pernah jemu dengan kucing, sampai sini pun masih intai kucing
* tapau kebab sebelum naik tren

Amsterdam Centraal
sambil tunggu tren, kita posing dulu seround 

aku ada gambar pertama kali kami ditempat yang sama pada tahun 2002
kalau ingat, aku edit balik entri ni
korang boleh cari perbezaan aku dulu dan sekarang, haha  

rasanya kami yang last check in, jumpa staf kami kat sana
asal Vietnam tapi dah jadi warganegara Belanda rasanya  

dalam flight Amsterdam ke Kuala Lumpur MH19
flight tak penuh, dapatlah tido selesa sikit bila seat sebelah kosong

selamat mendarat di Klia jam 7.29 pagi (Khamis, 19 Mac  2015)

layan Dunkin Donut sementara ayah kat kaunter taxi
umie tiada dalam  gambar, tengah memikirkan berapa mesin baju nak kena mendobi balik nanti
poyo kan?
padahal, balik umah terbongkang pengsan, haha

terima kasih kerana kesudian membaca sampai habis
love u all, memuaahhhhhhhhhhhh


jumpa lagi di episod akan datang

selamat berhujung minggu

(*_*)


Comments

Kopiolimauice said…
Alhamdulillah selamat sampai...yup klu balik becuti bju kotor diketepikan dlu yg ptg terbongkang mentido dlu ^__^
Misz-ella said…
Hehe. Seronok tengok Irfa dan family jalan-jalan, Kc tak penah sampai Amsterdam.
Irfa said…
KopiOLimauIce..
Pmpuan ng kain x kan pnh habis. Hihi
Irfa said…
Kc Misz Ella.
Tp kita pun x pnh smpi kashmir
Hu Hu
paridah said…
amsterdam tu bandar desar ya xder ladang bunga tulip..
Irfa said…
Kak Paridah..
Tempat ladang 🌷 tu kawasan lain
Masa kami dtg. Ladang belum buka lg. Hihi
Irfa said…
Kak Paridah..
Tempat ladang 🌷 tu kawasan lain
Masa kami dtg. Ladang belum buka lg. Hihi
Unknown said…
bestnye dapay melancong

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...