Skip to main content

Denim Jacket, Idamanku

Salam Jumaat
lunch time 2 jam melangut kat opis je
malas nak keluar, huhu

lompat2 blog
singgah baca dan komen mana yang menarik hati

rambang mata

sambil menggugel mana nak cari jaket jeans/denim jacket yang lawa giler nih
*nak cari kat sopim mall, tak tahu mana satu nak dituju*
*lagi suka beli online, bayar dan tunggu barang sampai*
*tak payah berpanas, tak payah isi minyak, tak payah susah2 cari parking*
* pastikan membeli dengan seller yang boleh dipercayai*
  

arghhhhhhhhhhhhhhh lawa sangat nih


kalau badan slim lawa kan?

sekarang aku suka pakai dress ala jubah labuh
beli kain ela cotton murah-murah
hantar tailor buat dress labuh, no cutting2 eh
pakai ngan jacket, sarung tudung
ready to go
asalkan menutup aurat dah cukup

kbai
# entri takde motif, hehe


Comments

paridah said…
CANTIK2 SEMUA NI CARILAH MANA YG TERINGIN IRFA..
Kakcik Seroja said…
'Comel' semuanya. Kalau badan macam kakcik ni, hilang kecomelan baju tu jadinya... :)
sweetie said…
Tinggi lampai, body cantik!... sesuailah mcm hang Irfa... kena kat saya... langsung hilang kelawaan jaket tu.
Nieda Ramly said…
mudah pilihan di hujung jari
Unknown said…
saya jarang beli on line... sebab kekadang sais tak kena .... pastu tak pakai. Tapi ramai yang mmg suka beli on line... jangan tertipu ngan seller sudah. Haahaha.... saya ada gak beli on line ... tudung Aidijuma, sebab mmg takder size

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...