Hai korang...
Rajin tak kita? Hari2 rasa nak update blog, ntah angin ribut taufan mana yang melanda, rasa macam rajin pulak nak menghapdet blog cacamarba nih. Sementara rajin ni layan jelah, datang malasnya nanti mau berminggu tak udpate, huhu.
Btw, kisah kucing tumpang semalam tu, balik keje tengok sangkar dah kosong, huhu. Sedihnya. Si Oren dah bawak lari anak2 dia kembali ke semak, harap anak2nya selamat dan membesar dengan baik tak kiralah dimana pun mereka berada.
Okey berbalik kepada tujuan asal aku update blog hari ni. Dulu, lebih kurang 16 tahun lepas, berhijrah duk Nilai ni takde apa yang menarik, takde shopping mall pun. Kalau nak shopping kena gi Seremban. Itupun seingat aku yang ada cuma Terminal One dan Seremban Mall je. Warga Nilai yang taknak pegi KL, situ jelah pun nak beli baju raya.
Tak lama lepas tu Putrajaya wujud, so orang Nilai bertukar angin ke Alamanda Putrajaya, lagi dekat sebab lalu ikut Kota Warisan. Kami pun terjebak sama, nak tengok wayang, nak makan-makan semua ada. Tak lama kendian ada KLIA2, airport shopping mall katanya. Walaupun taknak 'terbang' pun masih boleh cuci mata kat situ, aku adalah beberapa kali ke situ beli barang. Kalau hari Jumaat, situ lah kaum perempuan berjemaah bila kaum lelaki ke masjid solat Jumaat.

Dan terbaru, akan dibuka 30 May nanti, sebuah shopping mall ala-ala JPO yang kat Johor tu. Namanya Mitsui Outlet Park KLIA. Dari Klia2 dah nampak signboard sebesar2 alam. Wah! lepas ni cepatlah abis duit. Sebut je jenama apa nak? semua ada
Kalau rajin klik website MITSUI OUTLET PARK KLIA |
30 May nanti jom ramai-ramai datang
sambil cuci mata boleh cuci poket sekali
Mana tahu kot2 terserempak, tegur2 lah nanti ye
* jangan terkejut sebab kita pemalu*
kbai
Comments
Yang pasti.. sediakan fulus yang sepatutnya.
Buat buah tangan.. tanda kenangan kita balik kampung..
- ngurut dada bila Irfa update berita macam ni.
memang ditunggu pembukaannya..... and ada satu lagi outlet baru akan di buka iaitu Kuala Lumpur International Outlet kat Kota Warisan pula
Irfa jumpa di sana nanti ya.........
Meme patut sediakan duit lebih ni.
(gaji pun ptt keno GST.. sekadar membantu rakyat menambahkan gaji hahaha).
Errm tok jupo doh ko kucing tu? :-(