Skip to main content

Filem: The Cobbler

Salam Rabu
lemau + ngantuk
bantal mana bantal?

nak citer apa yer?

Bagi mak ayah yang bekerja macam kami
sabtu ahad adalah hari yang ditunggu oleh anak2
masa ni lah nak manja-manja ngan umie ayah
dan kami, walau sesibuk mana pun
akan cari masa bawak anak jenjalan bila hari cuti
tak payah pegi jauh-jauh
cukup sekadar keluar makan-makan @ tengok wayang
anak-anak dah cukup happy

ni kisah Sabtu lepas
kami ke Alamanda lepas maghrib
makan-makan dulu pastu tengok wayang
belasah lah citer apa pun, janji tengok wayang
haha

bergambar dengan poster tu memang jadi acara wajib kalau tengok wayang

no caption
ulalalalalala
makan jom


abam, always my hero
selain selalu jadi tukang ikat tali kasut umie
dia jugak adalah pengopek kulit udang untuk umie bila makan udang
abam, janji tau
buat macam ni sampai akhir hayat umie tau
sobs sobs sobs 

okey jom review filem
kemain ko ye, review gitu

*citer ni kakak dan ayahnya yang pilih*

The Cobbler (Si Tukang Kasut)  

Adam Sandler antara pelakon omputeh yang aku suka
dia kelakar cute bagi aku, hehe


Sinopsis dari mata Happy Irfa:

Kisah si tukang kasut bernama Max Simkin yang mewarisi kedai kasut peninggalan sejak dari 3 generasi. Dari moyang kepada datuknya dan diturunkan kepada ayahnya, sehinggalah ayahnya menghilangkan diri dan meninggalkan dia bersama ibu yang sudah tua.

Kehidupannya sangat membosankan, hari2 terperap di kedai buruknya bertemankan kasut dan karenah pelanggan yang berbagai rupa. Tapi dia terpaksa melaluinya setiap hari. Teman yang selalu bertegur sapa cumalah si Jimmy, lelaki tua yang memilik kedai gunting rambut di sebelah kedainya. 
(tepat tekaan aku, yang Jimmy ni ada kaitan dengan hidup si Max).

Kisah hidupnya berubah 360 darjah bila dia menemui mesin baiki kasut peninggalan moyangnya di dalam stor lama bawah tanah. Mesin baiki kasut itu sangat menakjubkan. Apa yang menakjubkan itu? Bila Max baiki kasut guna mesin lama tu, bila dia sarung kasut tu, otomatik dia boleh bertukar rupa menjadi pemilik kasut tersebut. Hebat kan?

Sejak hari itu Max mula bertukar wajah, dia suka-suka memakai kasut pelanggannya dan bertukar watak menjadi pelanggan tersebut, dia buat apa yang dia suka, dia menghayati gaya hidup empunya kasut itu. Sehinggalah dia terlibat dengan satu kisah pembunuhan yang sangat misteri.

Nak tahu endingnya?
Jom lah ke pawagam
haha


tahu korang sakit ati kan?

oklah aku citer endingnya

Jimmy sebelah kedai tu adalah ayahnya yang menghilangkan diri lama dulu
ayahnya menyamar jadi orang lain sebab nak lindungi diorang dari orang jahat
(lari dari AhLong kot, hihi)

Best kan kalau kita boleh tukar-tukar jadi siapa kita suka
hari ni jadi Nora Danish
esok jadi Siti Nurhaliza
lusa jadi Jihan RajaLawak

Gurau je lah, aku suka jadi aku yang sekarang
i love my life
poyo sangat nih
kbai


Comments

paridah said…
WAH MENARIK FILEM NI...TUNGGU MAIN KAT TV JER..BEST BERSAMA ANAK2 MENONTON DI PAWAGAM SAAT CUTI..
Izwa Kamaruddin said…
dah lama nak masuk wayang..ehh baru bape bulan thihihiii..
Ratu Hatiku said…
Saya pun minat Adam Sandler.... :)
JunAina said…
Hari minggu gi main bowling dengan anak2 lain hari adik pula minta nak tengok wayang, bila anak2 dah besar tetiba mak rasa muda balik...ahahhaa...
pB said…
dah lama x tengok wayang
Unknown said…
dah folo di 514 (^___^)

salam ukhwah (^___^)
Latifah said…
Wah! Adam Sandler.. Minat jugakkkk... Anuway suka tgk hapy family mcm nie..

LatifahFazri
nini said…
Waaahh...mcm sedap je cite diaaa

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')