Skip to main content

Rempah Gulai Cap Bunga Rose, Sesedap Gulai Masakan Ibu

Salam Hari Jumaat
Moga hari yang diberkati untuk kita semua

Sapa sini suka makan?
Angkat ibu jari, hehe

Dalam banyak2 grup whatapps aku yang ada
Yang paling aktif ialah grup sekolah menengah (pompuan sahaja)
Hari2 citer pasal makan
mau tak 'mengembang' badan sensorang
tapi kitorang jugak sesama bagi motivasi untuk menguruskan badan
tapi selalunya motivasi nak kurus tu selalu ke laut
bila sorang post apa dia masak, semua kelam kabut mintak resepi, hadoiii

Baru2 ni kami duk citer pasal masak gulai
Antara point nya ialah 
'susahnya nak cari gulai sedap macam mak kita masak kecik2 dulu'
korang tahu kan, kalau bab makan2 ni
Kelantan antara negeri yang banyak pilihan makanan
sama jugak dengan Terengganu, Penang, Johor dan negeri2 lain
Setiap negeri di Malaysia ada makanan unik yang tersendiri

Salah sorang dari kami citer pasal rempah masak gulai
Cap Bunga Rose sedap katanya
*tapi kat plastik, rempah ni dari Terengganu
yang gelemer kat Kelantan cap orang terbang*

hah, apalagi tunggu
semua pakat order lah
hambik ko, sebeban sampai
ni mau stok sampai raya Haji pun belum tentu habis, haha

ada rempah gulai dan rempah masak
aku pun tak tahu apa beza antara 2 rempah ni
tapi ada tulis Rempah Masak ni untuk ayam dan daging
Rempah Gulai pula boleh guna untuk semua (ayam, daging, ikan)

resepi mudah ada di belakang plastik
Moga dengan adanya rempah ni
Rajin lah aku masuk dapur nanti
Insha Allah

kbai


Comments

Aziela said…
Cer masak dan bagi review sket...hihihi
Unknown said…
kalau buat gulai nasi dagang memang sedap guna rempah ni katanya.. semangat la ko masak pasni kan..
Anonymous said…
X penah jumpa rempah ni...
Unknown said…
Ada saing penah bagi 2-3 peket utk cuba.. sampai ke la ni tak guna lagi.
Dah tu.. tak pandai nak masak gulai..
paridah said…
rempah bunga ros ni femes di teganu...lain sedap rasa gulainya.
mrs said…
kak nanti kalau dah siap masak pakai rempah tu boleh review manatau kitaorang pulak nak tumpang order rempah tu dari akak :)
Nastyna said…
ha ha la.. teringat pulak rempah cap orang terbang tu.. rindu la masakan kelate.. bila la dapat merasa lagi.
Kakzakie Purvit said…
Anak kakak belajar di sana dan kakak selalu juga ke sana tapi asyik lupa aje nak cari rempah bunga ros ni...
dekdaa said…
Rayo ni buleh masok kari ehehehe.
Unknown said…
boleh try nanti, btw...jemput ke blog sy ye sis :)

http://iamissingle.blogspot.com/
Rempah ni femes di ganu. Mak sy guna ni dr dl lg.

Btw visit my blog

Www.cowayhealth.blogspot.com
Ady said…
Mama blh dpt di KL atau Selangor

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Courier Skynet Memang Teruk Ke?

Morning Uolls ... Ni nak tanya sikit sesapa yang baca ni - kalau korang bisnes online, selalu guna courier apa? Pos Laju, GDex, Skynet @ dll? - kalau korang pembeli, penah tak 'terkena' dengan syarikat kurier bernama Skynet? Tadi aku gugel dan jumpa kes hampir sama dengan kes aku,  sini , sini , sini  dan juga sini . Rupanya dah banyak kes pasal Skynet ni ye. Okey, ni baru cerita sebenar.. Minggu lepas, aku 'ter order' satu barang kat FB, tak mahal pun barang tu RM33 je sebab tengah offer. Aku ni memang susah sikit nak order barang online kecuali ia benar2 murah. Kata penjual, 'sekarang promosi dan harga termasuk dengan kos pos' , so laju lah order. Lepas dah bank in, aku wsap dia bagitau dah bayar dan bagi alamat untuk pos. Hari kejadian adalah hari Rabu (minggu lepas). Aku buat kira-kira bodoh .. kalau dia pos Khamis, maybe Jumaat @ Sabtu barang dah sampai (kalau pakai PosLaju macam selalu aku guna untuk pos barang pada customer). Jumaat, barang...